Friday, September 05, 2014

Hebatnya Qiamulail

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana limpah kurnianya dapat Zaza share lagi entry kali ini. Tanpa izinNya tak akan mampu untuk Zaza share di sini. Hari ni Zaza nak share hebatnya Qiamulail. Sebut Qiamulail apa yang ada dalam fikiran anda? Sebut Qiamulail senang bukan. Nak melaksanakannya memerlukan kekuatan mental. 

Definisi Qiamulail

Perkataan qiamullail sebenarnya gabungan 2 perkataan iaitu qiam dan al-lail. Qiam bermaksud bangun atau berlawanan dengan duduk. Al-lail bermaksud malam. Waktu qiamullail bermula bermula selepas tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik. Qiamullail dari segi bahasa ialah bangun pada waktu malam. Menurut istilah fuqaha qiamullail ialah mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadat solat atau selainnya dan tidak disyaratkan menghabiskan sepanjang malam.

Kelebihan Qiamullail

  • Qiamullail adalah sunat muakkad yang sangat dituntut.
  • Banyak dalil-dalil yang menunjukkan kelebihannya sama ada daripada hadis sama ada dalam al-sahihain dan selainnya yang menyebut tentang qiamullail

Antara kelebihan qiamullail ialah seperti:

  1. Perintah Allah kepada Nabi s.a.w
  2. Perintah ini sekalipun khusus kepada Nabi s.a.w namun sekalian umat Islam termasuk dalam perintah tersebut kerana mereka dituntut mengikut Nabi s.a.w
  3. Al-Muhsinun golongan yang berhak mendapat kebaikan dan rahmatNya
  4. Al-Abrar (baik-baik) golongan orang yang mendapatpujian dan sanjungan daripada Allah
  5. Allah Taala menafikan persamaan antara mereka yang qiamullail dan mereka yang tidak melakukan qiamullail
  6. Allah Taala menyasikan bahawa mereka yang berqiamullail adalah golongan yang beriman dengan ayat-ayat Allah Taala
  7. Sebab seseorang itu dimasukkan Allah ke dalam syurga
  8. Ibadat yang sentiasa dilakukan oleh para al-Solihin
  9. Qiamullail merupakan kemuliaan kepada orang Mukmin
Hebatnya kan Qiamulail ni. Jadi marilah kita sama-sama menunaikannya. Kuatkan semangat dalam mencari keredhaNYA.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.