Assalamualaikum.
Topik agak panas hari ni. Dalam minggu ni sahaja dah berapa orang tanya Zaza macam mana nak tau hari subur. Semuanya menpunyai pengharapan yang tinggi untuk dapatkan cahaya mata. Ramai yang malu sebenarnya membicarakan topik ni. Semua pasangan yang berumahtangga pasti inginkan cahaya mata. Lambat atau cepat segalanya ketentuan Allah. Ada pasangan tak sampai setahun dah hamil. Ada yang ambil masa dua tiga tahun dan ada yang lebih dari itu. Apa-apa pun sebagai hamba-NYA kita perlu berusaha, bertawakal dan berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin dan boleh mengubah takdir kita. Bagi pasangan yang inginkan cahaya mata banyak-banyak la berdoa kepada-NYA di samping berusaha bersungguh-sungguh. Salah satu usahanya adalah dengan mengetahui waktu subur. Bila dah tau senang la kan untuk berusaha tepat pada waktunya.
Pengiraan Kitaran Haid
Waktu subur seorang wanita juga ketentuan Allah. Cuma kita boleh menjangkakannya berdasarkan kajian yang telah di buat. Untuk menentukan waktu subur seseorang itu perlu tahu jumlah kitaran haidnya. Macam mana nak kira tu? Cara pengiraan kitaran haid , Contohnya bulan Ogos 2014, kira dari hari pertama sehingga haid sehingga hari datang period pada bulan Septembe 2014. Berapa jumlah hari. Biasanya kitaran haid yang normal adalah sekitar 28 hari.
Kenapa kitaran haid penting?
Kitaran haid penting untuk menentukan waktu subur di mana ovum yang matang di lepaskan ke tiup faloppio untuk disenyawakan. Caranya dengan mengambil jumlah kitaran haid dibahagikan dengan 2. Contohnya 28 hari bahagi 2 bersamaan dengan 14. Jadi waktu subur adalah antara hari ke 14 dan 15. Jadi waktu ini sangat sesuai untuk "bersama". Jangka hayat ovum adalah 24 jam manakala jangka hayat sperma antara 72 jam sehingga 5 hari. Jadi jika kita bersama awal sehari dua sebelum ovum matang, peluang untuk hamil juga tinggi.
Bagaimana pula jika haid tidak teratur?
Tak semua wanita mempunyai haid tidak teratur. Bagi kes sebegini biasanya Zaza cadangkan bersedia untuk hari ke 11 sehingga hari ke 18. Ianya mungkin terjadi. Jangan susah hati kepada yang haid tidak teratur. Percayalah segalanya dengan izin dari NYA. Jangan berputus asa. Terdapat banyak kaedah untuk membetulkan kitaran haid anda. Klik disini untuk tingkatkan kesuburan anda.
Harap dengan info ini dapat membantu anda untuk kenal waktu subur anda. Harus diingat segalanya adalah ketentuan dari Allah. Banyak-banyakan lah berdoa. Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.