Wednesday, November 26, 2014

Doa Ketika Keresahan dan Kesedihan

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ni kita tidak sentiasa dengan gelak tawa. Adakalanya hati kita dirundung keresahan dan kesedihan. Macam cuaca langit tak selalunya cerah, dalam panas elok-elok tengok-tengok hujan turun. Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Bila kita dalam keadaan begini sudah tentu kita mencari kawan untuk meluahkan. Terkadang kita lupa untuk mengadu pada DIA yang Maha Esa. Islam telah menyediakan tatacara dalam semua keadaan. Di sini Zaza nak kongsikan dengan semua Doa dan zikir semasa situasi ini. Boleh juga dijadikan amalan harian.

Doa hilangkan Kesedihan


Surah Al-Insyirah juga boleh diamalkan untuk menenangkan perasaan :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Zikir sebagai penenang :



Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang dalam kesedihan. Ianya juga boleh dijadikan amalan harian. Selamat beramal.

Tuesday, November 25, 2014

Diabetes

Assalamualaikum...

Sebut diabetes memang sesuatu yang menakutkan. Kita tengok ramai yang kena potong kaki, tangan dan menderita kencing manis. Sengsara bukan. Apa itu diabetes?


Apa itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Terdapat dua jenis diabetes utama:

Jenis 1

  • "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin


Jenis 2

  • "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


Tanda-tanda dan gejala

  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal


Lain-lain gejala termasuk:

  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
  • Tekanan darah tinggi
  • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
  • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .


Set Shaklee yang di syorkan :


GLA COMPLEX 
Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX 
Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


Bagi yang ada budget lebih boleh add on VITALEA, VITA C, ALFAFA, ESP dan CAROTOMAX

VITA-LEA
Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

VITA C 500mg
Mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP
Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA
Menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX
Menghalang penglihatan kabur

Jika anda mempunyai budget yang banyak dan malas/tidak suka makan kapsul banyak-banyak.boleh cuba VIVIX sebab sangat baik untuk pesakit kencing manis.tahan sehingga 45 hari. sangat JIMAT & BERBALOI

Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza. 

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Monday, November 24, 2014

Doa Rabitah

Assalamualaikum...

Pernahkah anda mendengar doa Rabitah? Bagi sesiapa yang biasa dengan al-mathurat pasti tahu doa ini. Banyak kelebihan doa rabitah jika di amalkan. Jom sama-sama kita amalkan setiap hari.


DOA RABITAH atau dalam Bahasa Arabnya disebut DOA ROBITOH bermaksud doa pengikat kasih sayang. Kalau tak faham yang Bahasa Arab, boleh baca terjemahannya (seperti di bawah). Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati, menyatu padukan ikatan silatulrahim antara kita dengan kawan-kawan atau pasangan dalam ukhuwah, agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.

Terjemahan: 

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Panduan berdoa: setiap kali menyebut perkataan 'hati-hati' atau 'hati', pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah individu yang ingin anda ikat kasihnya. Pastikan, di samping doa rabitah ini, mohon juga yang terbaik untuk masa depan anda dan agama anda. Dengan izin Allah, jika kasih anda bersamanya adalah yg terbaik, DIA akan izinkan dan mudahkan, insyaAllah.

Sunday, November 23, 2014

Resepi Kuah Rojak

Assalamualaikum..

Sabtu lepas Zaza ada buat kuah rojak. Hasil berguru dengan kakak ipar. Memang sedap la. Boleh berniaga tau.  Jom Zaza kongsikan resepi.



Bahan-bahannya:

  • 23 biji cili kering
  • Kicap satu botol
  • 2 inci Belacan
  • 2 Senduk Gula Merah
  • 2 Senduk Gula putih
  • Asam jawa (ukur ibu jari tangan)
  • Biji Lenga


Cara-caranya:

  1. Buang biji cili kering. Pastikan ianya tiada langsung biji. Bersihkan dan toskan
  2. Masukkan cili kering, belacan, gula merah, gula putih dan air asam jawa. 
  3. Tuangkan kicap yang sebotol tadi jangan habiskan, tinggalkan lebih kurang dalam seinci lebihan kicap di dalam botol.
  4. Blend kan kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
  5. Kemudian masak di dalam kuali atau periuk dengan api perlahan. Jika nak api kuat boleh tapi perlu selalu kacau.
  6. Setelah mendidih dalam 4 ke 5 kali tutup api. Taburkan biji lenga dan gaul hingga sebati.
  7. Dah siap. Boleh makan dengan mangga ke apa-apa la yang anda suka.


Selamat mencuba...

Saturday, November 22, 2014

Jom Tangani Stress...

Assalamualaikum...

Setiap dari kita pasti tak lepas dari stress bukan? Tak kira la stress urusan kerja, perniagaan atau masalah peribadi dan sebagainya. Stress ni boleh mengundang keburukan pada diri. Stress boleh buat kita sakit, ada yang sampai tahap tekanan jiwa. Jadi kita perlu untuk mengawal stress. Jika gagal kawal stress seseorang boleh merosakkan dirinya sendiri. Macam mana nak tangani stress???

Tips Tangani Stress!!!


Senaman Pernafasan

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Tafakur (Meditation)

Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.

Penggambaran

Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

Pengurutan (Massage)

Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

Kelegaan otot

Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

Muzik

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

Pengurusan masa

Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.


Amat penting untuk kita menangani stress kita. Kerana mendatangkan banyak keburukan. Cara lain untuk mengawal stress adalah dengan mengambil B complex Shaklee. Entry yang lepas Zaza ada kongsikan. Boleh baca yea bagaimana B complex boleh tangani stress .

Bagi yang berminat boleh dapatkan dari Zaza dengan hubungi Zaza di talian seperti di bawah. Harga vitamin ni adalah mampu milik. Memang berpatutan dan sangat berbaloi-baloi. Nak tahu kenapa? Jom Zaza buat pengiraan.

Sebotol B complex ni ada 120 kapsul dengan Harga RM53.75. B complex hanya perlu diambil sebiji sahaja sehari selepas sarapan. Jadi sebotol B complex ni tahan selama 4 bulan. Sebulan hanya RM13.44 sahaja dan sehari hanya RM0.45 sahaja. Bukan kah berbaloi-baloi.. Jangan tunggu lagi. 

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Friday, November 21, 2014

Kenapa Hormon Tak Stabil???

Assalamualaikum...

Hormon yang tak stabil mengundang kerisauan pada hati kaum hawa mahu yang belum berkahwin ataupun yang dah berkahwin. Kaum hawa jika tak datang period mesti badan rasa tak selesa. Bagi yang alaminya pasti tercari-cari punca dan penyeselesaiannya. Zaman dulu kita tak dengar semua-semua ni. Kenapa ianya terjadi sekarang? Sedangkan sekarang semuanya canggih dengan teknologi bagai.

Punca Hormon Tidak Stabil

Berat badan tak stabil


Kalau badan anda senang naik,secara automatik hormon anda tidak stabil. Bila hormon tidak stabil, haid susah datang. Darah kotor dalam badan susah nak dibuang. Jadi kita harus jaga pemakanan dari usia remaja dan kanak-kanak. Cara terbaik ialah turunkan berat badan secara sihat.

Pola makan


Selalu jadi pada mereka yang amalkan diet secara tidak sihat . Jika terlalu obses dengan diet dan badan kurang mendapat zat-zat yang sepatutnya, sistem badan akan berubah dan ini akan menyebabkan period tidak teratur.

Melakukan aktiviti yang berat


Wanita tidak boleh buat kerja yang berat ketika period semakin hampir. Contohnye tebang pokok besar, angkat beras 20kg, angkat tong gas dan aktiviti-aktiviti berat yang lain. Namun anda harus mengamalkan senaman yang ringan seperti berjogging atau berbasikal kerana ia mampu melancarkan perjalanan darah.

Stress


Jika anda selalu tertekan dan mempunyai penyaki-penyakit yang lain, anda akan mengambil ubat-ubatan dan ini salah satu punca hormon tidak stabil dan haid akan datang lambat.

Menyusu


Bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, kadang-kadang haid susah nak teratur.

Masalah kesihatan


Masalah bila telur kurang matang, ovum akan tidak lepaskan telur . Masalah kesihatan yang lain juga punca mengapa period anda menjadi tidak teratur.

Tips-Tips Mengatasi Masalah Hormon Tak Stabil

Jangan  Stress Sangat

Beriadah, luangkan masa bermain bersama keluarga, melancong,solat dan zikir mampu meringankan stress. 

Dapatkan tidur yang cukup

Sekurang-kurangnya  tidur 6 – 8 jam sehari bagi memastikan badan mendapat rehat secukupnya.

Makan Makanan Kaya Omega 3

Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau  minyak zaitun setiap hari.Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan.

Kurangkan minuman berkafein

Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

GLA Complex membantu stabilkan Hormon


  • GLA Complex Shaklee membantu  membentuk prostaglin untuk mengawal atur hormon. Prostaglandin membantu untuk mengawal ovulasi, menyebabkan implantasi dan ovum disenyawakan, memelihara kandungan, mencegah jangkitan rahim dan ovari. Ia juga digunakan untuk merawat cyst ovari dan endometriosis kronik.
  • Minyak biji bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan
  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid lemak utama daripada campuran minyak borage, minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semula jadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya.
Untuk dapatkan GLA Complex boleh hubungi Zaza. Konsultansi adalah percuma.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Thursday, November 20, 2014

Kenapa Sukar Untuk Kurus???

Assalamualaikum...

Ramai pasti bertungkus lumus nak kurus bukan. Macam cara buat. Cuba menu diet itu ini, tapi ada yang berhasil ada yang tak berhasil. Kenapa agaknya ye?



Setiap masalah pasti ada punca kenapa berlakunya masalah tersebut. Jika anda alami masalah sukar untuk kurus, pasti ada punca yang menyebabkan kenapa anda sukar untuk kurus walaupun anda sudah melakukan pelbagai perkara untuk kuruskan badan anda.

Antara punca utama kenapa badan anda sukar untuk kurus adalah saluran darah anda tidak bersih, perut anda kotor dan cecair di dalam badan anda kotor. Apabila ketiga – tiga perkara tersebut kotor, lemak sukar hendak terbakar.

Lemak sukar di bakar kerana aliran darah tidak berjalan dengan baik, udara yang di sedut tidak cukup untuk kegunaan satu badan di mana anda akan rasa lemah dari segi fizikal dan zat yang anda makan tidak berjaya di serap oleh badan kerana tersangkut pada kotoran. Ketiga – tiga keadaan ini menjurus kepada terjadinya kadar metabolisma yang rendah.

Untuk permudahkan urusan anda untuk kuruskan badan, anda perlu bersihkan badan anda dari kotoran. Antara cara untuk bersihkan badan anda dari kotoran adalah


  • Memakan sayur dan buah – buahan pada setiap hari. Fiber yang ada pada sayur dan buah dapat membantu anda untuk bersihkan badan dari kotoran.
  • Minum air secukupnya pada setiap hari. Jangan minum air yang ada perasa seperti air berkarbonat atau air kotak. Amalkan minum hanya air suam.
  • Kunyah hingga lumat sebelum menelan makanan tersebut.
Jadi bagi sesiapa yang nak kurus tu kena la pastikan semua dalam keadaan ok, baru senang nak kurus.

Tuesday, November 18, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum...

Haa tengok resepi macam simple kan. Ni resepi versi ibu mertua. Biasa kita gorengkan. Ada specialnya tau.


Bahan-bahannya :

  • Ayam 1/2 ekor
  • Kicap
  • 4 ulas bawang
  • Kunyit
  • Garam
  • Minyak


Cara-caranya :

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian masukkan ke dalam kuali, buka api dan tudungkan kuali. Biarkan sehingga air ayam tu keluar. Kacau sesekali.
  2. Manyang bawang.
  3. Apabila air ayam kering masukkan garam dan kunyit. Gaulkan sehingga rata.
  4. Masukkan minyak masak lebih kurang 2 senduk kecil.
  5. Gaul sehingga ayam keperang-perangan dan masukkan kicap. Gaul sehingga rata.
  6. Masukkan bawang yang di mayang tadi. Gaulkan sehingga rata. Tunggu hingga bawang layu.
  7. Tutup api dan siap untuk di hidang.


Selamat mencuba...

Kesuburan Wanita

Assalamualaikum...

Sebut pasal kesuburan ini selalunya dikaitkan dengan wanita. Memang menjadi satu trauma buat wanita bila sebut kesuburan. Jika dulu jarang kita dengar ketidaksuburan dan sukar hamil ni. Zaman sekarang ramai pulak yang alaminya. Kenapa yea? Kerana hari ni kita terdedah dengan pemakanan yang telah dicemari bahan kimia dan persekitaran kita. Ini boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang tanpa kita sedar. Bagi wanita bila anda sedar anda mungkin menghadapinya, jangan resah yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki masalah ini dan berdoa kepada Allah. Insyaallah pasti akan berhasil. Nak usaha macam mana?

Cara tingkatkan Kesuburan


  1. Berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan dan berunding dengannya. Nyatakan apa yang anda alami dan doktor akan beri nasihat. Macam Zaza sendiri pernah berjumpa dengan pakar sakit puan dan dia scan, Alhamdulillah tiada cyst , fibroid semua tak da. Doktor bagi Zaza ubat kesuburan.
  2. Setelah dah tahu permasalahannya jaga la pemakanan kita. Ambil makanan yang segar dan masak sendiri di rumah. Kurangkan atau tinggalkan la makanan segera semua. Demi untuk kesihatan kita kan. Cari dalam google apa pemakanan baik untuk kesuburan
  3. Seterusnya perbanyakkan amal dan berdoa kepada Allah. Istiqamah lah laksanakan solat Dhuha. Kerana solat dhuha ini adalah cara kita menjemput rezeki. Bukankah anak itu rezeki. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria untuk dapatkan Zuriat.
  4. Amalkan lah suplemen yang terbaik untuk diri anda. Suplemen penting untuk pastikan kesihatan di tahap yang optimum. Banyak suplemen di pasaran untuk dapatkan zuriat. Tapi AWAS!!! jangan tersalah pilih ok.


Suplemen Terbaik


  • GLA complex dan B complex Shaklee adalah set subur yang terbaik untuk kaum wanita. 
  • Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. 
  • GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari
Jika anda alami keputihan , boleh sekalikan dengan Alfalfa yang boleh bantu atasi masalah keputihan dan berfungsi merapatkan.

Bagi yang ingin mendapatkan set subur ini boleh hubungi Zaza yea. Pastinya konsultansi terbaik dan percuma buat anda.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Monday, November 17, 2014

Resepi Seri Muka

Assalamualaikum...

Petang tadi Zaza dan kakak ipar buat kuih seri muka pandan. Zaza cuma tolong sikit-sikit je. Tolong kacau je. Jom tengok resepinya 


Resepi Seri Muka 

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) 
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) 
1 sudu teh garam 
2 sudu teh minyak masak 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah


  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering. 
  2. Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14) 
  3. Sapukan minyak di sekeliling loyang. 
  4. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang. 
  5. Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut. 
  6. Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata. 
  7. Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama. 
  8. Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit. 
  9. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang. 
  10. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas. 


Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas 


  • 2 cawan santan pekat 
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan 
  • (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung 
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula) 
  • 1 biji telur ayam 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • Sedikit pewarna hijau 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas


  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi. 
  2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan. 
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker. 
  4. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung. 
  5. Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan. 
  6. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak. 
  7. Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih. 
  8. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. 
  9. Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air. 
  10. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang. 
  11. Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan. 

Selamat mencuba

Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.

Semasa proses kitaran haid pd setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid. Bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah  di kawasan itu. Menakutkan bunyinyakan. Tisu rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yang dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui. Namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu di dalam rahim yang sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bahagian peranakan wanita yang lain seperti telur atau ke pelvik. Risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

  • Datang haid dalam usia yang sangat muda
  • Mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis


Peratusan  untuk mendapat endometriosis bagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak adalah rendah berbanding mereka yang tidak pernah mengandung..

Gejala-gejala endometriosis adalah seperti:

  • Sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid
  • Haid yang tidak teratur atau darah haid yang banyak
  • Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
  • Sembelit atau cirit birit


Untuk mengenal pasti penyakit ini. Doktor akan melakukan scan melalui ultrasound di bahagian pelvik. Untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bahagian pelvik akan dilakukan.

Rawatan penyakit ini bergantung kepada:


  • Umur pesakit
  • Tahap serius gejala yg anda alami
  • Tahap serius penyakit anda
  • Samada anda mahu mengandung atau tidak ( salah satu komplikasi penyakit ini adalah susah untuk mengandung atau kemandulan, jadi jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan utk merawat dan membuang penyakit ini)


Gejala yang anda alami tidak serius + anda tidak berniat untuk mendapatkan anak rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan untuk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke tahap yang serius. Sakit yang dialami boleh dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit manakala untuk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan. Pil ni dapat membantu untuk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid. Salah satu contoh pil yang dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan. Kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.

Mereka yang tidak mengalami pengurangan sakit setelah mengambil ubat + tahap penyakit sangat serius +  ingin mendapatkan anak, pembedahan utk membuang tisu di bhg luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.

Bagi mereka yang telah berusia doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan untuk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur)

Secara kesimpulannya, rawatan dengan ubat tidak boleh mengubati penyakit ini tetapi berfungsi mengawal kesakitan. Hanya dengan pembedahan dapat membuang penyakit ini namun kebarangkalian untuk penyakit ini berulang masih ada.

Doktor selalunya menyarankan agar wanita yang menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yg lebih serius.

Apakah komplikasi penyakit ini?

30-40% daripada wanita yang menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun setalah pembedahan dilakukan, peluang untuk hamil kembali normal.

Peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yang menghidapi penyakit ini. Sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bahagian usus atau pundi kencing, ianya boleh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tapi ini jarang berlaku. Kesakitan yang dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda. Tisu di bahagian luar rahim yang membengkak boleh menyebabkan pendarahan. Tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bagi mereka yang telah mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala tersebut?

  1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovari dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .
  2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
  3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
  4. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
  5. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
  6. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  – donut, kuih2, ice krim , chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
  7. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
  8. Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
  9. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
  10. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
  11. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
  12. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
  13. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate
  14. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
  15. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
  16. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
  17. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.


GLA boleh Membantu

GLA membantu membetulkan hormon dan kitaran haid. Ramai telah merasa kesan GLA dimana yang sukar hamil , boleh hamil dengan IzinNYA. Salah satu untuk merawat Endometriosis adalah dengan hamil. Jadi GLA sangat-sangat membantu. Setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Bagi kaum hawa yang mengalaminya jangan mudah berputus asa.

Rawatan Dengan Ayat Al-Quran


  • Surah Maryam ayat 77 hingga 98
  • Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43


Cara amalan Al-Quran, pesakit membaca surah pertama iaitu surah Maryam sebanyak 3 kali di waktu malam dan surah kedua iaitu durah Ibrahim sebanyak 3 kali di waktu siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlulah memohon doa utk penyembuhan.

Bagi yang ingindapatkan GLA complex boleh hubungi Zaza yea. Konsultansi adalah percuma.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Sunday, November 16, 2014

Teluk Senangin

Assalamualaikum...

Tanggal 10 Mei 2014 yang lepas suami Zaza membawa bercuti di Teluk Senangin. Ni kejutan dari suami. Pagi tu dia pergi kerja, balik je terus suruh pack baju untuk pergi jalan-jalan katanya. Ikut je la kan. Sebab 11 Mei 2014 tu ualang tahun kelahiran Zaza. Suami memang suka jalan-jalan. Merata juga dia bawa, katanya nak ke lumut. Singgah di merata-rata. Last sekali berkenan nak stay dekat Teluk Senangin. Tak ingat pulak nama chalet tu.

Kedudukan chalet ni mengadap laut. Memang rezeki kami agaknya dapat bilik tu. Sebab orang yang booking tu cancel. Jika tak jangan harap nak dapat bilik betul-betul ngadap laut. Selesai check in je, apa lagi terus je mandi laut. Seronok sangat walaupun berdua. Sampai hujan pun tak nak naik. hehe... Petang tu kami ronda-ronda kawasan sekitar dengan basikal. Memang Zaza dan suami ada basikal seorang satu. Basikal lipat yang boleh di bawa kemana sahaja.

Sebelah malam pun kami naik basikal juga. Bebekal kan lampu suluh. Seronok tau. Selalu Zaza tengok mat saleh ngan minah saleh je selalu sewa basikal. Ni Zaza sendiri pula yang merasa. Suami Zaza punya pemikiran lain sikit. Sebab dia banyak merantau dan pernah tinggal di luar negara. Jadi caranya juga lain. Apa pun Zaza sangat seronok dapat bercuti di sana walaupun segalanya sederhana. 

Malam juga suami nak memancing. Sampai pukul 1 pagi dia memancing. Zaza ikut je. Tolong menyibuk. Esok pagi-paginya sekali lagi mandi laut dengan aktiviti memancing. Geram tengok ikan datang main-main dekat dengan kita. Umpan makan tapi tak lekat pada mata kail. 

Di sini Zaza kongsikan beberapa view dekat area chalet Zaza tinggal. Memang best la. So bagi yang kekeringan idea untuk bercuti boleh la bercuti di sini. Jika berkumpulan lagi seronok. Boleh panggang memanggang.


Jom Cuci Usus

Assalamualaikum...

Sihat semua? Hujung minggu ni semua pasti luangkan masa bersama keluargakan. Pasti masak macam-macam untuk orang tersayang. Kita dah makan macam-macam tu pernah tak fikir nak cuci usus? Selalu kita cuci kereta kan. Kereta kita tengok jika tak cuci seminggu apa jadi? Bayangkan usus kita bertahun-tahun guna tak pernah terfikir kita nak cuci usus kan. Sebab tu usus kita tak dapat menyerap semua zat makanan dengan baik. Ada yang ambil suplemen tapi tak bagi kesan. Bukan suplemen tak bagus, tapi usus kita yang kurang bagus menjalankan fungsinya.

Apabila usus kita tidak sihat mengundang bakteria untuk membiak dan seterusnya menjadikan badan kita bertoksin. Apabila badan kita bertoksin mengundang banyak gejala tidak sihat yang boleh kita nampak secara fizikal. 

Simptom Toksin Banyak Dalam Badan


  • Jerawat di bahagian belakang badan.
  • Keletihan yang melampau
  • Bau badan yang tidak menyenangkan
  • Sembelit, buasir, sistem penghadaman yang tidak baik
  • Moody
  • Hormon yang tidak stabil

Fungsi Herblax


  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Cara makan Herblax

4 biji sebelum tidur. Kesannya esok pagi anda akan membuang dengan lawas tanpa perlu meneran, tak rasa memulas segalanya lancar sahaja. 

Jom kita cuci usus terlebih dahulu sebelum kita mengamalkan suplemen lain. Baru senang badan kita nak menyerap zat-zat. Berminat dengan herblax boleh hubungi Zaza. Knsultansi adalah percuma.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Saturday, November 15, 2014

Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum..

Nak kngsi resepi Kek Gula Hangus Kukus ni. Dah 2 kali buat minggu ni. Macam senang je kan. Memang senang asalkan kita mahu. Jom tengok resepinya


Bahan2 : 

Gula hangus- buat yang ni dulu sebelum bancuh adunan
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega 

Cara:

Masukkan gula dalam kuali atau periuk bukak api sederhana kecil... sentiasa kacau-kacau gula sampai larut sampai warna jadi keemasan macam madu.. kalau jadi kearangan, buang je la...konpem tak jadi nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit 

Langkah kedua

Masukkan air panas dalam gula tadi... AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau tak berhati-hati, sebab gula tu macam meletup-letup skit nanti... pastu gula tadi akan jadi macam ketul-ketul sikit bila masuk air... cairkan semula... bila dah cair semua, masukkan mentega..biarkan larut... tutup api dan sejukkan 

Bahan lain: 

7 biji telur saiz A 
2 cawan tepung gandum 
1/2 tin susu pekat manis\
2 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh esen vanila 

cara: 

Pukul telur sampai kembang (blend pun boleh..guna mixer pun boleh) pastu masukkan susu pekat dan mix  lagi sampai sebati masukkan pulak esen vanila pastu ayak tepung gandum + soda + baking powder masukkan dalam adunan..teruskan mix last sekali, masuk la gula hangus yangg dah sejuk tadi... mix lagi! Kukus selama 1- 1 1/4 jam. Biarkan sejuk sebelum potong (untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah, kemudian tengok arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Selamat mencuba