Thursday, September 11, 2014

Redha

Assalamualaikum.

Hari ini Zaza nak share berkaitan REDHA. Mudahkan untuk menyebut perkataan REDHA ni. Untuk menemui REDHA bukan semudah sebutannya. Kenapa Zaza cakap begitu?? Kerana pengertian REDHA itu sendiri mempunyai maksud yang mendalam. Kadang-kadang kita samakan dengan PASRAH. Apa bezanya antara REDHA dan PASRAH??



"REDHA tu ikhlas, Pasrah itu menyerah", pernah dengar tak dialog ni? Sure pernahkan. Ini adalah petikan dialog dari Ombak Rindu, filem yang terhot sekali adaptasi dari novel Ombak Rindu. 

Apa yang dimaksudkan dengan REDHA ni? REDHA berasal dari kata radhiya-yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, REDHA berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu, REDHA Allah kepada hamba-Nya dan REDHA hamba kepada Allah (Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-‘Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, ”Allah REDHA terhadap mereka dan mereka pun REDHA kepada-Nya.” (QS 98: 8).

REDHA Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan darjat kemuliaannya. Sedangkan REDHA seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati dan ketetapan dari Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Dari definisi REDHA tersebut terkandung isyarat bahawa REDHA bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya. REDHA tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk REDHA. Dalam pengertian kita meyakini bahawa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut untuk berusaha.

REDHA ini perlu dicari bukan dinanti. Zaza teringat lagi kata-kata profesor Dr Haji Fadhilah Kamsah dalam satu rancangan beliau berkata , jika kita menghadapi ujian atau musibah dan hati kita kecewa , janganlah menghukum diri. Berdoa dan ucapkanlah "Innalillahiwainalillahiroji'un, sesungguhnya aku REDHA dengan ujian ini, berilah pahala di atas keredhaan ku ini, Gantikanlah ianya dengan yang lebih baik dari ini." Sesungguhnya nikmat REDHA itu amatlah manis. Kawan-kawan marilah kita berlapang dada dan tenang dalam menghadapi ujian dan dugaanNYA.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.