Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Doa Ketika Keresahan dan Kesedihan

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ni kita tidak sentiasa dengan gelak tawa. Adakalanya hati kita dirundung keresahan dan kesedihan. Macam cuaca langit tak selalunya cerah, dalam panas elok-elok tengok-tengok hujan turun. Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Bila kita dalam keadaan begini sudah tentu kita mencari kawan untuk meluahkan. Terkadang kita lupa untuk mengadu pada DIA yang Maha Esa. Islam telah menyediakan tatacara dalam semua keadaan. Di sini Zaza nak kongsikan dengan semua Doa dan zikir semasa situasi ini. Boleh juga dijadikan amalan harian.

Doa hilangkan Kesedihan


Surah Al-Insyirah juga boleh diamalkan untuk menenangkan perasaan :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Zikir sebagai penenang :



Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang dalam kesedihan. Ianya juga boleh dijadikan amalan harian. Selamat beramal.

Monday, November 24, 2014

Doa Rabitah

Assalamualaikum...

Pernahkah anda mendengar doa Rabitah? Bagi sesiapa yang biasa dengan al-mathurat pasti tahu doa ini. Banyak kelebihan doa rabitah jika di amalkan. Jom sama-sama kita amalkan setiap hari.


DOA RABITAH atau dalam Bahasa Arabnya disebut DOA ROBITOH bermaksud doa pengikat kasih sayang. Kalau tak faham yang Bahasa Arab, boleh baca terjemahannya (seperti di bawah). Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati, menyatu padukan ikatan silatulrahim antara kita dengan kawan-kawan atau pasangan dalam ukhuwah, agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.

Terjemahan: 

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Panduan berdoa: setiap kali menyebut perkataan 'hati-hati' atau 'hati', pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah individu yang ingin anda ikat kasihnya. Pastikan, di samping doa rabitah ini, mohon juga yang terbaik untuk masa depan anda dan agama anda. Dengan izin Allah, jika kasih anda bersamanya adalah yg terbaik, DIA akan izinkan dan mudahkan, insyaAllah.

Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Assalamualaikum dan salam Tahun baru 1436 hijrah buat semua.Hari ini 24 Oktober 2014 merupakan hari terakhir tahun Hijrah 1435. Selepas maghrib 24 Oktober 2014 kita akan masuk pada tahun baru Hijrah 1436.

Bersempena akhir tahun dan awal tahun Hijrah ini kita disunatkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah 2014 ini untuk mendapat rahmat dari-Nya.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1435 (2014)

Doa akhir tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah(24 Oktober 2014).

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1436 (2014)

Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas solat fardhu maghrib 1 Muharram (24 Oktober 2014). 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Selamat beramal.

Friday, April 11, 2014

Haid Tidak Teratur!!!

HAID TIDAK TERATUR : KENAPA??, KESAN & CARA ATASINYA




Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semua! Entry kali ni khusus nak bercerita tentang sesuatu yg amat biasa & berkait rapat dengan seorang wanita. Namun, terdapat juga segelintir wanita yg tidak menyedari tentang kepentingannya ataupun tidak tahu apa yg harus dilakukan sekiranya KITARAN HAID mereka tidak tetap atau tidak menentu.

Kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, kitaran haid yang teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yang lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yang teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yang ingin mendirikan rumah tangga.

Secara teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yang dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yang mempunyai kitaran haid tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yang tidak tetap (bukan antara 28-35 hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yang panjang (bukan antara 4-8 hari), peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.

Punca haid yg tidak teratur

  1. KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  2. KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! 
  3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  4. TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  5. MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  6. MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  7. PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  8. TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  9. PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  10. TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  11. MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  12. UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Doa2 Amalan


Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk. Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin. 



Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-caranya:

  1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat.
  2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.
  3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

Doa 1


Maksudnya:

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)


Doa 2



Maksudnya:

(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)

Selain itu ikhtiar lain juga perlu. Anda boleh mencuba suplement atau vitamin yang selamat dan berkesan di gunakan. Rujuk disini