Thursday, May 22, 2014

Malas.. Tapi nak kurus

Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi.

Tidak perlulah berbelanja mahal untuk membeli peralatan gim, suplemen dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah cara hidup dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.

Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini.

Untuk anda yang inginkan kesihatan yang terbaik dengan cara yang paling senang dan tidak memerlukan modal yang banyak, ini di antara tips-tipsnya:-

Senaman Yang Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisyen ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan dan membuat regangan berterusan selama 30 minit sehari pada setiap pagi secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

Tidur Awal Dan Mencukupi

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisyen jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak menentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelak daripada sebarang penyakit.

Makanan Kesihatan


Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak gemarkan pemakanan hijau ini, kekacang dan buah-buahan perlu sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah dengan menggamalkan makanan kesihatan organik berasaskan herba.

Perlu Berfikir Sebelum Mengikuti Program Menguruskan Badan

Program menguruskan badan bukannya tidak baik, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

Memakan Lebih Sayuran dan Mengurangkan Pengambilan Daging Merah, Kafien, Gula dan Garam

Agak sukar diamalkan bagi sesetengah orang kerana sayur-sayuran bukanlah diet utama. Namun cara paling mudah tentunya memakan lebih sayuran. Hendak sihat kan? Jadi kenapa perlu memakan makanan yang memudaratkan dan pada masa yang sama mengambil ubat untuk menguruskan badan? Dan kemudian masih memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi

Seseorang yang meninggalkan sarapan pagi majoritinya akan merasa teramat lapar di sebelah petang dan malam. Walaupun di siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

Jangan Memakan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

Jangan Berlapar Terlalu Lama

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menyebabkan punca risiko sakit. Elakkan unsur-unsur stress seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang.

Jaga Tindakan Dan Tingkah Laku


Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksanakan sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa menjaga tindakan dan tingkah laku untuk orang yang tersayang.

Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh jika ianya dikesan dari awal.


PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Semoga info ini berguna..

Wednesday, May 21, 2014

Petua Putihkan Gigi Yang Kuning

Gigi kuning yang di sebabkan merokok, faktor makanan dan minuman, memang warna gigi asli dan juga faktor usia boleh diputihkan dengan petua yang mudah untuk diamalkan.

1. Arang Kayu

Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam

Anda boleh mendapatkan gigi putih bersinar dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
Lemon fruit 30839660 640 480 Petua Putihkan Gigi Yang Kuning

3. Kulit Limau

Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari

Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Selamat mencuba

Thursday, May 15, 2014

Persedian Sebelum Hamil

Assalamualaikum

Hai semua.. sihat2 ye semua.. untuk entry kali ni nak share berkaitan persediaan sebelum hamil.. Pasti ramai yang merancang untuk hamil tak kira la yang baru mendirikan rumah tangga atau dah lama. Anak merupakan penyeri dalam rumah tangga. Ramai yang tidak mengendahkan persediaan sebelum hamil ini.  Kebanyakan pakar mengesyorkan bahawa kite harus mula bersiap sedia sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kita bercadang untuk hamil.

Persediaan bagaimana ye??? Jom kita tengok checklist ni 

'Quick Checklist' utk persediaan awal sebelum hamil

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda sihat & cergas.
  • Amalkan diet pemakanan yang sihat.
  • Buat jadual bersenam & lakukan secara konsisten.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • berhenti menggunakan pil perancang.
  • Capai & kekalkan berat badan yang sihat.
  • Berhenti mengambil alkohol & merokok.
  • Status kewangan anda haruslah berkeadaan baik.

Apakah pemakanan yang betul untuk memastikan yang terbaik untuk kehamilan anda?

Kepelbagaian 

Pastikn bekalan yang cukup untuk mikronutrien penting ( seperti asid folik) termasuk pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan makanan ( bijirin , buah-buahan , sayur-sayuran , daging, produk tenusu , lemak, gula). Apabila badan menggunakan satu nutrien, nutrien yang lain juga turut diperlukan kerana tisu kita terdiri daripada gabungan nutrien. Di dalam aktiviti2 seharian badan kite, keperluan untuk satu nutrien dipengaruhi oleh adanya keperluan nutrien yang lain. 

Makanan tambahan untuk kehamilan adalah suatu kebiasaan & merupakan penyelesaian yang wajar, terutama bagi ibu2 yang tak boleh mengambil makanan yang berbeza2. Walau bagaimanapun , makanan tambahan ini tidak perlu diberi hanya pada awal kite hamil, tetapi perlu dikekalkan sepanjang kehamilan.

Keseimbangan 

Cara terbaik utk pastikan diet seimbang adalah dengan makan daripada semua kumpulan makanan mengikut sajian harian yang disyorkan. Keseimbangan protein & kabohidrat menjadi keutamaan.

Sajian seimbang yg disarankan adalah 2 bahagian kabohidrat & 1 bahagian portein. Contohnye: 1 mangkuk nasi bersama dgn 90g daging.

Moderation

Kesederhanaan adalah kunci utk kite menikmati kehidupan & kesihatan yg sihat. Semase kehamilan bukanlah masa utk kite berdiet, maksud saya di sini..diet yang keterlaluan. Kite hanya perlu berhati2 dengan menghadkan pengambilan makanan yg memberikan banyak kalori & hanya beberapa nutrien.
Lebih pengambilan gula semasa mengandung adalah tak digalakkan kerana pengambilan yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan plasenta.

Konsep Pemakanan Sebelum Hamil

Mum-to-be memerlukan:
  • Mengambil folic acid suplemen (400mcg setiap hari) skurang2nye 3 bulan sebelum adanya kehamilan utk mencegah kecatatan kehamilan.
  • Makan makanan yang seimbang.
  • Bersenam & kekalkan gaya hidup yg sihat.
  • Berhenti merokok & alkohol.
  • Lakukan pemeriksaan segere setelah pregnancy is suspected.
Moge panduan persediaan ini dapat membantu anda & suami untuk menghadapi peringkat2 seterusnya dalam usaha mendapatkan zuriat. Insha Allah. Aminnnn


Taugeh Untuk Subur

Assalamualaikum..

Kali ni nak share petua untuk subur yea.. Selain kita amalkan supplement kita boleh amalkan petua2 orang lama2 ni. Saya terpanggil untuk share petua ni selepas jumpa seorang bidan ni dan dia memberi nasihat kepada saya untuk amalkan makan taugeh mentah... Dengar taugeh mentah macam bermain difikirankan.. Tambah pulak ada terbaca berkaitan taugeh yang di siram dengan air kencing.. lagi laa nak tak nak je cuba.. Tapi macam mana pun tangan ni busy je duk search khasiat taugeh dan cara paling berkesan untuk mengamalkannya. Jom saya share.

Petua untuk sesiapa yang kurang subur (ovum takkeluar dari ovari)

Cara - caranya :-
  1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
  2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
  3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
  4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang period.

Kenapa yea kita gunakan taugeh yang sedang bercambah ni??


Ini kerana taugeh mengandungi hormon estrogen & progesterone semula jadi. Ia juga baik untuk penyakit kanser.Taugeh yang sedang bercambah mengandungi hormone estrogen &progesterone dan agen antioksida. Sebab tulah taugeh yang cambah kecilsahaja yang bagus. Yang panjang tu tak ada banyak hormone tu

Itu la petuanya.. Selamat mencuba...


Saturday, May 10, 2014

Tak Elok Minum Ais

Assalamualaikum..

Entry kali ni nak share pasal ais... jom tengok

Ramai org kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais


“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 

Thursday, May 08, 2014

Soya Penyebab Kanser

Assalamualaikum...

Dalam entry kali ini nak share berkaitan isu yang dibangkitkan berkaitan Soya penyebab kanser. Ramai sangat yang mempersoalkannya dan takut nak ambil ESP kerana berasaskan soya. U all.. Nak ambil apa pun perlu dengan ilmu u all. bukan boleh main taram je. Adanya ilmu baru la kita rasa yakin untuk mengambilnya sebab dah tahu khasiatnya. Makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yang tak bagus sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yang sepenuhnya dari ape yang kite makan dan ambil...

ESP ialah protein..kenapa protein penting?

  • Sebab Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.


JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Dah tahukan.. perlu diingatkan untuk mengamalkan apa jua supplement perlu dengan ilmu ye. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahaminya... daaa


Kredit tu Nanny Hanum #WAHM

Menyesal ambil Lecithin Shaklee

Assalamualaikum...

Hai all. Entry kali ni nak citer kat korang menyesalnya ambil lecithin Shaklee. Haaa jangan salah faham u all. Saya menyesal sebab lewat ambil lecithin ni. Jika tak pasti dah lama dapat kesannyakan.. Menyesal...menyesal.. Jadi anda jangan sampai menyesal di kemudian hari ye. Banyak kebaikkan lecithin ni.

U all nak tahu Lecithin ni sebenarnya berasaskan soya dan bukan berasaskan haiwan. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasaskan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita. Sebiji kapsul Lecithin Shaklee adalah 530mg. Haa bagi mereka yang nak turunkan berat badan, memerlukan 4000mg sehari untuk membakar lemak dalam badan kita. 

Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti  ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang. 

Jom kita tengok Kebaikan Lecithin Shaklee

  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS
Demo Lecithin Pengemulsi  Lemak

Wednesday, May 07, 2014

Anda Kenal Najis Anda

Assalamualaikum,

Hai semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Enrty kali ini saya nak kongsikan berkaitan najis kita. Mesti ramai yang segan silu membicarakan soal najis ni kan. Rasa jijik, kotor, busuk, geli dan macam2 la. Tapi bagaimanapun mengetahui keadaan najis kita amatlah penting bagi memastikan kita ni sihat or sebaliknya. Ramai yang memandang remeh perkara ini dan ada yang tidak memperdulikannya. Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit ilmu yang saya pelajari beberapa tahun lalu.

Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.

Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:

Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.


Najis jenis 1 dan 2

Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjadi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.

Najis jenis 3 dan 4

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Najis jenis 5,6 dan 7

Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Jom kita tengok pula Ciri-ciri najis yang ideal

  • Berwarna kuning keemasan.
  • Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
  • Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
  • Air 80%
  • Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.


Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!

Tuesday, May 06, 2014

Beza Lemak dengan Kolestrol

Assalamualaikum,

Hai all, bertemu lagi kita di entry kali ini. haa nak story pasal apa ye. Ramaai yang kata ada lemak ada kolestrol.. haa jangan salah anggap ye.. kolestrol dan lemak berbeza u all... meh kita tengok tang mana bezanya..

Beza lemak dengan kolesterol

  • Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  • Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  • Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  • Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  • Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
  • Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.
Dah tahu bezakan u all. So mari kita sama2 menjaga pemakanan kita untuk kesihatan. Jumpa lagi di lain waktu. tataaa..


Bajet Nak Kurus

Assalamualaikum,

Sihat semua?? Ok entry kali ni saya nak kenalkan set kurus Shaklee. Memang banyak set2 kurus Shaklee ni. Boleh tengok bajet anda lagi. Kali ni nak story pasal set paling asas sekali dan paling bajet iaitu Alfalfa dan Lecithin. Saya sendiri bermula dengan set bajet ni. Ye la mula2kan, pasti semua akan cari yang paling bajet. Sebenarnya dengan set bajet ni juga anda boleh turunkan berat badan anda dengan syarat anda perlu konsisten mengambilnya. Bagi mereka yang sukar untuk kawal makan jangan risau. Berdasarkan pengalaman saya selepas masuk minggu kedua amalkan 2 vitamin ini sacara tidak langsung ianya akan membantu kita untuk mengawal nafsu untuk makan. Akan rasa perut kita penuh je. haaa amazing kan. Semulajadi gitu. Tapi proses ni bergantung pada badan masing2. Setiap kita tak sama kan..

Minggu pertama mengamalkannya saya buang najis memang lain dari yang sebelum ini, hitam. haa jangan terkejut itu proses pembuangan toksin dalam badan yang ntah berapa lama duk bertapa dalam badan kita. Toksin yang banyak dalam badan ni u all akan buatkan badan kita lambat untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan. Jika kita ambil supplement tp tak ada kesan cuba check balik adakah badan kita bertoksin? Bukan supplement tu yang tak bagus tapi badan kita yang tak OK. so check ye sebelum keluarkan statement. hehehe

Kita juga harus ingat ye kawan2 badan kita perlukan air yang banyak. Macam mana nak tahu cukup ke air yang badan kita perlu? haaa ni nak bagi tau ye, setiap berat kita 25kg kita perlukan 1 liter air. Jom congak, jika berat kita 60kg berapa ye air diperlukan sehari??

25 kg seliter air
so 60 kg kita perlukan 2.4 liter air, ambil 2.5 liter pun ok kan.

Air penting tau untuk membantu penurunan berat badan.



Apa fungsi Alfalfa ngan Lecithin ni. Semua nak tau kan. Jom kita tengok

Fungsi Alfalfa :

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan

Fungsi Lecithin

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
Dah tau kan fungsi setiap satunya. so selama mencuba dan beramal.. jumpa lagi di lain entry.. daaa