Assalamualaikum,
Hai semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Enrty kali ini saya nak kongsikan berkaitan najis kita. Mesti ramai yang segan silu membicarakan soal najis ni kan. Rasa jijik, kotor, busuk, geli dan macam2 la. Tapi bagaimanapun mengetahui keadaan najis kita amatlah penting bagi memastikan kita ni sihat or sebaliknya. Ramai yang memandang remeh perkara ini dan ada yang tidak memperdulikannya. Hari ni saya nak berkongsi serba sedikit ilmu yang saya pelajari beberapa tahun lalu.
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:
Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Najis jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjadi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia.
Najis jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.
Najis jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Jom kita tengok pula Ciri-ciri najis yang ideal
- Berwarna kuning keemasan.
- Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
- Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
- Air 80%
- Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.