Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, November 23, 2014

Resepi Kuah Rojak

Assalamualaikum..

Sabtu lepas Zaza ada buat kuah rojak. Hasil berguru dengan kakak ipar. Memang sedap la. Boleh berniaga tau.  Jom Zaza kongsikan resepi.



Bahan-bahannya:

  • 23 biji cili kering
  • Kicap satu botol
  • 2 inci Belacan
  • 2 Senduk Gula Merah
  • 2 Senduk Gula putih
  • Asam jawa (ukur ibu jari tangan)
  • Biji Lenga


Cara-caranya:

  1. Buang biji cili kering. Pastikan ianya tiada langsung biji. Bersihkan dan toskan
  2. Masukkan cili kering, belacan, gula merah, gula putih dan air asam jawa. 
  3. Tuangkan kicap yang sebotol tadi jangan habiskan, tinggalkan lebih kurang dalam seinci lebihan kicap di dalam botol.
  4. Blend kan kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
  5. Kemudian masak di dalam kuali atau periuk dengan api perlahan. Jika nak api kuat boleh tapi perlu selalu kacau.
  6. Setelah mendidih dalam 4 ke 5 kali tutup api. Taburkan biji lenga dan gaul hingga sebati.
  7. Dah siap. Boleh makan dengan mangga ke apa-apa la yang anda suka.


Selamat mencuba...

Tuesday, November 18, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum...

Haa tengok resepi macam simple kan. Ni resepi versi ibu mertua. Biasa kita gorengkan. Ada specialnya tau.


Bahan-bahannya :

  • Ayam 1/2 ekor
  • Kicap
  • 4 ulas bawang
  • Kunyit
  • Garam
  • Minyak


Cara-caranya :

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam kuali, buka api dan tudungkan kuali. Biarkan sehingga air ayam tu keluar. Kacau sesekali.
  2. Manyang bawang.
  3. Apabila air ayam kering masukkan garam dan kunyit. Gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan minyak masak lebih kurang 2 senduk kecil.
  5. Gaul sehingga ayam keperang-perangan dan masukkan kicap. Gaul sehingga rata.
  6. Masukkan bawang yang di mayang tadi. Gaulkan sehingga rata. Tunggu hingga bawang layu.
  7. Tutup api dan siap untuk di hidang.


Selamat mencuba...

Monday, November 17, 2014

Resepi Seri Muka

Assalamualaikum...

Petang tadi Zaza dan kakak ipar buat kuih seri muka pandan. Zaza cuma tolong sikit-sikit je. Tolong kacau je. Jom tengok resepinya 


Resepi Seri Muka 

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) 
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) 
1 sudu teh garam 
2 sudu teh minyak masak 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah


  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering. 
  2. Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14) 
  3. Sapukan minyak di sekeliling loyang. 
  4. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang. 
  5. Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut. 
  6. Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata. 
  7. Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama. 
  8. Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit. 
  9. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang. 
  10. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas. 


Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas 


  • 2 cawan santan pekat 
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan 
  • (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung 
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula) 
  • 1 biji telur ayam 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • Sedikit pewarna hijau 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas


  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi. 
  2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan. 
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker. 
  4. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung. 
  5. Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan. 
  6. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak. 
  7. Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih. 
  8. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. 
  9. Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air. 
  10. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang. 
  11. Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan. 

Selamat mencuba

Saturday, November 15, 2014

Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum..

Nak kngsi resepi Kek Gula Hangus Kukus ni. Dah 2 kali buat minggu ni. Macam senang je kan. Memang senang asalkan kita mahu. Jom tengok resepinya


Bahan2 : 

Gula hangus- buat yang ni dulu sebelum bancuh adunan
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega 

Cara:

Masukkan gula dalam kuali atau periuk bukak api sederhana kecil... sentiasa kacau-kacau gula sampai larut sampai warna jadi keemasan macam madu.. kalau jadi kearangan, buang je la...konpem tak jadi nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit 

Langkah kedua

Masukkan air panas dalam gula tadi... AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau tak berhati-hati, sebab gula tu macam meletup-letup skit nanti... pastu gula tadi akan jadi macam ketul-ketul sikit bila masuk air... cairkan semula... bila dah cair semua, masukkan mentega..biarkan larut... tutup api dan sejukkan 

Bahan lain: 

7 biji telur saiz A 
2 cawan tepung gandum 
1/2 tin susu pekat manis\
2 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh esen vanila 

cara: 

Pukul telur sampai kembang (blend pun boleh..guna mixer pun boleh) pastu masukkan susu pekat dan mix  lagi sampai sebati masukkan pulak esen vanila pastu ayak tepung gandum + soda + baking powder masukkan dalam adunan..teruskan mix last sekali, masuk la gula hangus yangg dah sejuk tadi... mix lagi! Kukus selama 1- 1 1/4 jam. Biarkan sejuk sebelum potong (untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah, kemudian tengok arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Selamat mencuba

Friday, November 14, 2014

Resepi Kari Udang dengan Kacang Buncis

Assalamualaikum...

Resepi apa anda hari ini. Hari ni Zaza masak Kari udang dengan kacang buncis. Pernah makan tak? Sedap tau. Jom Zaza kongsikan dengan anda.


Bahan-bahannya

  • Udang 300 g
  • Kacang buncis
  • Rempah kari ikan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun Kari
  • Santan (1/2 biji kelapa)
  • Garam
  • Minyak

Cara-caranya

  1. Bersihkan udang dan toskan. Potong kacang buncis menyerong. Mayangkan 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Bersihkan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang yang di mayang berserta daun kari sehingga naik bau.
  3. Bancuhkan 3 ke 4 sudu rempah kari dengan air (Jangan terlalu cair. Agak-agak je) dan tuang ke dalam periuk. Biarkan sehingga pecah minyak menandakan rempah dah masak.
  4. Setelah pecah minyak masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan udang dan kacang buncis dan biarkan mendidih perlahan.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Didihkan seketika
  8. Tutup api dan siap untuk di hidang.


Ringkas kan. Senang je simple. Sayur pun dah ada. tak perlu nak masak 2 3 jenis kan.

Wednesday, November 12, 2014

Resepi Kari Semilang

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Bagi suri rumah pasti hari-hari fikir apa nak masakkan? Begitu la rutin suri rumah. Jadi hari ni Zaza nak kongsikan resepi kari Semilang yang sememangnya terkenal di daerah Kerian ni. Ikan semilang ni rupanya seperti ikan keli cuma ianya putih sikit dan hidup di laut. Jom Zaza kongsikan resepinya.


Bahan-bahannya:


  • 5 ulas bawang merah
  • 1 paket kecil rempah kari (atau 5 sudu makan) - saya selalu guna jenama Baba's
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato - di potong empat
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • minyak untuk menumis
  • 7 biji bendi  
  • garam

Cara penyediaan


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga wangi. 
  2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang di bancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana (kacau selalu).
  3. Masukkan pula air asam jawa dan santan pekat, biarkan mendidih.
  4. Masukkan bendi dan ikan, tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang di kehendaki. Kecilkan api dan biarkan kari mendidih dan pecah minyak.
  5. Masukkan pula garam, serbuk perasa (jika suka) dan tomato.
  6. Renihkan hingga pecah minyak lagi dan tutup api.
Selamat mencuba.

Tuesday, November 11, 2014

Resepi Sayur Pucuk Masak Lemak

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni Zaza nak kongsikan resepi Sayur Pucuk Masak Lemak bersama suun dan cendawan hitam kering. Resepinya adalah:


Bahan-bahannya:


  • 3 batang sayur pucuk/ tauhu kering - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
  • Secekak suun - direndam hingga lembut, kemudian dipotong 2 inci
  • 6 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
  • Sedikit Kim Chan - direndam hingga lembut
  • 1 kotak kecil santan pekat
  • Semangkuk santan cair (Semangkuk air + sesudu santan pekat tadi)
  • 2 biji kentang - di belah 6
  • 2 biji cili merah - dipotong serong
  • Garam

Bahan Tumbuk Lumat:


  • Sejemput ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar - saiz sederhana

Cara-caranya:


  1. Masukkan santan cair, bahan tumbuk dan kentang ke dalam periuk. Masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan semua sayur-sayuran dan cili merah. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan suun. Gaul rata hingga suun lembut.
  5. Tutup api. Hidangkan.
Selamat mencuba yea.

Sunday, November 09, 2014

Resepi Pancake

Assalamualaikum dan selamat malam. Duduk tak duduk malam ni terasa nak makan pancake. Haha. Macam sedap je. So apa lagi en google la kan. Senang je sebenarnya sebab pernah buat sebelum ni. Cuma lupa resepi.  Jom tengok resepinya



Bahan-bahannya:

(7 keping saiz sederhana)

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan susu fresh milk/low fat
  3. 1 biji telur
  4. 1 sk baking powder
  5. 1 1/2 sb gula
  6. 2 sb minyak jagung / majerin


Cara membuat:


  • Campurkan semua bahan dalam mangkuk.. Kacau sehingga sebati.. Pastikan tiada tepung yg berketul2..
  • Panaskan non-stick pan.. tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.. biarkan seketika..
  • Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake..
  • Ini lah hasilnya bila diterbalikkan pancake tu.. kaler coklat2.. biar seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat..
  • Ulang langkah 2-4 sehingga bancuhan tepung abis.. SIAP!!


Sedia untuk dihidang.. boleh dimakan begitu sahaja atau dengan coklat or lain-lain perisa..
Kalau ikut sukatan ni boleh dapat 7 keping pancake seperti saiz di atas..

Thursday, November 06, 2014

Resepi Bendi Goreng Telur

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semenjak suami lepas jalani pembedahan ni banyak betul yang kena pantang. Zaza pun hari-hari fikir nak masak apa yang suami boleh makan dan ikut selera suami. Pening tau fikir. Selalu masa duk kat dapur tu tengok-tengok bahan-bahan yang ada. Idea akan datang selepas Zaza tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor. Kira lelap la dalam 30 minit. Sunnah kan tidur sekejap sebelum Zohor untuk mudahkan kita bangun tahajjud. Dalam cari-cari idea nak masak teringat suami ada beli bendi. So Zaza search resepi bendi yang sesuai untuk dimasak kena dengan pantang suami. Jumpa la Bendi Goreng Telur. Ye la suami Zaza tak boleh makan pedas, ikan bilis tak boleh, kicap tak boleh macam-macam la tak boleh. Kesian tengok.


BAHAN-BAHANNYA

15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 - 2 camca besar)
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT 

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

CARA MEMBUATNYA

Hiris serong bendi, kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 - 3 camca besar). Tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan bendi yang telah dihiris, tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul rata-rata bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi.

Mudah je kan resepinya. Selamat mencuba

Monday, November 03, 2014

Resepi Sup Kepala Ikan Salmon

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni Zaza nak kongsikan resepi Sup Kepala ikan salmon. Suami Zaza minta buatkan untuk makan malam ni. Suami memang selalu beli ikan salmon ni. Katanya baik untuk kesihatan. Ikan salmon ni kaya dengan omega 3. Kebetulan pula bulan ni promo omega kan. Buy 6 FREE 1 @ Buy 2 GET 5% diskaun . Baru je selesai Zaza masak. Jadi nak kongsikan dengan anda semua.


Bahan-bahannya:

  • Kepala ikan salmon (Zaza buat sebelah sahaja)
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang Putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kulit kayu manis
  • Asam keping
  • Minyak
  • 1/2 sudu kecil Perencah sup
  • Garam

Cara-caranya

  1. Bawang merah, bawang putih dan halia di mayang.
  2. Masukkan minyak masak lebih kurang 1 sudu besar kedalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih , halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Masukkan 3 mangkuk air dan 1/2 sudu kecil perencah sup.
  4. Masukkan asam keping sekeping untuk hilangkan hanyir ikan.
  5. Biarkan ianya mendidih seketika
  6. Masukkan ikan dan perlahankan api
  7. Masukkn garam secukup rasa
  8. Biarkan ianya mendidih dan ikan masak.
  9. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba ye kawan-kawan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan omega guard yang tengah promo sekarang boleh hubungi Zaza ye.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya

CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105

Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Sunday, November 02, 2014

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua. Hari ni Zaza tak tahu nak masak apa. Sebab suami Zaza kena pantang. Tak boleh makan benda yang di peram, belacan, cencalok dan seangkatan dengannya, siput, kicap pun tak boleh. Macam-macam lagi la. Ikut kata doktor jangan ubah sifat makanan. Ianya tak elok. Kita kan selalu kata bagus susu yang rendah lemak di pasaran. Rupanya ianya juga bukan elok sangat. Takut pulak Zaza dengar. Zaza selalu ambil susu yang low fat. Doktor kata jika ambil yang berlemak kurangkan jumlah pengambilannya. Jika boleh ambil yang asli. Zaza ambil ESP saja la macam tu. Dah tentu non GMO kan. Asli. Minuman 3 in 1 juga bahaya kerana bahan kimia yang di gunakan tidak dapat di tapis. Sungguh menakutkan. Zaza masa kerja sebelum ni memang selalu ambil 3 in 1 ni sebab cepat kan. Buat kat pejabat je. Jadi moral of the story bagi yang masih bekerja jangan ambil jalan mudah. Patut la hari ini bermacam-macam penyakit timbul. Semuanya akibat pemakanan. Panjang intro hari ni. Padahal nak citer resepi je. Just share info dari doktor yang rawat suami Zaza. Jom kita tengok resepinya.


Bahan-bahannya:

  • 3 ekor Ikan kembung
  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • Garam
  • Gula (untuk seimbangkan rasa)
  • 3 mangkuk air

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili merah dan kunyit hidup (jangan terlalu hancur)
  2. Mayangkan bawang merah dan bawang putih
  3. Ketuk 2 batang serai
  4. Basuh asam keping
  5. Masukkan air , cili dan kunyit yang di tumbuk, bawang merah dan bawang putih yang di mayang, serai dan asam keping
  6. Rebus kesemuanya hingga mendidih dua kali
  7. Masukkan ikan kembung dan biarkan mendidih dengan api perlahan supaya ikan tak hancur
  8. Masukkan garam secukup rasa dan 1/4 sudu gula.
  9. Biarkan ianya mendidih buat seketika.
  10. Siap untuk di hidang.


Pindang ni jika tak berapa sihat, demam ke memang sedap la makan sebab ada rasa masam-masam sikit kan. Ianya juga bagus untuk yang berdiet sebab rebus je. Tak guna minyak. Selamat mencuba.

Thursday, October 30, 2014

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tadi tengah hari Zaza lunch nasi ayam. Teringat pula tahun lepas pertama kali Zaza masak nasi ayam untuk keluarga datang ke rumah. 2 ekor ayam dan masak sorang-sorang. Memang seronok bila hidangan habis. Zaza kongsikan resepinya


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  • Cara untuk memasak sup:
  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  • Cara untuk memasak sos:
  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Tuesday, October 28, 2014

Pesamah Daging

Assalamualaikum. Hai semua. Entry kali ni Zaza nak share resepi pesamah Daging. Pernah dengar tak? Suami Zaza pun tak tahu pesamah ni. Lain tempat lain kut namanya. Selalunya jika kenduri di kampung Zaza memang terkenal la pesamah ni. Menu utama dalam majlis tu. Jom kita tengok resepinya.


Bahan-bahan:

300 gm daging - bersihkan dan potong
5 tangkai cili kering*
5 tangaki cili merah*
* - dikisar
1 batang serai+
3 cm halia+
3 ulas bawang putih+
2 ulas bawang besar+
+ - dikisar
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1/2 bungkus rempah kari daging
1 cawan pati santan
1/2 cawan kerisik - ditumbuk
Sedikit rempah tumis (1 1/2 cm kulit kayu manis, 3 kelopak bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga)
Garam dan minyak secukupnya

Cara Menyediakan:


  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar* dan rempah tumis hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan air, tutup periuk supaya daging empuk.
  3. Masukkan bahan kisar+ diikuti rempah daging, pati santan kerisik, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Biarkan hingga kuah pekat dan daging kelihatan bersalut.
Selamat mencuba yea.

Sunday, October 26, 2014

Kari Kubis bersama udang


Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua. Di hujung-hujung minggu pasti berfikir-fikir nak masak apa untuk keluarga. Maklum la hari minggu je masa bersama keluarga yang panjang. Jika hari-hari masak memang tak tahu nak masak apa. Jadi buntu kan. So hari ni Zaza nak kongsikan satu resepi yang diperkenalkan oleh suami Zaza. Suami Zaza ni suka masak. So mula-mula dengar resepi ni agak pelik sebab tak pernah makan. Tapi Zaza cuba juga. Resepinya adalah Kari Kubis bersama udang.


Bahan-bahanya

  • 1/2 kg Udang
  • Sebiji Kubis
  • Santan (satu biji kelapa)
  • Serbuk Kari Ikan
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Daun kari
  • Garam
  • Minyak

Cara-caranya

  1. Basuh dan toskan udang dan potong kubis jangan terlalu besar jangan kecil sangat.
  2. Potong bawang merah dan putih
  3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sehingga sebati.
  4. Masukkan minyak masak lebih kurang 1 senduk ke dalam periuk, setelah panas tumis bawang yang di mayang tadi dan daun kari. Tunggu sehingga naik bau.
  5. Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi. Kacau supaya ianya tidak hangit dan biarkan sehingga pecah minyak menandakan rempa telah masak.
  6. Masukkan santan biarkan mendidih dan masukkan kubis yang telah dipotong tadi.
  7. Setelah mendidih masukkan udang kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih perlahan-lahan dengan api kecil.
  8. Siap untuk dihidang.Memang sedap gulai kubis ni. 
Manis je dan kubisnya masih terasa segar dan rapuh. Cuba la. Pasti anda akan ulanginya lagi. Selamat mencuba.

Wednesday, October 22, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni Zaza nak share resepi masak lemak cili padi pucuk paku. Suami Zaza sangat suka dengan masak lemak cili api ni. Setakat seikat dua ikat tu dia sorang je boleh habis. Tambah-tambah lagi kalau pucuk paku tu biras Zaza yang kutip dari rumah dia. Memang segar bugar la. Terbaik dari ladang. Sedap tau. Jom kita masak.


Bahan-bahannya

  • 1 Ikat pucuk paku
  • 2 cawan santan
  • Sedikit ikan bilis atau udang kering
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 incci kunyit hidup
  • Garam

Cara-caranya

  1. Pucuk paku di bersihkan dan di tos
  2. Ikan bilis atau udang kering, cili apo, bawang merah di blend
  3. Masukkan bahan-bahan ini dalam periuk bersama santan
  4. Bila mendidih, masukkan pucuk paku, garam
  5. Tutup api dan siap untuk dimakan


Senang je kan. Selamat mencuba

Monday, October 20, 2014

RESEPI TAUHU TELUR

Assalamualaikum, hai semua dalam kesibukan Zaza 2 3 hari ni tak menghalang dari shre dengan anda semua. Kali ni Zaza nak share resepi yang simple tapi sedap iaitu Tauhu Telur.
  
  

 Bahan-bahannya:

  • 4keping tauhu putih
  • 2 tiub tauhu lembut @ tauhu telur
  • segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye..jika nak letak isi ayam,daging,kentang pon boleh)
  • 2 bj telur
  • kesemua bahan-bahan ni di blender sampai lumat (jgn letak air yer,nanti adunan akan lembik)
  • dah sudah masukkan dlm bekas mcm yg sye buat tu

Cara-caranya

  1. 2biji cabai merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)
  2. sedikit daun bawang yg di potong halus2 (nak gune daun sup pon boleh)
  3. sedikit serbuk cukup rasa Maggie..(jgn buh byk tau..1st buat sye buh 1 paket yg rm1 tu..masin giler huh)
  4. tapi kalu tak suka gune serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa..buh je garam yer..
  5. gaulkan sebati bahan2 ni dgn tauhu yg dah di blender lumat tu yer
  6. dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke ,tapawe ke..sya gune loyang tp melekat la..baik gune tapawe lg selamat)
  7. biarkan sejuk br di potong (ikut suke kome le nak potong gaye apa yer hihihi)
  8. ambik 2bj telur lg kemudian di dadarkan sedikit
  9. celopkan tauhu yg dah di potong dalm telur tu..barulah di goreng hingga kekuningan..

Selamat Mencuba

Thursday, October 16, 2014

Resepi Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum semua. Semalam suami balik beli ayam dan daging kambing. Bila tanya pada suami nak masak apa ayam tu, suami cakap buat Ayam Goreng Berempah. Sedap juga jika di makan panas-panas. Memang menu hari-hari adalah dari suami. Tak la buntu sangat nak memasak. So Zaza pun sediakan ayam goreng berempah dan akan goreng dekat-dekat suami nak balik. Ni resepinya Zaza kongsikan dengan semua.

Bahan-bahan:-

  • 4 labu bawang merah
  • 6 batang serai
  • 2 tongkol lengkuas
  • 3 sudu rempah kari ikan

  • 3 sudu kunyit babas

  • 5 sudu cili kering (blend)
  • 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
  • sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
  2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
  3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)
  4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
  5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.
Selamat mencuba ye kawan-kawan. daa

Wednesday, September 24, 2014

Resepi Laksa Versi mertuaku

Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi laksa ibu mertuaku. Parit buntar version. Selalu Penang kan. Jom tengok bahan-bahan dan caranya.


Bahan-bahannya :

Laksa (yang urat halus gitu)
Ikan sardin (1/2 kilo cukup)
Ikan tamban
Cili Giling
Asam Keping
Bunga Kantan
Belacan
Garam
Daun Kesum
Bawang
*Daun Salad
*Cili Padi
*Timun

Cara-caranya :

Bersihkan ikan dan rebus semua ikan.
Laksa rendam seketika dan rebus.
Ikan yang direbus tadi perisi isi dan tulang, tulang jangan buang ok. Ikan tamban tidak perlu di perisi. Siap asingkan isi dan tulang ikan sarding, blend dengan sekali dua petik sahaja. Jangan lama. Nanti halus sangat tak sedap. Tuangkan kedalam periuk. Blend pula tulang ikan dan ikan tamban tadi. Blend sehingga hancur tulang semua. kemudian tuang kedalam bekas dan biarkan seketika. Menurut mak mertua tidak perlu tapis. Tulang berat dan ianya akan ada di bawah. Tuang pelahan-lahan ke dalam periuk. Memang x ada tulang. Kemudia masukkan 3 senduk cili giling, kisaran bawang besar dan belacan kedalam periuk tadi. Masukkan asam keping  5 ke 6 keping, daun kesum dan garam. Rebus kesemuanya sehingga mendidih 2 3 kali. Kemudian perlahankan api supaya ianya mesra. Bahan yang bertanda * untuk hiasan.

Siap sedia untuk dimakan. Selamat mencuba. daa

Tuesday, September 23, 2014

Resepi Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum..

Entry sebelum ini Zaza ada beritahu untuk share resepi ni kan. So Zaza share ye untuk entry kali ini.

Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  1. 15 Biji cili padi
  2. Ikan Salmon (Zaza guna kepala sebelah sahaja)
  3. Santan Kelapa Sebelah
  4. Bawang Besar seulas
  5. Kunyit
  6. Garam
  7. Asam keping


Cara-caranya


Cili padi dan bawang besar di bersihkan dan di blender sekali. Setelah siap di blender masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga cili masak. Lebih kurang kita buat kari la. Cuma tak guna minyak.Masukkan asam keping lebih kurang 3 keping. Bila dah kering sedikit masukkan ikan salmon dan santan. Biar ianya mendidih tetapi jangan sampai pecah minyak. Perlu selalu di kacau. Masukkan Garam dan kunyit secukupnya. Gunakan api yang kecil sahaja. setelah mendidih. Boleh siam untuk di hidang.



Mudah je kan. Selamat mencuba.

Friday, March 28, 2014

Intro

Assalamualaikum...

Hai u alls, setelah sekian lama saya nak buat blog hari ini baru berkesempatan. Jika dahulunya bz dengan kerja dan sekarang dah 3 bulan lebih bergelar isteri dan suri rumah sepenuh masa. Sebagai seorang yang bekerjaya sebelum ini yang sentiasa dengan outstation ke sana ke sini dan tiba-tiba duk di rumah buat kerja-kejra rumah amatlah berlainan rasanya. Untuk terima hakikat tidak bekerja bukanlah satu perkara mudah. Banyak kelainannya. Antaranya yang dulunya biasa terima gaji setiap bulan 4 angka, kini zero income everymonth. Jika dulunya bebas kemana saja, membeli apa saja kini semua bergantun pada en hubby. Boleh dikatakan perubahan hampir sepenuhnya. Namun saya tetap bersyukur diberi kesempatan bergelar seorang isteri kepada seorang yang penyanyang dan caring. 

Walaupun saya duk di rumah memang ada plan nak buat side income kat rumah base on online bussiness. Rezeki dimana-manakan. Start Jan lepas dah bermula dengan Shaklee. Banyak benda baru yang dapat belajar dengan otai2 ni. Satu yang saya nak share dengan korang adalah menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki. Satu pendekatan baru yang saya belajar. Memang benar jika saya lihat kembali perjalanan hidup saya mencari rezeki macam2 yang telah saya lakukan sampai kadang-kadang alpa dengan tanggunjawap sebagai seorang hamba dan seorang anak. Insyaallah jika berkesempatan saya akan kongsikan dengan kalian pengajaran yang saya dapat dari setiap perjalanan hidup yang saya lalui.

Dah pukul 11 lebih dah. Nak kena masak untuk lunch. Jap lagi hubby nak balik lunch. hari ni nak masak nasi goreng je. Kebetulan tomyam masih ada. So resepi pada hari ini Nasi Goreng Simple bersama Tomyam campur. hehe..

Tadaaa Resepi Nasi Goreng Simple

Bahan2nya
2-3 cawan nasi
2 sudu besar ikan bilis
1-2 inci halia (En.suami ckp nasi tu sejuk so kena letak halia)
1 sudu kecil sambal belacan (bleh je nak gna cili kering or whatever cili ikut citarasa)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sayur2an saya letak kubis, brokoli karot (yg ni je ada dalam peti..hehe)
2 sudu besar minyak masak

Cara2nya
1. Tumbuk halia jangan terlalu lumat (boleh je nak potong je)
2. Potong bawang besar,bawang putih dan sayur2an
3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan biarkan sehingga minyak panas
4. masukkan bawang besar dan putih goreng hingga layu sikit , ikan bilis dan masukkan halia yang di tumbuk tadi. Goreng hingga kekuningan 
5. Masukkan sambal belacan dan sedikit air. Kacau hingga masak sambal
6. masukkan sedikit garam dan sayur2an kacau lebih kurang 3 minit
7. Masukkan nasi dan kacau sampai rata
8. setelah rata semuanya boleh sedia untuk di hidang. 

Selamat mencuba