Showing posts with label Zikir. Show all posts
Showing posts with label Zikir. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Doa Ketika Keresahan dan Kesedihan

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ni kita tidak sentiasa dengan gelak tawa. Adakalanya hati kita dirundung keresahan dan kesedihan. Macam cuaca langit tak selalunya cerah, dalam panas elok-elok tengok-tengok hujan turun. Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Bila kita dalam keadaan begini sudah tentu kita mencari kawan untuk meluahkan. Terkadang kita lupa untuk mengadu pada DIA yang Maha Esa. Islam telah menyediakan tatacara dalam semua keadaan. Di sini Zaza nak kongsikan dengan semua Doa dan zikir semasa situasi ini. Boleh juga dijadikan amalan harian.

Doa hilangkan Kesedihan


Surah Al-Insyirah juga boleh diamalkan untuk menenangkan perasaan :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Zikir sebagai penenang :



Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang dalam kesedihan. Ianya juga boleh dijadikan amalan harian. Selamat beramal.

Saturday, October 25, 2014

Zikir Membersihkan Hati

Assalamualaikum dan salam tahun baru 1436 hijrah. Di tahun baru ini dengan buku amalan kita yang baru mari kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Sebagai hambaNYA kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan. Hati kita tak siapa tahu isinya. Hanya Allah yang mengetahui isi hati kita. Kadang kita macam baik tapi dalam hati hanya Allah tahu. Dalam pencarian Zaza untuk membersihkan hati dan jiwa, terjumpa zikir bagi membersihkan hati. Nampak mudah zikir tu tapi untuk istiqamah kita perlu kuat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Kita ni banyak kekangan sangat yang buatkan jika kita tak mampu menepisnya akan menjadi alasan untuk kita tak mengamalkannya. Zaza kongsikan zikirnya.



Zikir ini diamalkan selesai solat Subuh, Asar dan Maghrib. Amalkan selama 41 hari secara berterusan. Insyaallah ianya akan memberi kesan. Lagi bagus terus amalkan sentiasa.


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala dosa2 Zahir kita.


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala dosa2 batin kita


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala syirik2 yg telah kita lakukan baik sengaja atau tidak.

Semoga dengan perkongsian ini kita memperolehi manfaat daripadanya. Moga kita didalam rahmat dan perlindunganNYA.



Monday, September 22, 2014

Zikir untuk Suri rumah

Assalamualaikum...

Tahu tak zikir untuk isteri-isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa? Sebenarnya menjadi suri rumah ni amatlah berat tanggungjawab dan amanah yang di pikul. Orang nampak senangkan. Macam duk rumah je. Sebenarnya duduk di rumah kerja lagi tak berhenti dari kita keluar bekerja. Mana tidaknya, bangun awal pagi berkejar nak siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Selesai buat sarapan siapkan pakaian suami dan anak-anak. Besarapan bersama dan suami peri kerja dan anak-anak ke sekolah. Ada sekarang ibu-ibu yang menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Selesai semua tu tengok baju dalam bakul basuh. Sementara menanti kemas dapur, sapu sampah, kemas bilik, bagi makan ternakan, dan macam-macam la. Mesin berbunyi sidai baju pulak. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Masuk ke dapur pulak untuk siapkan makan tengah hari. Bersilatlah di dapur. Selepas siap semua tengok jam dah pukul 12 nak berkejar ambik anak di sekolah pula. Balik siapkan anak-anak bagi makan, teman buat kerja sekolah, jika ada kokurikulum atau aktiviti di sekolah hantar semula pula. Balik-balik tengok jam dah pukul 3. Tengok dalam sinki mangkuk pinggan penuh basuh pulak. Selesai jenguk di luar baju dah kering, kutip baju dan lipat. Sedar-sedar dah pukul 5 lebih. Masuk ke dapur sediakan untuk makan malam. Siapkan diri dan anak-anak menanti suami pulang. Malam pula sediakan pakaian untuk suami dan anak-anak untuk hari esok. Penatkan??? Lepas magrib memang rasa nak rebah je. Itu la perjalanan seorang suri rumah. Memang memenatkan.

Pernah terbaca kisah anak Nabi S.A.W Fatimah memohon kepada nabi untuk dikurniakan pembantu kerana terasa amat penat untuk melaksanakan tugas sebagai isteri dan menguruskan rumahtangga. Ini kisahnya :

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali.

Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Jadi para isteri yang merasa penat dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah jom amalkan zikir ini . Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat beramal.