Assalamualaikum semua. Entry kali ni Zaza nak share berkaitan dengan apa kandungan Mealshake Shaklee ni. Ramai sebut bagus la, baik la untuk kanak-kanak. Tapi apa kandungan dalam Mealshake? Jika kita nak beli sesuatu barang terutama makanan pasti kita nak tahukan apa bahan yang terkandung dalamnya. Betul tak? Jadi meneliti kandungan dalam Mealshake dan fungsinya kandungan itu sangat penting. Jika kita dah tahu apa kandungan Mealshake ni baru la keyakinan tu ada untuk memiliki atau mencuba. Tambah pula ianya untuk diberi kepada anak-anak kita pasti lagi mahu berhati-hati. Ok jom kita tengok apa yang terkandung dalam mealshake ni.
Kandungan Mealshake
Dietary Fiber (8.8g)
Unsur Serat Bagi Tubuh
Serat hanya dijumpai pada makanan yang berasal dari tumbuhan seperti sayuran, buah-buahan dan biji-bijian.
Fungsi serat adalah :
- Serat meransang aktiviti saluran usus secara normal dalam mengeluarkan kotoran.
- Serat membantu menurunkan berat badan
- Serat makanan dalam jumlah yang cukup dapat melindungi tubuh dari penyakit usus, seperti kanser usus, buasir, radang perut dan vaksin.
- Serat makanan dapat menghindarkan adanya mendapan lemak di dinding pembuluh arteri seberah rahim
Kalsium (588 mg)
Unsur Kalsium
Fungsi kalsium
- Melancarkan peredaran darah
- Melenturkan otot
- Menormalkan tekanan darah
- Mengatasi kram, sakit pinggang, wasir, dan reumatik
- Membantu mineralisasi gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
- Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
- Melenturkan otot
- Mencegah penyakit jantung
- Menjaga keseimbangan cairan tubuh
- Mencegah osteoporosis (tulang reput)
- Menurunkan risiko kanser usus
- Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
Sodium (235 mg)
Sodium adalah sejenis mineral yang biasanya terdapat di dalam cecair yang mengelilingi sel-sel badan dan ada jumlah yang kecil terdapat di tulang. Sodium yang berlebihan akan dikeluarkan dari badan dalam urin melalui proses perkumuhan. Formula kimia untuk sodium adalah natrium (Na).
Fungsi Sodium
- Mengekalkan keseimbangan elektrolit badan.
- Mengekalkan tekanan darah yang normal.
- Mengekalkan volume darah.
- Mengekalkan keseimbangan pH badan.
- Untuk memastikan fungsi sistem otot dan saraf yang optima (terutamanya otak, dan dalam mengawal denyutan jantung).
- Membolehkan sel-sel badan untuk menarik dalam nutrien-nutrien dari saluran darah.
Vitamin C (52.9 mg)
Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Adakah anda tahu keistimewaannya? Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic acid (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan, seperti yang digariskan oleh USRDA (United Stated Recommended Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari. Bagaimanapun, untuk kesan-kesan baik yang maksimum, pengambilan vitamin C dalam dos yang lebih tinggi adalah disyorkan. Vitamin C sangat tidak stabil. Oleh itu ia mudah rosak bila terdedah kepada pencemaran, stress, proses oxidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya. Vitamin C tidak dibuat oleh sel-sel badan kita. Oleh itu, pengambilan dari sumber luaran adalah penting. Vitamin ini larut di dalam air. Ia mudah dibuang melalui air kencing dan juga peluh. Pengambilan yang berterusan adalah penting untuk memastikan kandungan di dalam badan tidak menjadi rendah.
Fungsi Vitamin C
- Fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.
- Pembuangan toxin-toxin dari dalam badan.
- Sebagai anti-oksidan ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser. Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksidan, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser. Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi.
- Kesihatan sistem jantung. Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bila berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol. Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah.
- Penyembuhan luka. Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat.
- Agen mengurangkan rasa sakit.
- Mengurangkan alahan.
- Penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian).
- Pengurangan stress. Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.
Vitamin E
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Fungsi Vitamin E
- Memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu
- Sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
- Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
- Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
- Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Niacin (17.6 mg)
Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin
Fungsi Niacin
- Peredaran darah dan kulit yang sihat.
- Menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.
- Membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.
- Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks.
- Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah.
- Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia
- Ia juga sebagai menambah ingatan.
Iron (17.6mg)
Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan.
Fungsi Iron
- Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
- Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Zinc (13.2 mg)
Zinc adalah salah satu mineral penting yang paling banyak ditemukan dalam tubuh kita. Secara alami mineral ini ditemukan pada beberapa makanan dan juga tersedia dalam bentuk suplemen kesihatan. Tubuh kita memiliki sekitar 2 – 3g zinc atau sekitar 60 % pada otot, dan 30 % dalam tulang. Jadi, dengan kata lain, zinc sangat berperanan penting supaya tubuh kita boleh berdiri dengan tegak. Baki yang 10 %, zinc ada pada gigi, rambut, kuku, kulit, hati, leukosit (sel darah putih), prostat, semen, dan lain-lain tubuh
Fungsi Zinc
- Fungsi tiroid
- Pembentukan tulang
- Antioksidan
- Kesihatan mata
- Kulit yang sehat
- Kesihatan dan kesuburan
- Kesihatan hati dan otak
- Membantu mencegah penyakit
Inilah penerangan berkaitan kandungan dalam Mealshake dan fungsi setiap kandungan itu. Supaya info ini boleh membantu anda menilai baik atau tidak Mealshake Shaklee ni. Pada yang berminat untuk dapatkannya boleh hubungi Zaza untuk maklumat lanjut.
Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page saya: Anna Health & Beuty House
Meal shake memang nutrisi lengkap untuk kanak2 :D
ReplyDeleteMealshake Best !!!