Wednesday, November 26, 2014

Doa Ketika Keresahan dan Kesedihan

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ni kita tidak sentiasa dengan gelak tawa. Adakalanya hati kita dirundung keresahan dan kesedihan. Macam cuaca langit tak selalunya cerah, dalam panas elok-elok tengok-tengok hujan turun. Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Bila kita dalam keadaan begini sudah tentu kita mencari kawan untuk meluahkan. Terkadang kita lupa untuk mengadu pada DIA yang Maha Esa. Islam telah menyediakan tatacara dalam semua keadaan. Di sini Zaza nak kongsikan dengan semua Doa dan zikir semasa situasi ini. Boleh juga dijadikan amalan harian.

Doa hilangkan Kesedihan


Surah Al-Insyirah juga boleh diamalkan untuk menenangkan perasaan :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Zikir sebagai penenang :



Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang dalam kesedihan. Ianya juga boleh dijadikan amalan harian. Selamat beramal.

Tuesday, November 25, 2014

Diabetes

Assalamualaikum...

Sebut diabetes memang sesuatu yang menakutkan. Kita tengok ramai yang kena potong kaki, tangan dan menderita kencing manis. Sengsara bukan. Apa itu diabetes?


Apa itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Terdapat dua jenis diabetes utama:

Jenis 1

  • "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin


Jenis 2

  • "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


Tanda-tanda dan gejala

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal


Lain-lain gejala termasuk:

  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Set Shaklee yang di syorkan :


GLA COMPLEX 
Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX 
Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


Bagi yang ada budget lebih boleh add on VITALEA, VITA C, ALFAFA, ESP dan CAROTOMAX

VITA-LEA
Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

VITA C 500mg
Mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA
Menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX
Menghalang penglihatan kabur

Jika anda mempunyai budget yang banyak dan malas/tidak suka makan kapsul banyak-banyak.boleh cuba VIVIX sebab sangat baik untuk pesakit kencing manis.tahan sehingga 45 hari. sangat JIMAT & BERBALOI

Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza. 

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House