Thursday, May 15, 2014

Persedian Sebelum Hamil

Assalamualaikum

Hai semua.. sihat2 ye semua.. untuk entry kali ni nak share berkaitan persediaan sebelum hamil.. Pasti ramai yang merancang untuk hamil tak kira la yang baru mendirikan rumah tangga atau dah lama. Anak merupakan penyeri dalam rumah tangga. Ramai yang tidak mengendahkan persediaan sebelum hamil ini.  Kebanyakan pakar mengesyorkan bahawa kite harus mula bersiap sedia sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kita bercadang untuk hamil.

Persediaan bagaimana ye??? Jom kita tengok checklist ni 

'Quick Checklist' utk persediaan awal sebelum hamil

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan anda sihat & cergas.
  • Amalkan diet pemakanan yang sihat.
  • Buat jadual bersenam & lakukan secara konsisten.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • berhenti menggunakan pil perancang.
  • Capai & kekalkan berat badan yang sihat.
  • Berhenti mengambil alkohol & merokok.
  • Status kewangan anda haruslah berkeadaan baik.

Apakah pemakanan yang betul untuk memastikan yang terbaik untuk kehamilan anda?

Kepelbagaian 

Pastikn bekalan yang cukup untuk mikronutrien penting ( seperti asid folik) termasuk pelbagai jenis makanan daripada semua kumpulan makanan ( bijirin , buah-buahan , sayur-sayuran , daging, produk tenusu , lemak, gula). Apabila badan menggunakan satu nutrien, nutrien yang lain juga turut diperlukan kerana tisu kita terdiri daripada gabungan nutrien. Di dalam aktiviti2 seharian badan kite, keperluan untuk satu nutrien dipengaruhi oleh adanya keperluan nutrien yang lain. 

Makanan tambahan untuk kehamilan adalah suatu kebiasaan & merupakan penyelesaian yang wajar, terutama bagi ibu2 yang tak boleh mengambil makanan yang berbeza2. Walau bagaimanapun , makanan tambahan ini tidak perlu diberi hanya pada awal kite hamil, tetapi perlu dikekalkan sepanjang kehamilan.

Keseimbangan 

Cara terbaik utk pastikan diet seimbang adalah dengan makan daripada semua kumpulan makanan mengikut sajian harian yang disyorkan. Keseimbangan protein & kabohidrat menjadi keutamaan.

Sajian seimbang yg disarankan adalah 2 bahagian kabohidrat & 1 bahagian portein. Contohnye: 1 mangkuk nasi bersama dgn 90g daging.

Moderation

Kesederhanaan adalah kunci utk kite menikmati kehidupan & kesihatan yg sihat. Semase kehamilan bukanlah masa utk kite berdiet, maksud saya di sini..diet yang keterlaluan. Kite hanya perlu berhati2 dengan menghadkan pengambilan makanan yg memberikan banyak kalori & hanya beberapa nutrien.
Lebih pengambilan gula semasa mengandung adalah tak digalakkan kerana pengambilan yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan plasenta.

Konsep Pemakanan Sebelum Hamil

Mum-to-be memerlukan:
  • Mengambil folic acid suplemen (400mcg setiap hari) skurang2nye 3 bulan sebelum adanya kehamilan utk mencegah kecatatan kehamilan.
  • Makan makanan yang seimbang.
  • Bersenam & kekalkan gaya hidup yg sihat.
  • Berhenti merokok & alkohol.
  • Lakukan pemeriksaan segere setelah pregnancy is suspected.
Moge panduan persediaan ini dapat membantu anda & suami untuk menghadapi peringkat2 seterusnya dalam usaha mendapatkan zuriat. Insha Allah. Aminnnn


No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.