Assalamualaikum...
Salam sayang untuk semua. Entry Zaza kali ni nak share berkaitan Tips untuk Ibu Hamil. Haaa... pada ibu-ibu hamil terutama hamil sulung sure risaukan. Macam mana nak jaga? Apa boleh makan apa tak boleh. Macam-macam persoalan timbul. Begitulah Zaza. Sebab ibu yang pertama kali hamil memang tak ada pengalaman. Risau, gembira, segalanya ada.
Jom Zaza kongsikan tips penjagaannya.
Makan makanan yg seimbang
Kena pandai pilih makanan supaya cukup zat, memelihara dan mencantikkan kulit anak, dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Jaga tingkah laku,jaga amalan
Pelihara ibadah disamping tambahkan amalan sunat, berzikir dan sebagainya. Mengingat Allah selalu dan taubat sentiasa dan menyucikan hati. Supaya hati anak suci. Insya Allah. Mengucapkan kata-kata yang baik selalu. Jangan selalu marah-marah, kena elakkan atau kurangkan kerana tingkah laku ibu akan mempengaruhi sikap anak yang lahir.
Sedekahkan fatihah pada anak dalam kandungan tiap pagi dan malam
Amalan yang terbaik membaca ayat suci Al-Quran bermula kandungan dia berumur beberapa bulan supaya anak tu terbiasa dengar bacaan Al-Quran dan pengaruh dia bila dia besar nanti. Setiap pagi Ibu kena berinteraksi dengan kandungannya tapi ada la kata-kata yang diucapkan sambil mengusap-gusap perut sebagai tanda sayang kepada bayi itu. Bukan peranan ibu sahaja ayah pun digalakan berbuat demikian.
Jaga pantang larang
Berpantang makan yang berbisa dan tajam. Pantang larang yang sebenar tetapi pantang larang ini hanya sewaktu janin diperingkat permulaan. Tips yang terbaik boleh di ambil dari ibu kandung atau ibu mentua masing-masing. Pernah dengar tentang terkenan? Atau terkena kenan? Bermaksud kena jaga tingkahlaku terutamanya pada binatang. Kata orang tua-tua, kalau kita buat jahat contohnya menyepak kucing, pelepah katak, benda tu akan memberi kesan pada anak yang dikandung. Kalau kaki kucing tadi terkehel, kaki anak kita jugak jadi abnormal. Kebenaran ini masih tidak dapat dikenal pasti, tapi lebih baik dielakkan. Jangan aniaya binatang.
Elakkan tekanan
Kehidupan yang tenang, harmoni dan bahagia membantu proses pembentukan dan meransang minda anak supaya sihat dan cerdas. Macam mana pulak dengan tekanan kerja.? Sepatutnya ibu yang mengandung ni, balik kerja kena masak lagi untuk suami, penatnya. Dengan ini, suami haruslah, hulurkan tangan ringankan beban. Sama-sama soleh dan solehah. Insya Allah.
Yang terakhir, koleksi ayat-ayat yang digalakkan untuk pembacaan para ibu sepanjang proses kehamilan. InsyaAllah. Disini :
- Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
- Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
- Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
- Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
- Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
- Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
- Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
- Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
- Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
- Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
Buat si suami amalkan surah yang sama, Semoga beroleh rahmat dariNYA.
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.