Friday, September 12, 2014

Kepit Suami

Assalamualaikum..

Wah tajuk kali ni, lain macam je kan. Hehe. Ok apa yang Zaza maksudkan dengan kepit suami ni?? Idea ni timbul semasa Zaza borak-borak dengan kawan-kawan di Group telegram. Macam kelakar. Tapi ianya memberi seribu pengertian. 

"Kepit Suami". Macam mana tu?? Bukan la bermaksud kepit je 24 jam. Rimas pulak si suami nanti. Kehidupan berumah tangga ni macam-macam dugaan. Sapa yang berumahtangga mesti faham sangat-sangatkan. Jom Zaza kupaskan lebih lanjut.

Zaman sekarang boleh dikatakan majoriti pasangan suami isteri bekerja. Pergi gelap balik pun gelap. Anak-anak di hantar ke rumah pengasuh. Habis kerja baru ambil. Ada yang mampu ada maid di rumah. Sehinggakan ada anak-anak yang pelat serupa macam maid cakap. Sebab masa banyak dengan maid. Bagi yang suri rumah dan suami bekerja juga masa sangat terhad. Hanya malam sahaja ada masa untuk bersama. Itu pun jika masing-masing dah penat memang tidur terus la jawabnya. Sedihkan situasi begini. Setiap pasangan mengimpikan untuk luangkan lebih masa bersama. Tetapi hari ini semua itu perlu dikorbankan. Jadi macam mana nak buat??

Dari dulu Zaza mengimpikan lepas kahwin Zaza nak uruskan rumahtangga sendiri. Zaza nak jaga anak, makan pakai suami dengan tangan Zaza sendiri. Alhamdulillah Allah perkenankan niat Zaza. Selepas je kahwin Zaza sudah tidak bekerja dan menguruskan rumahtangga sepenuhnya. Tapi pun naik kusut juga sebab tiada income yang masuk. Ye la kan sebelum ni Zaza bekerja setiap bulan ada duit masuk akaun. Tiba-tiba tiada. Mahu tak kusut. Siapa yang pernah rasa dia akan faham. Macam yang Zaza niatkan dari dahulu, walaupun duduk di rumah Zaza nak make sure Zaza boleh jana pendapatan sendiri.

Tengok suami hari-hari pergi kerja awal pagi balik lewat petang memang hati ini rasa sebak. Ye la hanya ada masa untuk bersama beberapa jam sahaja. Yang lain semua dihabiskan di pejabat. Jadi Zaza bertekad untuk menjana income berkaliganda dari income suami setiap bulan untuk menarik minat suami bersama-sama dengan Zaza. Alhamdulillah Allah pertemukan Zaza dengan Shaklee dan dalam group yang terbaik. 

Memang ramai yang buat shaklee. Tapi tak semua berjiwa kental. Saban hari Zaza tengok ada je yang naik rank. Jika mereka mampu mengapa Zaza tidak? Jadi Zaza yakin dengan Shaklee adalah yang terbaik untuk jana income 5 6 angka sebulan. Malah boleh lebih dari itu dengan usaha, doa dan tawakal.

Dengan pendapatan 5 6 angka ni boleh la nak "Kepit Suami" selalu. Suami pun dah tak pandang lain kan. Dia pun akan happy dan sokong serta mungkin join kita jugak. Ianya tidak mustahil ok. Just do it. Dengan income 5 6 angka ni dapat la Zaza realisasikan impian suami Zaza yang suka berjalan-jalan. Zaza sendiri berhajat nak mengelilingi dunia. Segalanya pasti akan menjadi kenyataan. Aminnn

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar kami, jangan malu-malu untuk menghubungi Zaza. Insyaallah dengan izinNYA anda akan di bimbing dari Zero to Hero. Kejayaan pasti ada dalam setiap kehidupan kita. Cuma kita perlu berusaha, berdoa dan tawakal. Insyaallah.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.