Wednesday, April 23, 2014

Operate Hidung......

First time Operation

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dalam entry kali ini. Kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya berkaitan resdung. Jangan pandang ringan u all pasal resdung ni. Jika dibiarkan ianya boleh jadi pembunuh dalam diam. 

Tanggal 11 November 2013 saya telah menjalani satu pembedahan di bahagian hidung disebabkan oleh kelenjar didalam rongga hidung membenkak dan tulang hidung saya membengkok ke kanan yang menyebabkan saya sukar bernafas dan tidak puas. Sebelum pada itu saya selalu kerap pening. Perkara ini tidak saya endahkan kerana fikirkan kurang rehat. Ini disebabkan ketika itu saya masih bekerja sebagai Projek Manager dalam bidang IT yang sangat2 mencabar. Sehingga time tu my future Hubby (sekerang dah jadi suami ye..hehe) suruh saya check dengan doktor. 

Alangkah terkejutnya apabila doktor masukkan kamera ke dalam kedua2 lubang hidung, kelenjar membengkak dan hampir menutup saluran penafasan. Memang menakutkan. Saya perlu admit di hospital dan keesokkannya menjalani scan. Apabila melihat keputusan scan baru la tahu batang hidung telah bengkok sedikit kekanan. Pembedahan segera perlu dilakukan. Menurut Doktor pakar dia akan laser kelenjar yang membengkak untuk mengecutkannya dan akan repair tulang hidung. Memang menakutkan mendengar penerangan sebelum di bedah. Saya di beri rehat secukupnya sehari sebelum pembedahan dan diberi ubat tidur pada malam sebelum pembedahan. Walaupun diberi ubat tidur saya masih antara sedar dengan tidak kerana terlalu takut. Mana memikirkan esok nak operate dan tiada yang menunggu. Rasa sayu, sedih, takut segalanya bercampur aduk.

Jam 6 pagi nurse kejutkan dan disuruh mandi dan pakai baju bedah. 7.30 pagi nurse yang bertugas ambil dan simpan semua barang berharga saya. 8 pagi saya di tolak ke dewan pembedahan dan ditempatkan di ruang menunggu. Semasa di ruang menunggu ada seorang doktor datang memperkenalkan diri sebagai doktor pakar bius. Dia suruh saya bertenang dan relaks dan berlalu pergi. Nurse datang memasang alat2 yang saya sendiri tidak tahu. Kemudian doktor bius tadi datang dan minta izin untuk memsang jarum pada tangan untuk masukkan ubat. Tidak lama lepas tu doktor suruh releks2.. tenang2 dan saya tidak lagi ingat apa yang berlaku setelah itu. Pembedahn bermula jam 9. Memang tidak tahu jam berapa siap. Yang saya tahu saya di kejutkan dan dipindahkan ke katil lain dan di bawa ke wad. Masih dalam keadaan separa sedar. Memang tiada family masa tu kerana masing2 ada urusan yang perlu di selesaikan.

Sedar sahaja sepenuhnya.. amatlah terseksa ketika itu kerana sukar bernafas. Kedua2 lubang hidung di tampal. Bernafas menggunakan mulut. Bayangkan jika kita selsema pun amat merimaskan, ini kan pula di tutup. Memang terseksa sangat2 ketika itu. Jam 1 petang , mak dan ayah datang. Baru tahu masa tu saya tak boleh bercakap rupanya. Mungkin kesan daripada kamera yang dimasukkan melalui rongga mulut. Nurse membuat pesanan Ais Krem untuk menu tengah hari. Sakit2 pun dapat makan ais krem kan best. haha.. Ye la sebab aku kena soft diet.. Petang tu doktor datang dan tunjukkan serpihan tulang hidung yang dibuang. Nak tunjuk pun serpihan tu ada di kampung.

Keesokkan kapas yang menutup lubang hidung dibuka. Fuhh lega rasa. Doktor membersihkan roangga hidung. Memang seksa habis. Hampir pengsan time tu. Aku di bawa kembali ke wad. Memang sukar, sebab x boleh nafas seperti biasa. kena slow2. banyak bernafas ikut mulut sampai kering bibir. Hidung sentiasa bleeding. Lama juga bleeding ni. Hingga sekarang pun jika salah hembus boleh berdarah tau u all.

So kesimpulannya di sini rawat or cegahlah ia sebelum berlarutan. Masa ni baru tau bertapa pentingnya bernafas menggunakan hidung. Sekarang untuk mencegah ianya dari berlaku kembali saya amalkan supplement Shaklee iaitu : Alfalfa, Vitamin C dan B complex.



Berminat nak membuat pesanan @ ada sebarang pertanyaan
Jom Hubungi saya
Zaza
pm/whatssap/sms/wechat:019-2501105
blog:http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com
Email : annahbhouse@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/AnnaHealthBeutyHouse?ref=hl

Sembelit ooo Sembelit!!!

SEMBELIT!!!

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni nak kupas pasal sembelit. Kenapa ye? Haa sebab semalam teringat apa yang kakak saya story last week. Kakak saya ni salah seorang yang dibelenggu masalah sembelit. Jangan buat main2 u all. Kita makan setiap hari tapi buangnya 2 3 hari sekali.. parah ooo. Kakak saya dari dulu lagi selalu alaminya. Kesiankan. So saya ada la suggest satu vitamin kat dia. So after 2 minggu amalkan dia rasa ok. Apa yang saya teruja nampak raut wajahnya ceria sambil bercerita pengalamannya bersama vitamin yang saya syorkan. Haaa nak tahu apa yang kakak saya ambil?? Klik disini.

Ok jom kita tengok apa sebenarnya sembelit ni? Faktor sembelit? cara untuk atasinya. hehe dah macam buat karangan bahasa melayu pulak kan.. hehe. Apa2 je la kan. yang pasti ilmu untuk dikongsikan bersama.

Apa itu Sembelit??

Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang :
  • Buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining)
  • Sakit sewaktu buang air
  • Buang air dengan sukar. 
  • Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.
Note : Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.


Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan) dalam usus yang terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

Faktor terjadinya Sembelit 

Secara umumnya

  1. Kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir).
  2. Kurang memakan makanan pelawasSeperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).
  3. BersukanJuga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.
  4. Masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome)Sebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Dikatakan penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.
  5. Umur yang lanjutJuga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:


  • Luka pada lubang dubur.
  • Rektum runtuh
  • Terdapatnya kanser pada rektum
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
  • Radang divertikulum
  • Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:
  • Paras kalsium tinggi dalam darah
  • Paras kalium rendah dalam darah
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
  • Keracunan oleh plumbum.

Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:

  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
  • Pil zat besi
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
  • Anticholinergics
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)

Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya termasuk:

  • Kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
  • Penyakit usus akhir besar (mega-kolon, Hirschsprung)
  • Systemic Sclerosis (CREST) C  untuk Calcinosis, C untuk Constipation
  • Penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus.

Rawatan

  1. Mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari
  2. Bersukan
  3. Makan sayuran dan buahan.
  4. Elakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit. 
  5. Ubat ubatan juga boleh didapatkan di farmasi dengan dan tanpa preskripsi dari doktor.
  6. Amalkan supplement yang boleh membantu anda hadapi sembelit. Klik disini



Berminat nak membuat pesanan @ ada sebarang pertanyaan
Jom Hubungi saya
Zaza
pm/whatssap/sms/wechat:019-2501105
blog:http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com
Email : annahbhouse@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/AnnaHealthBeutyHouse?ref=hl

Friday, April 11, 2014

Haid Tidak Teratur!!!

HAID TIDAK TERATUR : KENAPA??, KESAN & CARA ATASINYA




Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semua! Entry kali ni khusus nak bercerita tentang sesuatu yg amat biasa & berkait rapat dengan seorang wanita. Namun, terdapat juga segelintir wanita yg tidak menyedari tentang kepentingannya ataupun tidak tahu apa yg harus dilakukan sekiranya KITARAN HAID mereka tidak tetap atau tidak menentu.

Kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, kitaran haid yang teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yang lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yang teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yang ingin mendirikan rumah tangga.

Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yang dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yang tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yang panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Punca haid yg tidak teratur

  1. KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  2. KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! 
  3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  4. TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  5. MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  6. MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  7. PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  8. TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  9. PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  10. TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  11. MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  12. UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Doa2 Amalan


Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk. Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin. 



Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-caranya:

  1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat.
  2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
  3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

Doa 1


Maksudnya:

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)


Doa 2



Maksudnya:

(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)

Selain itu ikhtiar lain juga perlu. Anda boleh mencuba suplement atau vitamin yang selamat dan berkesan di gunakan. Rujuk disini


Wednesday, April 09, 2014

Insomia atau Sukar tidur

Assalamualaikum,

Hai alls, entry kali ni saya nak share berkaitan INSOMIA.. haaa apa tu?? Meh teruskan bacaan.

INSOMIA

Apa itu Insomia???

Apa itu Insomnia? Tahu kan? ya Penyakit Sukar Tidur. Maksud Insomnia ialah sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Bayangkan setelah penat kerja seharian akhirnya tiba masa tidur kawan serumah telah pun lena diulit intan tapi kita hanya terkelip-kelip memandang dinding. Tekanan makin bertambah apabila sudah tiba masanya ke tempat kerja, kita masih membuta dan akhirnya terlewat sampai ke destinasi yang dituju.

Sesetengah orang mudah saja nak tidur. Baring, pusing kiri kanan dah tidur. Segelintir yang lain pula terpaksa mem"buka" mata dan melakukan kerja tambahan supaya mata jadi letih dan cepat tidur. Kasihannya. Ianya perlu diatasi segera. Jangan dibiarkan kerana badan akan menjadi kurang bertenaga di pagi hari.

Ciri-ciri Insomia

  • Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomia)
  • Mudah tidur kemudian terjaga dan sukar tidur semula (kronik insomia)
  • Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep) Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Kenapa ini berlaku??

  • Beberapa kajian menunjukkan yang insomia dikaitkan dengan kekurangan MAGNNSIUM. Magnesium ini adalah mineral yang membantu otot dan saraf kita lebih releks yang turut membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.
  • Majoriti penyebab insomnia kronik atau jangka panjang biasanya dikaitkan dengan keadaan jiwa atau fisiologi yang mendasari (perubatan)
  • Psikologi masalah yang paling umum yang boleh menybabkan insomia meliputi :-

  1. Kecemasan
  2. Depresi
  3. Stress (mental, emotional, situasional dll)
  4. Skizofrena
  5. Mania (gangguan bipolar)

Macam mana nak atasi??

  1. Buang tabiat suka fikir atau berkhayal ketika baring:
    Elakkan dari berfikir ketika berbaring samada siang atau malam, kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan di bawa ke bilik tisur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir
  2. Jadikan malam anda waktu beristirehat.
    Jangan buat kerja pejabat di waktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda erfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga.
  3. Elakkan minum air berkafien pada waktu malam
    Minuman berkafein akan meransangkan otak dan sistem sraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur.
  4. Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magrib
    Sebenarnya pada waktu ini tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan di bawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.
  5. Aktifkan diri anda dengan aktiviti riada pada waktu petang
    Lakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.
  6. Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluarga
    Ini juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.
  7. Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum magrib.
    Kesegaran tubuh badan membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
  8. Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang : “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”. 
    Kata pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nynyak
  9. Bezikir 
    Cuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk bilik tidur dan jangan lupa membaca ayat al-quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat Qursi. Insyaallah sangat membantu
  10. Namun, kadang-kadang masih ada yang di antara mereka tidak dapat lelapkan mata walaupun telah melakukan senaman seperti di atas. Cara lain yang disyorkan ialah B-COMPLEX Shaklee kerana ianya dapat mengurangkan tekanan serta memudahkan seseorang itu untuk tidur. Klik sini Maklumat B Complex Shaklee

Monday, April 07, 2014



Apa itu bipolar disorder? Atau Mania


Gangguan bipolar (bipolar disorder) adalah gangguan pada perasaan seseorang akibat masalah di otak, berkait dengan perpindahan (swing) mood, fikiran, dan perubahan perilaku. Penderita mengalami perubahan mood yang dramatis, dari episod manic dan episod depresi selama waktu tertentu. Episod manic dikaitkan dengan keadaan mood yang sangat meningkat (hipertimik) atau irritable (mudah marah dan tersinggung), episod depresi dikaitkan dengan mood yang sangat menurun (hipotimik). Di antara kedua episod mood tersebut terdapat masa mood yang normal (eutimik). Istilah bipolar merujuk pada keadaan pesakit yang mengalami perpindahan mood antara dua kutub atau spektrum emosi yang berlawanan tersebut. 

Awam sering menyebutnya ketidakstabilan mood, tetapi gejala ini baru dapat disebut gangguan bila telah memenuhi kriteria waktu tertentu, seperti untuk episod manic, diperlukan keadaan mood hipertimik dalam jangka waktu minimal seminggu atau bahkan kurang dari seminggu. Untuk episod depresi, dibutuhkan waktu minimal 2 minggu terus-menerus berada dalam kondisi mood hipotimik. Boleh dipastikan disebut gangguan, bila fungsi pekerjaan atau kehidupan sosialnya terganggu. Saat terjadi gangguan, kadang-kadang pesakit perlu dirawat di rumah sakit.

SKIZOFRENIA

SKIZOFRENIA (Schizophrenia)


Apakah itu skizofrenia?

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

Apakah tanda-tanda skizofrenia?

Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting

  • Tanda-tanda positif (positive symptoms)
  • Simptoms negatif (negative symptoms)
  • Gangguan kognitif
  • Gangguan Emosi
  • Lain-lain tanda

TANDA-TANDA POSITIF

Psikosis

Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

Delusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak

Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.

Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;

Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.

Halusinasi penglihatan ( visual hallucination ) berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.

Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa

Pertuturan Merapu (disorganized speech)

Masalah pertuturan pesakit skizofrenia berlaku dalam banyak jenis bergantung kepada keadaan penyakit tersebut. Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:

Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. (irrelevant speech)

Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi (incoherent speech)

Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.

Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun ( mute) atau bercakap sepatah dua sahaja ( poverty of speech) dan sesetengahnya banyak pula bercakap ( pressure of speech). Ada pesakit yang mengikut sahaja apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka (echo lalia). Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik dan terdapat juga yang menjerit-jerit dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.

Tingkahlaku dan Perbuatan Pelik (Disorganized Movement)

Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:

Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba

Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.

Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.

Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.

Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain

TANDA-TANDA NEGATIF SKIZOFRENIA

Tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:

Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.

Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.

GANGGUAN EMOSI

Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan dan episod mania, Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.

Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.

Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF

Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik

GANGGUAN LAIN

Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.

Sumber : http://drsalmi.blogspot.com/