Saturday, September 27, 2014

Adap semasa hamil

Assalamualaikum...

Malam ni Zaza nak kongsi berkaitan dengan adap-adap semasa hamil. Bagi para ibu mesti suka search itu dan ini bila hamilkan??? Terutama bagi yang pertama kali hamil. Keterujaan tu tinggi. Selain pemakanan, penjagaan kesihatan, adap atau tingkah laku perlu dititik beratkan supaya anak yang bakal lahir menjadi insan yang baik. Jom kita tengok adap-adapnya.


Antara adab ibu ketika hamil:


  • Ibu hendaklah teguhkan iman dan sentiasa ingat kepada Allah SWT
  • Ibu hendaklah rajin mengaji, supaya kandungan bijak bistari
  • Ibu hendaklah tenang supaya kandungan berasa tenang
  • Ibu hendaklah taat beribadat supaya kandungan sihat walafiat
  • Ibu selalulah berdoa supaya supaya kandungan sihat sejahtera
  • Ibu hendaklah terhibur supaya kandungan subur
  • Ibu perlulah tangkas supaya kandungan menjadi cergas
  • Ibu perlulah banyak bergerak supaya kandungan menjadi segak
  • Ibu mengandung perlulah mulia supaya kandungan menjadi manusia
  • Ibu mengandung perlulah tabah supaya kandungan diberkati Allah
Bagi bakal-bakal ibu jom kita sama-sama mengamalkannya.

KULIT CANTIK BERSERI,ANJAL DAN GEBU DGN ESP DAN GLA

GANDINGAN MANTAP ESP DAN GLA COMPLEX..

2ND CHOICE BAGI MEREKA YG TAK SUKA MAKAN PIL BAYAK KHUSUS UTK KULIT DAN KESIHATAN WANITA...BOLEH AMALKAN 2 PRODUK INI YE

Ape itu ESP?

ESP - Soy Protein Isolate Powder . Bagi menyusu anak, ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susuibu provided ibu RAJIN dan KONSISTEN pam. Bagi wanita yang tidak menyusu, ia membantu mendapatkan sel tubuh yang sihat dan anjal.

Pengambilan vitamin akan lebih lengkap dengan pengambilan ESP. Sel yang sihat dapat menyerap zat galian dan vitamin dengan lebih baik!

GLA Complex Shaklee

Merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


Friday, September 26, 2014

Cara Hilangkan Strechmark

Nak hilangkan strechmark???

Assalamualaikum...

Hai u alls entry kali ni saya nak kongsikan info berkaitan strechmark , apa itu strechmark, faktor-faktor dan cara atau tips untuk atasinya.

Apa itu Strechmark??

Haa pasti ramai yang tengah susah hati, tercari-cari, duk cuba macam-macam untuk hilangkan strechmark atau kesan pecah-pecah kulit atau rekahan terutama di kawasan perut, lengan dan peha. Tempat-tempat yang berisi la senang cerita. Korang jangan ingat strechmark ni jadi pada wanita yang telah melahirkan anak je ye. Jangan tak tahu wanita yang belum berkahwin atau belum ada anak pun ada yang dah ada strechmark ni tau. Bagi yang masih blur2 macam mana rupanya tu, sila rujuk gambar di bawah ye. Nak tau macam mana terjadinya strechmark? Meh kita tengok ye faktor-faktor yang mendorong:


Faktor penyebab strechmark?

  1. Kehamilan
  2. Perubahan berat badan secara mendadak
  3. Pengaruh Ubat (steroid contoh pada ubat gemuk dan asma)

Tips @ Cara untuk atasinya


  1. Lakukan lulur dan scrub secara konsisten. Hal ini dapat meningkatkan sirkulasi darah yang membuat garis putih 
  2. memudar. 
  3. Bersenam secara konsisten. Hal ini bermanfaat untuk mengencangkan otot serta meningkatkan elastisitasi kulit, sehingga kulit tetap elastis bila terjadi peregangan. 
  4. Bila sedang hamil, rajin-rajin la sapukan perut dengan minyak zaitun untuk menjaga elastisitas kulit. 
  5. Jika sedang melakukan diet, usahakan agar penurunan berat badan tidak drastisk terjadi kerana hal ini kerap menyebabkan timbulnya Stretch Mark
  6. Boleh mencuba dengan mengamalkan ESP Shaklee. Nak tahu apa kebaikan ESP ni sehingga menjadi kegilaan ramai klik disini untuk info lanjut.

Ok itu sedikit sebanyak berkaitan strechmark. Moga entry kali ni dapat membantu anda yang dah lama mencari jalan penyelesaiannya. Tetapi harus diingat kita berusaha DIA yang akan memakbulkan segala usaha kita. Tiada penyakit yang tak boleh diubat kecuali mati. Tidak salah untuk mencuba kan?



Berminat nak membuat pesanan @ ada sebarang pertanyaan
Jom Hubungi saya
Zaza
pm/whatssap/sms/wechat:019-2501105
blog:http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com
Email : annahbhouse@gmail.com





ESP Memberi Kesan kepada Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Hai semua.. Semalam ada seorang custormer Zaza tanya ESP ni tak elok ke untuk ibu mengandung?? Zaza tanya dari mana dapat info tu.. Dia cakap dari kawan dia... Kat sini Zaza nak explain apa kesan-kesan ESP Shaklee ni untuk ibu hamil ye..

Sebelum penerangan lebih lanjut meh kita tengok dulu apa dia ESP Shaklee ni sebenarnya. ESP adalah ENERGIZER SOY PROTEIN. ESP Shaklee hanyalah SOY PROTEIN ISOLATE, dibasuh dengan menggunakan air bersih dan bukannya dengan alkohol seperti kebanyakkan porduk soya di pasaran. Juga mengandungi Lecithin soya yang kaya dengan kolina untuk perkembangan otak. Jadi ESP SHAKLEE selamat diambil oleh ibu mengandung.

Kesan-kesan ESP Shaklee kepada ibu hamil

Sebagai sumber protein dan asid amino
  • Protein penting dalam pembentukkan otot bayi dalam rahim ibu
  • Memelihara dan membina otot ibu kerana kehilangan otot akibat kurang bersenam
  • Khasiat protein membantu proses kelahiran
  • Sistem imun badan ibu untuk melawan penyakit akan ditingkatkan dengan protein. 
Ibu hamil akan lebih sihat tahap optimum dan bertenaga sepanjang hari untuk melaksanakan tugas hariannya. Bila si ibu sihat dan cergas so anak pun akan sihat jugakkan...

Selain itu satu hidangan ESP ada 500mg kalsium yang amat diperlukan oleh ibu hamil dan sangat sesuai untuk ibu yang tidak gemar minum susu. Bila kalsium cukup si ibu tak perlu la risau nanti gigi luruh ke..tulang rapuh ke kan..

Kesan ESP Shaklee ni lagi adalah memelihara tekanan darah tinggi, kencing manis semasa hamil kerana kandungan karbohidrantnya yang rendah dan juga rendah glisemik dan gula. Berbeza dengan memebeli produk soya di luar atau di pasar malam sudah tentu anda minta ditambah gula samaada gula merah atau putih. Betulkan? Nak pulak soya tu ditambah garam nak bagi sejuk lama, lagila tak boleh minum kalau tak tambah gula.

Lagi kesan ESP Shaklee ialah tak perlu lagi minum 5 botol soya setiap hari memadai 3 sudu sehari sudah cukup membekalkan jumlah perotein yang diperlukan oleh ibu hamil.

ESP juga memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan dengan membantu perkembangan plasenta, uterus serta penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu bertambah. ESP Shaklee turut membantu menguatkan rahim dan membantu pembentukkan otot bayi.

Kebiasaannya ibu hamil sering mengalami alah diperingkat permulaan hamil. Dengan pengambilan ESP Shaklee akan memberi kesan dengan membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama.

Kesan lain lagi apabila kita sihat dan cergas secara tidak langsung akan mempengaruhi mood yang lebih stabil dan perasaan gembira. Ini adalah kesan yang paling penting dalam kehidupan seharian kita.

Moga segala info yang diberi dapat memberi manfaat kepada semua. Berjumpa lagi di entry berikutnya.. Insyaallah...

KULIT CANTIK BERSERI,ANJAL DAN GEBU DGN ESP DAN GLA


Berminat nak membuat pesanan @ ada sebarang pertanyaan
Jom Hubungi saya
Zaza
pm/whatssap/sms/wechat:019-2501105
Fanpage : https://www.facebook.com/AnnaHealthBeutyHouse?ref=hl
Email : annahbhouse@gmail.com

Thursday, September 25, 2014

Tanda-tanda hamil

Assalamualaikum.

Kehadiran cahaya mata amat dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Bila period lewat je mesti nak test kan? Diawal kehamilan kadang-kadang sukar dikesan walaupun terdapat banyak alat pengesan kehamilan di pasaran. Ada juga yang hampir 5 bulan hamil baru dapat dikesan. Tetapi seseorang wanita boleh menjangkakan mereka hamil sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang akan dinyatakan. Panduan ini juga penting kepada suami untuk lebih memahami perkara yang dilalui oleh isteri mereka.

Tanda-tanda Hamil


  • Payudara terasa sakit- Ia merupakan tanda-tanda awal jika seseorang wanita akan hamil. Ini kerana tisu payudara adalah bahagian paling sensitif terhadap perubahan hormon wanita. Apabila hormon progesteron dan hCG  meresap ke dalam tubuh badan selepas telur disenyawakan, ia akan meningkatkan jumlah darah yang membuatkan payudara anda membengkak dan berasa lebih berat daripada biasa.
  • Kekejangan- Anda akan mengalami kekejangan seolah-olah anda akan datang haid. Proses ini dipanggil sebagai implantasi dimana apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim, tubuh anda akan meregang mengikut kepada pembesaran bayi. Ia akan menyebabkan bahagian tubuh wanita yang akan hamil mengalami kekejangan.
  • Keletihan- Sekiranya wanita mengalami keletihan yang lain daripada biasa, ia juga berkemungkinan adalah tanda mereka akan hamil. Ini kerana apabila kandungan mula mencecah usia 2 minggu, ia akan mula menyerap kandungan kalori daripada ibu. Ia akan membuatkan ibu berasa mudah letih.
  • Puting payudara berubah menjadi warna gelap- Hormon kehamilan akan turut mempengaruhi sel-sel dibahagian puting payudara wanita yang akan hamil. Untuk wanita yang berkulit gelap, berkemungkinan mereka tidak sedar akan perubahan ini sehingga usia kandungan mereka mencecah 10 minggu atau lebih.
  • Berasa loya atau mual- Ini juga merupakan tanda biasa untuk menandakan seseorang wanita hamil. Tetapi ia mengikut terhadap individu, ada yang menerima kesannya awal, lambat dan ada juga wanita yang lansung tidak akan menerima kesannya.
  • Kembung perut- Apabila seseorang wanita hamil, hormon progesteron akan lebih banyak terhasil. Hormon ini akan melambatkan sistem pencernaan seseorang menyebabkan perut akan menjadi kembung. Proses ini turut dialami sekiranya seseorang wanita akan datang haid. Tetapi sekiranya perut mereka masih kembung dan haid masih tidak datang, ia adalah tanda awal mereka mungkin hamil.
  • Kerap membuang air kecil- Apabila seseorang wanita hamil, buah pinggang mereka akan berfungsi dengan lebih baik untuk melancarkan sistem perkumuhan anda.
  • Mengidam- Ini juga adalah tanda biasa yang dialami oleh wanita yang akan hamil. Tanda ini lebih diketahui umum.
  • Sembelit- Ia sekali lagi hasil daripada kesan hormon progesteron yang melambatkan sistem pencernaan. Ia akan menyebabkan wanita yang akan hamil mengalami sembelit.
  • Perubahan emosi- Disebabkan keletihan yang dialami oleh wanita yang hamil akan menyebabkan perubahan terhadap kestabilan emosi mereka.
  • Kerap pening kepala- Ia berlaku kerana proses untuk tubuh anda membiasakan dengan perubahan hormon yang berlaku. Tetapi pening kepala yang dialami oleh wanita hamil biasanya pada tahap yang sederhana sahaja.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.

Set Subur Shaklee

Assalamualaikum...

Ramai yang nak hamil.. Tapi masih belum ada rezeki kata orang.. Rezeki itu milik Allah.. Kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakal untuk memilikinya... Salah satu ikhtiar kita boleh cuba set subur Shaklee. Set subur shaklee bukan sahaja untuk isteri malah ada juga buat suami. Jom kita tengok apa set subur untuk isteri dan juga untuk suami.


Kelebihan Vitamin Set Subur

Multivitamin dan Multimineral ( Vita-Lea)

Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Membawa maksud ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

B Complex

Vitamin Penting dalam Set kesuburan Shaklee terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vitamin C

Diperlukan untuk pembinaan dan pemulihan sel. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E di mana ia menjaga kualiti sel sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

Alfalfa

Membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Ia juga turut diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut, sakit pinggang yang melampau ketika datang haid (makan Alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengkaitkan Alfalfa membantu masalah PCOS.

Vitamin E dan Selenium

Terkenal sebagai "vitamin Seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukkan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam tekstikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplement selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

GLA Complex

Membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya ialah memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari.

Gamma Linolenic Asid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat/ subur, nipis, berair, cerah dan likat dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke tiub fallopio dan ke telur (ovum). Tambahan cecair serviks yang subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri subur (waktu ovulasi).

Zinc Pula membantu menguatkan  sperma

Bagi kaum lelaki, zink antara hot item yang kami sertakan dalam set kesuburan Shaklee. Zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukkan genetik iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat. Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Gabungan nutrien di atas memberikan anda harapan menimang cahaya mata. Jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan anak.

Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protei biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Anda tak perlu gusar dengan set kesuburan Shaklee kerana ianya adalah vitamin semulajadi yang telah menjalani ujian klinikal, jadi tiada unsur-unsur negatif yang memudaratkan Insyaallah. Set kesuburan Shaklee juga diiktiraf halal oleh ISA-Islamic service of America. Set kesuburan Shaklee ini adalah antara usaha yang boleh dilakukan dalam meransang kehamilan dan menambah zuriat, Insyaallah. Selain mengamalkan set kesuburan  Shaklee, kita sendiri perlu ada ilmu-ilmu berkaitan dengan kesuburan itu sndiri seperti bagaimana sistem reproduksi kita berfungsi, cara menentukan waktu subur dan doa-doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan cahaya mata.


Berminat??? Boleh hubungi saya untuk konsultasi
Email : annahbhouse@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/AnnaHealthBeutyHouse?ref=hl
Telefon : 019-2501105

Wednesday, September 24, 2014

Resepi Laksa Versi mertuaku

Assalamualaikum.

Hari ni nak share resepi laksa ibu mertuaku. Parit buntar version. Selalu Penang kan. Jom tengok bahan-bahan dan caranya.


Bahan-bahannya :

Laksa (yang urat halus gitu)
Ikan sardin (1/2 kilo cukup)
Ikan tamban
Cili Giling
Asam Keping
Bunga Kantan
Belacan
Garam
Daun Kesum
Bawang
*Daun Salad
*Cili Padi
*Timun

Cara-caranya :

Bersihkan ikan dan rebus semua ikan.
Laksa rendam seketika dan rebus.
Ikan yang direbus tadi perisi isi dan tulang, tulang jangan buang ok. Ikan tamban tidak perlu di perisi. Siap asingkan isi dan tulang ikan sarding, blend dengan sekali dua petik sahaja. Jangan lama. Nanti halus sangat tak sedap. Tuangkan kedalam periuk. Blend pula tulang ikan dan ikan tamban tadi. Blend sehingga hancur tulang semua. kemudian tuang kedalam bekas dan biarkan seketika. Menurut mak mertua tidak perlu tapis. Tulang berat dan ianya akan ada di bawah. Tuang pelahan-lahan ke dalam periuk. Memang x ada tulang. Kemudia masukkan 3 senduk cili giling, kisaran bawang besar dan belacan kedalam periuk tadi. Masukkan asam keping  5 ke 6 keping, daun kesum dan garam. Rebus kesemuanya sehingga mendidih 2 3 kali. Kemudian perlahankan api supaya ianya mesra. Bahan yang bertanda * untuk hiasan.

Siap sedia untuk dimakan. Selamat mencuba. daa

Set Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum.

Cuti sekolah baru je lepaskan. Dah menjadi rutin setiap kali cuti sekolah mesti dapur tak berasapkan. Mana taknya banyak undangan kenduri kahwin kan. Sehari sampai 5 6 kenduri. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis pada waktu cuti sekolah. Jika kita teliti betul-betul ramai juga yang dalam pantang masa cuti sekolah. Tahun lepas kenduri tahun ni bersalin. Tapi tak semua pasangan mudah untuk mendapatkan cahaya mata. Bergantung kepada tahap kesuburan masing-masing. Sebut berkaitan kesuburan ramai yang menunding jari kepada kaum hawa. Kenapa??? Untuk pengetahuan umum lelaki juga ada yang tak subur. Jadi jika setahun kahwin belum dikurniakan cahaya mata baik kedua-duanya melakukan ujian kesuburan atau mengambil suplemen untuk memperbaiki keadaan. Perlu kepada kedua-duanya. Jangan sebelah pihak sahaja. Kerjasama kedua-duanya penting. Seorgang sahaja bekorban tak akan memberi hasil. Shaklee ada menawarkan set kesuburan suami isteri iaitu Vitamin E dan GLA. Kombinasi kedua-duanya dapat membantu ramai pasangan mendapatkan cahaya mata. Namun harus diingat kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya dengan izin-NYA sahaja segalanya berhasil.


Bagaimana Vitamin E berperanan dalam kesuburan lelaki?

Terkenal dengan "vitamin Cinta" dimana ianya menghangatkan lagi perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami. Ianya popular sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelakian dan menyuburka organ reproduksi lelaki dan juga wanita.

Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selenium akan hilang dari lelaki melalui air mani. Seorang lelaki yang subur memerlukan kandungaan selenium yang cukup bagi membantu hubungan seksual untuk pasangan. Vitamin E membantu meningkatkan kualiti sperma lebih baik, meningkatkan tenaga dan kesuburan lelaki.

Bagaimana GLA berberanan dalam kesuburan wanita?

GLA Complex adalah makanan tambahan untuk meningkatkan produksi lendir serviks (cervical mucus) yang berkualiti, lendir rahim yang berperanan untuk kesuburan dan pembuahan kerana dapat membekalkan nutrisi sperma dan memudahkan pergerakan sperma di dalam  rahim. GLA Complex juga meningkatkan kepekaan seksual wanita dan memperkuat lapisan rahim untuk implantasi sel telur ke dinding rahim yang berjaya. Gamma-Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan pula, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Kesimpulannya, kita yang hidup ini disuruh berikhtiar dan jangan sesekali berputus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Bagi yang bermintat untuk memiliki set ini boleh hubungi Zaza yea. Jangan malu-malu. 

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House 

Tuesday, September 23, 2014

Resepi Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum..

Entry sebelum ini Zaza ada beritahu untuk share resepi ni kan. So Zaza share ye untuk entry kali ini.

Ikan Salmon Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  1. 15 Biji cili padi
  2. Ikan Salmon (Zaza guna kepala sebelah sahaja)
  3. Santan Kelapa Sebelah
  4. Bawang Besar seulas
  5. Kunyit
  6. Garam
  7. Asam keping


Cara-caranya


Cili padi dan bawang besar di bersihkan dan di blender sekali. Setelah siap di blender masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga cili masak. Lebih kurang kita buat kari la. Cuma tak guna minyak.Masukkan asam keping lebih kurang 3 keping. Bila dah kering sedikit masukkan ikan salmon dan santan. Biar ianya mendidih tetapi jangan sampai pecah minyak. Perlu selalu di kacau. Masukkan Garam dan kunyit secukupnya. Gunakan api yang kecil sahaja. setelah mendidih. Boleh siam untuk di hidang.



Mudah je kan. Selamat mencuba.

Kesan Vitalea

Assalamualaikum..

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Kandungan Vitalea


  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda
  • Kelebihan Vita-Lea:


Kesan Pengambilan Vitalea setiap hari

  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
  • Memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
  • Mencantikkan dan menegangkan kulit
  • Kuku yang licin, 
  • Menguatkan akar rambut
  • Mencegah penyakit tiroid@ beguk(sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
  • Penting utk diet (if kurang makan, vitalea bantu beri bertenaga, tidak lesu)
  • Preggy dan bf perlu ambil vitalea kerana mineral dan vitamin serta iron penting.
  • Untuk tumbesaran anak. jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
  • Membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah kepada makanan laut.


Siapa perlukan VITALEA?


  • Kanak-kanak - Tingkatkan kadar IQ
  • Ibu Hamil - Tumbesaran janin
  • Individu yang mempunyai penyakit Anemia, Tiriod, Insomnia
  • Wanita - Simptom PMS
  • Lelaki - Tenaga, Mencegah masalah prostat
  • Individu yang mementingkan kesihatan.

Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza untuk keterangan lanjut.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Monday, September 22, 2014

Zikir untuk Suri rumah

Assalamualaikum...

Tahu tak zikir untuk isteri-isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa? Sebenarnya menjadi suri rumah ni amatlah berat tanggungjawab dan amanah yang di pikul. Orang nampak senangkan. Macam duk rumah je. Sebenarnya duduk di rumah kerja lagi tak berhenti dari kita keluar bekerja. Mana tidaknya, bangun awal pagi berkejar nak siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selesai buat sarapan siapkan pakaian suami dan anak-anak. Besarapan bersama dan suami peri kerja dan anak-anak ke sekolah. Ada sekarang ibu-ibu yang menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Selesai semua tu tengok baju dalam bakul basuh. Sementara menanti kemas dapur, sapu sampah, kemas bilik, bagi makan ternakan, dan macam-macam la. Mesin berbunyi sidai baju pulak. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Masuk ke dapur pulak untuk siapkan makan tengah hari. Bersilatlah di dapur. Selepas siap semua tengok jam dah pukul 12 nak berkejar ambik anak di sekolah pula. Balik siapkan anak-anak bagi makan, teman buat kerja sekolah, jika ada kokurikulum atau aktiviti di sekolah hantar semula pula. Balik-balik tengok jam dah pukul 3. Tengok dalam sinki mangkuk pinggan penuh basuh pulak. Selesai jenguk di luar baju dah kering, kutip baju dan lipat. Sedar-sedar dah pukul 5 lebih. Masuk ke dapur sediakan untuk makan malam. Siapkan diri dan anak-anak menanti suami pulang. Malam pula sediakan pakaian untuk suami dan anak-anak untuk hari esok. Penatkan??? Lepas magrib memang rasa nak rebah je. Itu la perjalanan seorang suri rumah. Memang memenatkan.

Pernah terbaca kisah anak Nabi S.A.W Fatimah memohon kepada nabi untuk dikurniakan pembantu kerana terasa amat penat untuk melaksanakan tugas sebagai isteri dan menguruskan rumahtangga. Ini kisahnya :

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali.

Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Jadi para isteri yang merasa penat dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah jom amalkan zikir ini . Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat beramal.

Set Subur Bajet

Assalamualaikum.

Sebut pasal subur ramai yang kaitkan dengan wanita. Sebenarnya lelaki pun punyai masalah kesuburan. Bukan wanita sahaja. Jadi bagi pasangan yang menginginkan cahaya mata perlu kerjasama kedua-dua2 pihak. Maksudnya kedua-duanya perlu berikhtiar dan berusaha meningkatkan kesuburan. Tak semua pasangan yang berkahwin mudah untuk dapat anak. Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur. Jika kita lihat ada banyak produk di pasaran yang boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan pasangan. Dari segi perubatan pula terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan cahaya mata seperti Bayi tabung Uji, persenyawaan luar rahim dan macam-macam lagi. Semuanya jika kita lihat melibatkan kos yang tinggi untuk proses mendapatkan cahaya mata. Bagi yang mampu, mungkin tiada masalah. Tapi tak semua kaedah yang ada membuahkan hasil. Banyak yang gagal. Bayangkan beribu-ribu habis tapi tiada hasil. Rugikan??? Kenapa perlu bayar lebih, sedangkan masih ada kaedah lain untuk meningkatkan kesuburan!! Kini Zaza ada set kesuburan bajet untuk suami isteri. Apakah ia berhasil? Ya ramai dah terbukti berkesan dengan set bajet ini. Zinc Complex dan GLA Complex. Jom kita tengok apa kelebihan Zinc dan GLA dalam kesuburan.


Zinc Complex untuk Suami


  • Mematangkan organ pembiakan lelaki. Kekurangan zink menyebabkan organ tersebut lambat matang
  • Mengelakkan mati pucuk
  • Menghasilkan sperma yang banyak
  • Meningkatkan fungsi pembiakan lelaki
  • Awet muda kerana membantu pembentukan kolagen
  • Mengurangkan keguguran rambut yan boleh membawa kepada botak
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim
  • Bagus untuk pesakit kencing manis keranan meransang menghasilkan insulin
  • Mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam
  • Menguatkan ingatan. Susah lupa dan memori kuat

GLA Complex untuk Isteri


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Membantu mengembalikan kesuburan wanita
  • Melegakan sindrom sebelum period AKA PMS
  • Membantu dalam menangani menopause
  • Membantu pembentukan kuku dan rambut yang sihat
  • Memainkan peranan mengurangkan penyakit ekzema atau radang kulit
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Membantu kuatkan daya tahan lawan penyakit
  • Awet muda dan lambatkan penuaan. Sebab ada vitamin E ni yang bantu hasilkan kolagen
Dah tengokkan kebaikkan kedua-duanya. Jadi jangan tunggu lagi ye. Dalam hidup ni kita di suruh berusaha iaitu berikhtiar, berdoa dan tawakal. Set kesuburan ini salah satu ikhtiar dan yang nak mengizinkan adalah Allah S.W.T. Jadi setelah kita berusaha berdoa dan bertawakalah kepadaNYA. 

Bagi yang berminat boleh menghubungi Zaza ok.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Sunday, September 21, 2014

Tangani Resdung

Assalamualaikum...

Entry kali ini Zaza nak share berkaitan dengan set yang dekat dengan Zaza. Iaitu set resdung. Entry lepas Zaza ada ceritakan kisah operate hidung. Segalanya berpunca dari resdung. Jadi Zaza nak share dengan semua set resdung yang Zaza ambil dan ramai customer Zaza juga mengambilnya.



Jom kita tengok apakah suplemen Shaklee yang ada dalam set resdung

Alfalfa Complex

Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Sangat-sangat berbaloi memiliki set ini kerana ianya bukan bertahan sebulan dua, malah lebih 4 bulan. Dan apa yang penting sangat berkesan. Insyaallah dengan izinNYA. Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Resepi Ibu Mertua

Assalamualaikum..

Hari ni seharian kerja makan je, dari pagi hingga la ke petang. Rezeki. Sekarang ni mata pun dah rasa nak tertutup. Nak tidur dah lepas Asar. Tak elok tidur lepas Asar. So Zaza nak share resepi dari ibu mertua yang Zaza masak hari ini.

Kuit Ketayap



Bahan-bahannya :
  • *Kelapa parut (setengah biji )
  • *Gula merah
  • *Gula putih
  • Tepung gandum 1/2 kilo
  • Garam
  • Air kapur
  • Pewarna hijau

Inti :
Gaulkan kelapa, gula merah dan gula putih dan masakkan ke dalam kuali untuk dimasak sehingga kering.

Kulit :
  • Masukkan tepung gandum, garam, air kapur (untuk tak nak bagi melekat), Campurkan dengan air kacau sehingga sebati dan pastikan tidak beretul-ketul. Masukkan sedikit pewarna hijau.
  • Adunan ini ambil lebih kurang satu senduk kecil letakkan dia atas kuali leper dan buat bulat sehingga nipis. tunggu sehingga masak. Kiranya yang bahagian atas tu x cair dah. Angkat dan gulung bersama inti kelapa tadi.

Siap untuk dihidangkan.

Di entry lain Zaza akan share resepi masak lemak cili padi ikan salmon pula ye. daaa

Saturday, September 20, 2014

Rahsia Ummul Kitab

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua. Kali ini Zaza nak kongsikan dengan anda rahsia di sebalik Surah Al-Fatihah. Ya.. pasti semua tahukan surah ni. Surah wajib di baca dalam solat. Setiap hari kita bacanya. Tapi tahukah kita rahsia disebaliknya. Jom kita selami dan hayati rahsianya.


RAHSIA SURAH AL-FATIHAH

  • Baca Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami.
  • Baca Al-Fatihah 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman .
  • Baca 7 Al-Fatihah kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental.
  • Baca Al-Fatihah 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan.
  • Baca Al-Fatihah 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
  • Baca Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Harus diingat ye semua, setiap bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan niat yang baik, Insyaallah ianya adalah penawar yang baik buat kita semua. Segalanya dengan izin-NYA. Selamat beramal.

GLA Complex Shaklee

Apa pentingya khasiat GLA untuk kita?




Entri kali ini saya mahu sharing mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil.

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Kebaikan GLA Complex Shaklee 

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Mempelahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf. 


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Punca utama haid tidak teratur

Kitaran haid yang tidak teratur yang dialami oleh sesetengah wanita tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana kitaran haid yang tidak normal merupakan simpton awal wanita tersebut mempunyai masalah horman yang tidak seimbang. Klik disini untuk lihat punca haid tidak teratur


Pertanyaan, khidmat rundingan dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Zaza
♥ sms/whatsApp: 019-2501105
♥ Emel : annahbhouse@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/AnnaHealthBeutyHouse?ref=hl sila klik LIKE utk info terkini

Friday, September 19, 2014

Corotomax Shaklee

Corotomax

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik 

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk: 

•    Memelihara kesihatan yang baik. 
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan 
      pertumbuhan tisu. 
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Manfaat Utama Carotomax:

LEBIH SELAMAT DR VITAMIN A 
Penemuan terawal vitamin adalah pd thn 1912 iaitu VITAMIN A. Tetapi pengambilan berlebihan VITAMIN A akan menyebabkan TOKSISITI.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pd thn 1932,merupakan  satu prekursor Vitamin A dan Beta karotena didapati selamat utk pengambilan. 

MEREDAKAN PENYAKIT KULIT
Dengan pengambilan yg banyak akan melegakan masalah kulit seperti PSORIASIS, SENILE PLAQUE,KULIT KERING,JERAWAT.Penggunaan luaran juga merawat PUSTULE, SCABIES, AKNE, ULSER KULIT. 

MEMPERTINGKATKAN PENGLIHATAN
Ia menghasilkan "Unggu Visual" yg membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.Ia memperbaiki masalah penglihatan seperti NYCTALOPIA ( Rabun Malam) , Rabun Dekat, Presbyopic, Astigmatism, Xerophthalmia ( Mata kering) , Kelesuan Mata, Glaucoma, Katarak, Floaters, Eye bags dan Gegelung Hitam dimata. 

MELAWAN KANSER & OKSIDASI  
Pengambilan kerap Beta Karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan & menyekat aktiviti bahan kanser & menghalang pembentukan sel-sel KANSER. Ini akan mengurangkan risiko KANSER.Terutama KANSER Paru-Paru & Payudara.Ia juga mengurangkan radikal bebas & menyikirkan sel-sel mati yg teroksida. 

MENGHALANG INFEKSI
Merangsang enzim membunuh kuman,menyekat & mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiration Paru-Paru,Batuk,Hepatitis,Asthma Flu,dan selsema. 

MELINDUNGI EPITHELIAL
Memelihara lapisan luar Kornea, Rongga Oral, Usus, Perut, Paru-Paru, Bronkus, Pundi Kencing, Ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus. 

MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN NORMAL & SIHAT
Merangsang perkembangan kanak-kanak / remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mulls, gigi sihat gusi dan sistem reproduksi.Juga menghasilkan sperma yg sihat.






Berminat nak membuat pesanan @ ada sebarang pertanyaan
Jom Hubungi saya
Zaza
pm/whatssap/sms/wechat:019-2501105
blog:http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com
Email : annahbhouse@gmail.com