Tuesday, May 06, 2014

Beza Lemak dengan Kolestrol

Assalamualaikum,

Hai all, bertemu lagi kita di entry kali ini. haa nak story pasal apa ye. Ramaai yang kata ada lemak ada kolestrol.. haa jangan salah anggap ye.. kolestrol dan lemak berbeza u all... meh kita tengok tang mana bezanya..

Beza lemak dengan kolesterol

  • Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
  • Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
  • Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
  • Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
  • Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
  • Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.
Dah tahu bezakan u all. So mari kita sama2 menjaga pemakanan kita untuk kesihatan. Jumpa lagi di lain waktu. tataaa..


No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.