Saturday, October 18, 2014

Zikir Membersihkan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Lebih kurang sebulan yang lepas sewaktu dalam perjalanan bersama mak dan ayah Zaza terdengar ceramah berkaitan Zikir Asma Ul husna untuk bersihkan jiwa yang kotor. Zaza tak sempat nak salin apa yang di perkatakan. Hanya ingat sedikit sahaja. Zaza masih mencari ilmu yang diperkatakan. Bila dah dapat nanti Zaza sharekan dengan semua di sini. Hari ini Zaza nak share berkaitan dengan Zikir juga. Zikir ni boleh membaersihkan hati jika kita laksanakannya dengan tujuan mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah sejak bersama keluarga Shaklee ni Zaza dah mula berjinak-jinak dengan Zikrullah. Allah suka kita buat walaupun sedikit tapi istiqamah. Zaza ada terdengar juga orang yang solat dan selepas solatnya tidak berzikir adalah orang yang kedekut. Paling tidak pun ucapkan lah zikir yang mudah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar setelah selesai solat. Tak sampai 5 minit untuk ucapkan zikir ni. Jom kita tengok apa kelebihan Zikir.


Kelebihan Zikir

  • Mereka yang berzikir akan mendapat keredhaan Allah SWT dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Zikir akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Mereka yang berzikir akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah SWT serta dimurahkan rezekinya.
  • Individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah SWT.
  • Insan yang berzikir akan segera mendapat pembelaan daripada Allah SWT bila mereka berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Mereka yang berzikir akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka makin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
  • Insan yang berzikir akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga titisan sirat nanti.
  • Insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Zikir dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
  • Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk membuka pintu segala kebaikan.
  • Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Zikir dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit.
  • Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
  • Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya dia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Orang yang berzikir akan sentiasa diingati oleh Allah SWT seperti dalam firmanNya, “Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengigatimu”.
Banyaknya kelebihan berzikir ni. Membuktikan cintanya Allah pada hambaNYA. Jom kita sama-sama berzikir. Sehari sedikit lama-lama akan jadi kebiasaan.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.