Tuesday, September 02, 2014

Ketidakstabilan Hormon

Assalamualaikum,

Entry kali ini Zaza ingain berkongsi permasalahan ketidakseimbangan hormon. Ianya tidak boleh di pandang remeh. Apakah sebab mengundang kepada ketidakstabilan hormon ini?? 

Ketidakseimbangan hormon adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan estrogen dan progesterone dalam badan. Badan wanita mengalami kitaran haid secara puratanya sebulan sekali. Estrogen hanya dirembeskan dalam hari ke10-12 kitaran haid. Jika pengovulan berlaku, maka progesteron akan dirembeskan oleh ovari. Pada hari ke-28, aras kedua-kedua hormon tersebut akan menurun dan mengakibatkan pendarahan. Akan tetapi, jika pengovulan tidak terjadi, pendarahan masih akan berlaku tetapi aras estrogen tidak akan diimbangi oleh progesteron. Ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan hormon, yakni tubuh badan mempunyai aras estrogen yang mencukupi tetapi kekurangan progesteron.

Perbezaan ketara di antara dua hormon ini akan mengakibatkan kesan dramatik pada kesihatan. Bagaimanapun, jumlah hormon yang dihasilkan berbeza setiap bulan bergantung kepada nutrisi, pencemaran, tekanan dan ovulasi yang kurang.

Pemakanan dan pencemaran adalah dua penyumbang utama, yang bertindak seperti bahan kimia tiruan / menyamar sebagai estrogen. Bahan ini mempengaruhi tahap keseimbangan hormon semulajadi badan. Unsur-unsur seperti bahan kimia industri dalam makanan, udara, air, logam-logam berat, pengambilan pil pencegah kehamilan, penggunaan estrogen sintetik HRT (Hormone Replacement Therapy), racun tumbuh-tumbuhan, racun serangga perosak, plastik, dan pelbagai jenis racun lain, estrogen tiruan yang masuk ke dalam sistem badan. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bertambahnya tahap estrogen, hingga berlebihan dan wujudnya tanda-tanda ketidakseimbangan hormon.

Simptom ketidakseimbangan hormon 

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.


  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut
Jangan dipandang remeh tentang permasalahan ini. Setiap penyakit ada ubatnya. Kita perlu berusaha menanganinya. GLA Complex Shaklee insyaallah boleh membantu anda. Dapatkan daripada Zaza dan konsultasi percuba di berikan. Insyaallah






No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.