Thursday, September 04, 2014

Tips Berfikiran Positif

Assalamualaikum...

Dari semalam bertangguh untuk tulis berkaitan positifkan fikiran ni. Busy sungguh hari ini. Ni baru ada kelapangan untuk menulis. Kenapa Zaza tiba-tiba nak tulis berkaitan positif ni?? haaa sebab bila Zaza sendirian imbas balik, fikir-fikirkan balik , Zaza ni banyak melayan perasaan sendiri, fikir macam-macam. So semalam Zaza teringat pesan kawan baik Zaza. Dia kata kita kena positif je. Insyaallah, kita akan ok.

Pengalaman Zaza sendiri la kan. Zaza cuba set minda untuk menjadi positif setiap hari. Kehidupan harian kita ni tak akan lari dari masalah. Jika ada perkara yang Zaza tak suka atau rancang tapi tak menjadi sepertinya, Zaza akan fikirkan kebaikan. Contohnya kita rancang untuk keluar makan malam dengan yang tersayang, tiba-tiba dia dapat panggilan ada tugasan. Mesti la kita ni muncung je kan? Betul tak?? Jika jadi begini Zaza releks je dulu. Istiqfar banyak-banyak. Macam semalam Zaza tahu ada kelas. Tapi fikir boleh scroll je. Tapi dah jadi macam tu , Zaza join kelas. Yang menariknya Zaza dapat tolong Master hanum paste kan kelas yang di beri ke group lain. Ambik aura master.. Hehe.. Kalau kelaur makan sure tak dapat ikut kelaskan? So jangan layan kekecewaan. Pasti ada yang lebih baik. Cuma kita tak pernah fikirkan secara positif. Kena ingat perancanganNya lebih baik dari apa yang kita rancang.

Faham ke apa Zaza maksudkan. Maaf la Zaza tak pandai nak mengarang. hehe. Jom kita tengok tips-tips nak berfikiran positif


Tips Berfikiran Positif

Bersangka baik dengan sesiapa saja.

Niatkan dalam hati, korang nak buat baik dengan semua orang yang ada di sekeliling korang.
Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa pun yang korang jumpa , bercakap dan berinteraksi , fokuskan pada sikap-sikap baik yang korang nampak dekat dirinya dan jadikannya contoh.

Elak emosi negatif.

Jauhkan diri korang dari sikap Hot Temper, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sikit), ia akan menghalang korang dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran korang.

Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.

Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila korang sedar yang korang sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang korang dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

Hiburkan hati untuk tenangkan perasaan.

Hiburkan hati, dekatkan diri korang dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

Peduli je apa orang nak cakap pasal kita.

Biarkan je diorang tu , korang pun terus latih minda korang supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada diri korang (ditarik oleh pemikiran negatif), diorang hanya akan mampu melihat. Diorang just mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? korang juga sebab ia terjadi pada diri korang sendiri, bukan diorang.

Jangan asyik nak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.

Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. korang tu yang silap , so , tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.