Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dariNya dapat Zaza mencoretkan di blog yang tidak seberapa ini. Entry kali ini Zaza nak share resepi Apam mekar yang sedap sangat. Sejak Zaza post kan gambar apam mekar yang Zaza buat ramai bertanyakan resepi. Zaza kongsikan di sini ye.
Bahan-bahannya :
3 Biji telur
450 g gula
1 sudu besar ovalette
375 g tepung gandum
250 ml air aiskrim soda jenam FN
Cara-caranya :
- Pukul telur, gula dan Ovalette sampai kembang
- Masukkan tepung dan pukul lagi
- Masukkan air aiskrim soda dan pukul hingga rata
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian (putih, pink dan hijau)
- Tuang adunan ikut kreativiti bagi nampak ketiga-tiga warna
- Kukus selama 20 minit
Nak buat apam ni senang je. Nak kukus je ambil masa sedikit. Selamat mencuba yea kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.