Assalamualaikum
Entry kali ini Zaza nak share berkaitan istiqamah. Apa itu istiqamah? Istiqamah ni adalah kita laksanakan sesuatu secara konsisten iaitu secara berterusan. Istiqamah untuk berubah ke arah kebaikkan bukanlah mudah. Ianya memerlukan kekuatan mental, rohani dan kemahuan yang kuat berserta sokongan. Di sini Zaza nak shar tips untuk istiqamah.
Tips Istiqamah
Jaga konsisten Ibadah kita
Bermaksud kita perlu melaksanakan Solat fardhu 5 waktu secara konsisten. Jangan ada yang tinggal. Solat fardhu ini juga perlu dilaksanakan pada awal waktu. Jangan bertangguh-tangguh.
Persekitaran yang baik
Untuk kita menjadi konsisten perlukan sokongan dari orang lain yang turut sama ingin istiqamah berubah. Persekitaran memainkan peranan penting. Kita perlukan persekitaran dengan orang2 yang positif.
Muhasabah Diri
Kita perlu tanya kepada diri kita, kenapa perlu berubah? Apa yang nak diubah? Apa akan jadi jika tidak berubah? Apa ganjaran jika aku berusaha untuk istiqamah. Kita ulang-ulang jawapan sehingga terdengar oleh diri kita sendiri. Terusik hati.
Buat perubahan yang kecil dan mampu
Allah suka sesuatu perubahan yang sedikit tetapi berterusan. Kita perlu memaksa diri sendiri untuk buat. Ajak orang yang rapat dengan kita untuk turut sama berubah bersama.
Ini serba sedikit perkongsian dari Zaza. Marilah sama-sama kita beramal.
Disipin Tegar
Kita perlu percaya yang perubahan mampu dilatih. Target penting untuk kita capai apa kita nak. Jadi kita perlu setkan target setiap hari. Jika ada yang tidak capai target , denda diri sendiri dengan denda yang membina.Jangan kembali kepada tampuk lama
Sentiasa ingatkan diri untuk tidak kembali seperti sebelumnya. Azam kena kuat untuk berubah. Banyakkan berdoa agar di tetapkan pendirian.Doa
Doa adalah senjata orang mukmin. Maka berdoalah kepada-NYA supaya kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk berubah. "Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-MU Ya Allah".Motivasi diri
Motivasi terbaik adalah diri sendiri. Pujuk hati dengan kata-kata membina. Banyakkan bahan bacaan yang membina. Banyak mendekatkan diri dengan Allah.Matlamat yang jelas dan terperinci
Matlamat perlu jelas dan terperinci iaitu kita tahu kenapa perlu berubah? Untuk apa? Kita perlu rancang strategi untuk kita berubah. Ingat jika kita gagal merancang, kita rancang untuk gagal.Perbanyakkan Istighfar
Sebagai hamba-NYA kita tidak lari dari daripada kesilapan. Jadi perbanyakkan Istighfar untuk memohon ampun dan membuatkan diri kita berasa tenang. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang maksum pun beristighfar 70 kali sehari, apatah kita yang sentiasa melakukan dosa.Ini serba sedikit perkongsian dari Zaza. Marilah sama-sama kita beramal.
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.