Monday, November 24, 2014

Doa Rabitah

Assalamualaikum...

Pernahkah anda mendengar doa Rabitah? Bagi sesiapa yang biasa dengan al-mathurat pasti tahu doa ini. Banyak kelebihan doa rabitah jika di amalkan. Jom sama-sama kita amalkan setiap hari.


DOA RABITAH atau dalam Bahasa Arabnya disebut DOA ROBITOH bermaksud doa pengikat kasih sayang. Kalau tak faham yang Bahasa Arab, boleh baca terjemahannya (seperti di bawah). Doa Rabitah jika diamalkan moga-moga menjadi pengikat hati, menyatu padukan ikatan silatulrahim antara kita dengan kawan-kawan atau pasangan dalam ukhuwah, agar sama-sama hebat berjuang di jalan Allah S.W.T.

Terjemahan: 

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at-Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalannya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Panduan berdoa: setiap kali menyebut perkataan 'hati-hati' atau 'hati', pejamkan mata seketika dan bayangkan wajah individu yang ingin anda ikat kasihnya. Pastikan, di samping doa rabitah ini, mohon juga yang terbaik untuk masa depan anda dan agama anda. Dengan izin Allah, jika kasih anda bersamanya adalah yg terbaik, DIA akan izinkan dan mudahkan, insyaAllah.

1 comment:

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.