Monday, September 22, 2014

Zikir untuk Suri rumah

Assalamualaikum...

Tahu tak zikir untuk isteri-isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa? Sebenarnya menjadi suri rumah ni amatlah berat tanggungjawab dan amanah yang di pikul. Orang nampak senangkan. Macam duk rumah je. Sebenarnya duduk di rumah kerja lagi tak berhenti dari kita keluar bekerja. Mana tidaknya, bangun awal pagi berkejar nak siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selesai buat sarapan siapkan pakaian suami dan anak-anak. Besarapan bersama dan suami peri kerja dan anak-anak ke sekolah. Ada sekarang ibu-ibu yang menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Selesai semua tu tengok baju dalam bakul basuh. Sementara menanti kemas dapur, sapu sampah, kemas bilik, bagi makan ternakan, dan macam-macam la. Mesin berbunyi sidai baju pulak. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Masuk ke dapur pulak untuk siapkan makan tengah hari. Bersilatlah di dapur. Selepas siap semua tengok jam dah pukul 12 nak berkejar ambik anak di sekolah pula. Balik siapkan anak-anak bagi makan, teman buat kerja sekolah, jika ada kokurikulum atau aktiviti di sekolah hantar semula pula. Balik-balik tengok jam dah pukul 3. Tengok dalam sinki mangkuk pinggan penuh basuh pulak. Selesai jenguk di luar baju dah kering, kutip baju dan lipat. Sedar-sedar dah pukul 5 lebih. Masuk ke dapur sediakan untuk makan malam. Siapkan diri dan anak-anak menanti suami pulang. Malam pula sediakan pakaian untuk suami dan anak-anak untuk hari esok. Penatkan??? Lepas magrib memang rasa nak rebah je. Itu la perjalanan seorang suri rumah. Memang memenatkan.

Pernah terbaca kisah anak Nabi S.A.W Fatimah memohon kepada nabi untuk dikurniakan pembantu kerana terasa amat penat untuk melaksanakan tugas sebagai isteri dan menguruskan rumahtangga. Ini kisahnya :

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali.

Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Jadi para isteri yang merasa penat dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah jom amalkan zikir ini . Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat beramal.

1 comment:

  1. Sungguh besar kekuatan zikir ini....sekoga hari-hari yang kita lewati penuh dengan rahmat Allah Swt, aamiin.....terima kasih atas perkongsian ini...semoga bermanfaat untuk kita semua.

    ReplyDelete

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.