Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

Jom Tangani Stress...

Assalamualaikum...

Setiap dari kita pasti tak lepas dari stress bukan? Tak kira la stress urusan kerja, perniagaan atau masalah peribadi dan sebagainya. Stress ni boleh mengundang keburukan pada diri. Stress boleh buat kita sakit, ada yang sampai tahap tekanan jiwa. Jadi kita perlu untuk mengawal stress. Jika gagal kawal stress seseorang boleh merosakkan dirinya sendiri. Macam mana nak tangani stress???

Tips Tangani Stress!!!


Senaman Pernafasan

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

Tafakur (Meditation)

Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.

Penggambaran

Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

Pengurutan (Massage)

Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

Kelegaan otot

Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

Muzik

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

Pengurusan masa

Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.


Amat penting untuk kita menangani stress kita. Kerana mendatangkan banyak keburukan. Cara lain untuk mengawal stress adalah dengan mengambil B complex Shaklee. Entry yang lepas Zaza ada kongsikan. Boleh baca yea bagaimana B complex boleh tangani stress .

Bagi yang berminat boleh dapatkan dari Zaza dengan hubungi Zaza di talian seperti di bawah. Harga vitamin ni adalah mampu milik. Memang berpatutan dan sangat berbaloi-baloi. Nak tahu kenapa? Jom Zaza buat pengiraan.

Sebotol B complex ni ada 120 kapsul dengan Harga RM53.75. B complex hanya perlu diambil sebiji sahaja sehari selepas sarapan. Jadi sebotol B complex ni tahan selama 4 bulan. Sebulan hanya RM13.44 sahaja dan sehari hanya RM0.45 sahaja. Bukan kah berbaloi-baloi.. Jangan tunggu lagi. 

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Thursday, November 20, 2014

Kenapa Sukar Untuk Kurus???

Assalamualaikum...

Ramai pasti bertungkus lumus nak kurus bukan. Macam cara buat. Cuba menu diet itu ini, tapi ada yang berhasil ada yang tak berhasil. Kenapa agaknya ye?



Setiap masalah pasti ada punca kenapa berlakunya masalah tersebut. Jika anda alami masalah sukar untuk kurus, pasti ada punca yang menyebabkan kenapa anda sukar untuk kurus walaupun anda sudah melakukan pelbagai perkara untuk kuruskan badan anda.

Antara punca utama kenapa badan anda sukar untuk kurus adalah saluran darah anda tidak bersih, perut anda kotor dan cecair di dalam badan anda kotor. Apabila ketiga – tiga perkara tersebut kotor, lemak sukar hendak terbakar.

Lemak sukar di bakar kerana aliran darah tidak berjalan dengan baik, udara yang di sedut tidak cukup untuk kegunaan satu badan di mana anda akan rasa lemah dari segi fizikal dan zat yang anda makan tidak berjaya di serap oleh badan kerana tersangkut pada kotoran. Ketiga – tiga keadaan ini menjurus kepada terjadinya kadar metabolisma yang rendah.

Untuk permudahkan urusan anda untuk kuruskan badan, anda perlu bersihkan badan anda dari kotoran. Antara cara untuk bersihkan badan anda dari kotoran adalah


  • Memakan sayur dan buah – buahan pada setiap hari. Fiber yang ada pada sayur dan buah dapat membantu anda untuk bersihkan badan dari kotoran.
  • Minum air secukupnya pada setiap hari. Jangan minum air yang ada perasa seperti air berkarbonat atau air kotak. Amalkan minum hanya air suam.
  • Kunyah hingga lumat sebelum menelan makanan tersebut.
Jadi bagi sesiapa yang nak kurus tu kena la pastikan semua dalam keadaan ok, baru senang nak kurus.

Thursday, November 13, 2014

Rahsia Hebat Membaca Al-Quran

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Yang suri rumah tu pasti sibuk dengan menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari kan. Zaza pun baru je lepas siapkan untuk makan tengah hari. Simple je hari ni, Ayam goreng kicap dengan sayur labu air berlada je. Petang nanti masak lain pulak. Cadang nak buat kari udang dengan kacang buncis. Entry kali ni bukan Zaza nak kongsikan berkaitan resepi ye. Minggu ni dah banyak kut kongsi resepi. Selepas selesai masak Zaza terima mesej dari satu group whatsapp ni. Baca dan teliti serta berfikir Subhanallah satu ilmu yang cukup bermanfaat. Sebelum ni tak pernah terlintas pun di fikiran berkaitan rahsia hebat membaca Al-quran ni. Pasti ramai yang tak sedar akan rahsia ini. Zaman sekarang untuk anak bijak atau genius macam-macam bagi makan. Sebenarnya ada kaedah yang lebih afdal untuk diamalkan seisi keluarga. Zaza kongsikan artikel ini.


~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...

Berdebat sana-sini, berhujah
sana-sini, bagi pendapat sana-sini....

Status tiap hari mesti Islamik-islamik....

Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....

Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.

Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.

Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Subhanallah, sesungguhnya setiap yang Allah turunkan itu mempunyai rahsianya tersendiri dan kebaikkannya. Memang betul-betul menakjubkan. Ada yang baca Al-Quran setiap hari untuk murahkan rezeki, ketenangan dan sebagainya. Marilah kita menjadikan membaca Al-Quran sebagai rutin harian kita. Tak rugi kita amalkan. 

Terima kasih pada yang kongsikan artikel ni di whatsapp Zaza.

Selamat beramal....

Friday, November 07, 2014

Tips Menjadi Pendengar yang Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam kita menjalani kehidupan harian kita tak akan terlepas dari menghadapi masalah, ujian dan dugaan hidup. Saat beginilah kita sangat memerlukan seseorang yang boleh dipercayai untuk kita berkongsi atau bercerita. Kadang-kadang bukan untuk minta pandangan atau jalan dari kawan kita tu, cuma sekadar meluahkan sahaja. Dengan cara begitu akan rasa ringan sikit apa yang di tanggung. Sebagai pendengar tak semestinya orang itu perlu beri pendapat atau jalan penyelesaian. Mendengar dan memberi perhatian penuh sudah cukup membuatkan si pengadu berasa lega. Bagaimana nak jadi seorang pendengar yang baik? Jom tengok tips di bawah.



Tips Menjadi Pendengar Yang Baik

Berikan perhatian sepenuhnya

Apabila seseorang mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan kita di saat itu dan dengar dengan teliti setiap apa yang ingin disampaikannya.

Jangan berikan pendapat


Apabila seseorang meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian.  Contohnya, “Tadi aku nampak seekor kucing kat tepi jalan. Kesian sangat tengok kucing tu.” Jangan pula korang berikan pendapat, “Ala…biarlah kucing tu. Tak ada kena mengena ngan awak pun”. Pendapat sebegitu akan mematikan mood seseorang untuk becerita. Jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

Bertanyakan soalan


Untuk menaikkan lagi mood seseorang itu untuk bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Ini menunjukkan yang korang juga berminat dengan cerita yang disampaikan itu. Ingat tanya soalan yang berkaitan je. Jangan main tukar topik pula.

Berikan sokongan kepadanya 


Sekiranya seseorang yang bercerita itu sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang dia marahkan. Berikan sokongan tapi jangan pula korang menambahkan api kemarahan itu.

Diam dan jangan berkata apa-apa


Sekiranya topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan korang, adalah lebih baik korang berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik korang tahan telinga dulu dan mendengar apa saja yang dia katakan. Biarkan dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. Lepas itu barulah korang cuba menjernihkan keadaan.

Sebagai kawan, kakak, adik, abang atau pasangan atau sesiapa sahaj jadilah pendengar yang baik kerana ini mampu membuatkan mereka yang sedang menghadapi ujian berasa lega sedikit. Semoga dengan info bermanfaat buat semua.

Wednesday, November 05, 2014

Khasiat Kacang Bendi

Assalamualaikum, hai semua. Kacang bendi selalunya kita buat sayur , jadikan rampai dalam kari atau asam pedas. Memang menaikkan selera kan? Bendi ni bukan sekadar sayur sahaja tau. Banyak khasiatnya. Zaza terpanggil untuk kongsikan dengan anda kisah bendi ni kerana petua dari kakak Zaza untuk turunkan bacaan kencing manis ketika hamil. Kata kakak Zaza bendi ni boleh hilangkan kencing manis dan boleh mudahkan proses bersalin jika di amalkan dari awal kehamilan. Betul ke? Jadi Zaza pun cari la dekat en google.

Khasiat Kacang Bendi


  • Membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.
  • Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang
  • Mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.
  • Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul.
  • Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
  • Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
  • Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.
  • Kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.
Tak sangkakan kacang yang kita hanya tahu sebagai sayur mampu merawat pelbagai penyakit. Ianya pula bukan sukar untuk diperolehi. Boleh dapat di mana-mana sahaja kan? Jika anda rajin boleh tanam pokoknya. Sangat mudah hidup. Zaza pernah tanam pokok bendi. Seronok tau masa untuk petik buahnya. Boleh la mencuba ye selepas ini bagi sesiapa yang ada masalah berkaitan.

Tuesday, November 04, 2014

Rahsia Disebalik Janggut Suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Tadi Zaza terbaca berkaitan kelebihan suami mempunyai janggut ni. Zaza kongsikan dengan anda semua.



Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu. Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki
mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. SUBHANALLAH!Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam.

RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI. Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yang berjanggut 2 helai datang ke masjid dan masa mengambil wuduk. Lelaki tersebut memandang Rasulullah. Rasulullah pun senyum kepada lelaki itu. Lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hanya 2 helai didagu. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat." 

Jadi para kaum adam simpan la janggut ye. Ini adalah Sunnah. Ianya juga memberi manfaat kepada kita. 

Friday, October 31, 2014

Kepentingan Bersenam

Senaman penting untuk semua.  Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Mengapa?  Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka dari zaman remaja dan bermulanya menstruasi ke fasa kehamilan, menjadi seorang ibu hinggalah ke tahap menopaus.  Fuh, pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita! Apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa.  Di samping bekerja dan menjaga anak-anak dan rumahtangga, bila pula ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan sendiri?
Berikut adalah 8 sebab mengapa senaman itu begitu penting untuk wanita dan mengapa anda tidak boleh mengabaikannya lagi.


Membantu mengurangkan berat badan

Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru menyapa.  Mahu mengurangkan 5, 10 atau 20 kg.  Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan.  Sekiranya anda telah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak tersebut.  Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat dan mengelakkan pelbagai permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.

Membina kecergasan dan kekuatan tubuh

Sekiranya anda mudah berasa letih dan berasa lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan dan kekuatan tubuh anda. Bayangkan anda dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak anda.  Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di  tepi sebagai penonton?

Menjana tenaga

Anda sudahpun menghadapi hari yang sibuk dan tubuh anda hanya mahu berehat.  Tetapi banyak lagi kerja atau perkara lain yang anda perlu siapkan. Bagaimana? Percaya kah anda, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga dan anda akan berasa lebih hidup!  Ini adalah kerana senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin, hormon-hormon yang memberikan tenaga kepada anda.  Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.

Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara

Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga di mana ahli keluarga anda menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau  penyakit barah, mula lah bersenam kerana ia telah terbukti dapat membantu mencegah permasalahan berikut. Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa sahaja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan yang senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit-penyakit ini pada wanita.

Sebagai penghilang stress

Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan stress?  Bersenam adalah satu outlet yang baik untuk meredakan tekanan yang anda hadapi seharian.  Bila anda bersenam, anda mengeluarkan peluh dan mengeluarkan toksin dari badan anda.  Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo dan senaman aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan stress anda.  Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!

Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda sahaja

Sebagai ibu, isteri dan sekiranya bekerja sepenuh masa, anda akan jarang-jarang mempunyai masa untuk diri sendiri.  Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan.  Pilihlah satu masa untuk diri anda sahaja iaitu ‘Me Time’. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental anda.

Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda

Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda agar mereka juga menjaga kesihatan dari usia yang muda.  Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu merubah tanggapan mereka ini.  Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi talian kekeluargaan anda.

Anda akan berasa dan kelihatan hebat!

Tentunya salah satu sebab yang paling penting di antara semua! Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan anda dari segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran.  Dan ia akan menunjukkan hasil luaran di mana anda akan kelihatan dan berasa hebat sama sekali! Tahap keyakinan anda akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan.  Dan itu sudah pastinya tidak ternilai.