Sunday, September 07, 2014

Nak Hamil?? Bersediakah???

Assalamualaikum..

Hai semua, semoga sihat sejahtera dalam rahmatNYA. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan anak sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri rumah tangga. Ada pasangan mudah dan ada yang sukar. Ini semua ada ketentuan dari Allah. Lambat atau cepat segalanya urusanNYA. Kita sebagai hamba perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNYA. 

Kali ini Zaza nak kongsikan beberapa tips persediaan untuk hamil. Persediaan awal penting menandakan kita betul-betul bersedia untuk hamil. Persediaan harus dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan. Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan mental dan fizikal.

Zaza teringat kata-kata pakar motivasi terkenal Doktor Haji Fadhilah Kamsah. Beliau kata jika kita nak kan anak kita kena betul rasa yang kita ibu dan ayah. Kena feel kata orang. Sebab tu jika kita tengok ramai yang tiada anak kemudian ambil anak angkat , tak lama selepas itu pasangan itu dikurniakan anak. Kenapa??? Sebab pasangan itu betul-betul rasa sebagai ibu dan ayah. 

Persediaan awal sebelum hamil

Lakukan pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan penting untuk pastikan anda sihat dan cergas. Selain itu pemeriksaan tahap kesuburan juga penting. Berjumpalah dengan pakar sakit puan atau perbidanan untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik. Jika anda mengalami masalah hormon dan tidak mahu bergantung pada ubat doktor boleh ambil supplement untuk memoerbaikinya. (Supplement ketidakseimbangan Hormon). Ingat ye tiada penyakit yang tak dapat disebuhkan kecuali mati. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Pasti ada jalannya.

Amalkan diet pemakanan yang sihat.

Diet yang seimbang sangat penting. Kita perlu ikut kalori yang tubuh kita perlukan. 

Buat jadual bersenam & lakukan secara konsisten.

Bersenam juga penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Metabolisme penting untuk pembakaran kalori. Antara senaman yang mudah adalah berbasikal. Round la keliling kawasan rumah kita. Dapat 30 minit pun dah ok. Tak pun ikuti kelas senamrobik yang dianjurkan disekitar kita. Jika kita fikir mudah segalanya akan mudah.

Dapatkan tidur yang cukup.

Tahukah anda wanita perlu tidur yang cukup. Jika tidur tidak mencukupi ianya akan mempengaruhi emosi wanita. Stress antara punca sukar hamil. Sekiranya merancang untuk hamil kita perlu jaga diri dengan mendapatkan tidur yang cukup dan kawal emosi.

Berhenti menggunakan pil perancang.

Bagi ibu yang merancang untuk dapatkan anak kedua atau keberapa perlu berhenti mengmbil pil perancang.

Capai & kekalkan berat badan yang sihat.

Bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan perlu kurangkan untuk pastikan mudah mengandung.

Berhenti mengambil alkohol & merokok.

Alkohol dan rokok bukan sahaja tidak baik untuk ibu dan bayi malah tidak baik untuk kesihatan. Jadi elakkanlah dari mengambilnya.

Status kewangan anda haruslah berkeadaan baik.

Faktor kewangan sangat memainkan peranan penting. Apabila hamil dan menanti saat kelahiran memang memerlukan banyak duit. Lepas lahirnya anak yang dinanti lagi la banyak yang perlu kita sediakan.

Zaza share ni ada pengalaman sendiri. Selama 3 bulan persediaan mental dan fizikal memang perlu. Percayalah dengan usaha kita, niat yang baik, doa dan tawakal Insyaallah Allah akan tunaikan hajat kita. Zaza juga ada mengambil set persediaan hamil iaitu ESP, Vitamin C, B compleks Lecithin dan Alfalfa

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.