Sunday, October 12, 2014

Resepi ESP

Assalamualaikum...

Entry kali ini Zaza nak share resepi ESP. Kenapa ye. Ada antara kita memang tak gemar dengan soya. Ada yang tak boleh langsung dengan soya. Jadi resepi-resepi ini boleh membantu anda.


RESEPI 1:ESP Sunquick

  • Masukkan 2 scoops ESP ke dalam shaker
  • Tambahkan air kosong 300ml ke dalam shaker
  • Masukkan sesudu makan sunquick Mandarin atau sunquick Mango ke dalam bancuhan
  • Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan ESP
  • Goncang dalam shaker sampai  berbuih macam dalam gambar ni..


RESEPI 2:ESP Twister

  • Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. Tak perlukan banyak ESP..sebab Twister dah kuat manisnya.
  • Tambahkan air kosong 150ml ke dalam shaker
  • Masukkan 150ml jus Orange Twister ke dalam bancuhan. Jika anda suka Twister yang manis, boleh lebihkan jus Orange Twister.
  • Jika anda sukakan ESP Orange Twister sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 3:ESP Soya Plus

  • Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam shaker. 
  • Tambahkan air kosong 100ml ke dalam shaker
  • Masukkan 150ml air soya kotak atau sebaiknya air soya asli ke dalam bancuhan. Jika anda suka yang manis, boleh lebihkan soya tersebut.
  • Jika anda sukakan ESP soya sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 4:ESP Sunquick+Kurma

(Sesuai untuk berbuka puasa)
  • Sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Abaikan nasi kerabu dan kuih yang nampak sedap tu. hehe..
  • Sediakan air kosong 250ml dalam shaker dan tambah sesudu sunquick atau kordial yang anda suka
  • Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya serta koyak-koyakkan isinya ke dalam shaker
  • Masukkan 1-2 scoops ESP ke dalam bancuhan. Goncangkan.
  • Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  • Goncang dalam shaker dan biarkan seketika agar isi kurma lembut sebelum diminum..
  • Isi kurma memberi tekstur semasa diminum. Juga boleh di kisar bersama  untuk tekstur yang lebih halus dan mudah diminum
  • *Menambah kurma atau kismis juga membantu memberi tenaga segera sewaktu berbuka puasa.


RESEPI 5:ESP Bandung

  • Sediakan air kosong 200ml ke dalam shaker dan masukkan 3 scoop ESP ke dalam shaker. Jika anda menggunakan sirap sedia manis atau sirap kordial, 2 scoops memadai
  • Masukkan setengah sudu kecil sirap atau sedikit sahaja ibu sirap ke dalam bancuhan tadi
  • Tambahkan beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 6:ESP Milkshake

  • Tuangkan 200ml susu ke dalam shaker
  • Tambahkan 2 scoops ESP ke dalam susu
  • Goncangkan. Jika anda suka susu bermadu, boleh tambah sedikit madu lebah asli ke dalam susu dan ESP tadi. Boleh juga menggunakan susu segar berperisa. tetapi memadai dengan 1 scoop ESP kerana susu berperisa sudah sedia manis.
  • Boleh diminum suam atau tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan jika anda suka milkshake sejuk
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Yumm..


RESEPI 7:ESP Milo

  • Sediakan air suam kosong 200ml ke dalam shaker
  • Masukkan 3 sudu milo ke dalam air suam-suam panas tadi
  • Biarkan seketika dan masukkan 2 sudu ESP ke dalam milo suam tadi
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum..Boleh ditambah ais jika anda mahu


RESEPI 8:ESP+Mealshakes+Perfomance Drink

  • Sediakan air kosong 250ml. 
  • Tambahkan sesudu mealshakes dan sesudu perfomance drink ke dalam bancuhan air. Goncang dalam shaker.
  • Jika anda sukakan ESP sejuk, tambah beberapa ketul ais ke dalam bancuhan
  • Goncang dalam shaker dan sedia untuk diminum.


RESEPI 9:ESP Smoothies

  • Sediakan 1 gelas air masak atau air sejuk dan tuang ke dalam blender
  • Masukkan satu scoop ESP Shaklee
  • Potong 1 biji pisang, 3-4 strawberry, atau raspberry
  • Blend kesemuanya dalam blender
  • Setelah selesai, boleh tambah 1 scoop vanila ice cream


Smoothies ESP sangat sesuai sebagai menu sihat yang mengenyangkan dan untuk detoks juga kerana kaya dengan fiber asli dari buah-buahan. Boleh juga digunakan buah kiwi untuk menggantikan strawberry 


RESEPI 10:ESP Yogurt Bliss

  • Tuangkan 200ml yogurt Bliss sebarang perisa
  • Masukkan 1-2 scoop ESP Shaklee, dan tambah sedikit sahaja air jika anda rasa terlalu pekat
  • Tambahkan ais, dan goncang dalam shaker.
  • Sedia untuk diminum.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.