Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semenjak suami lepas jalani pembedahan ni banyak betul yang kena pantang. Zaza pun hari-hari fikir nak masak apa yang suami boleh makan dan ikut selera suami. Pening tau fikir. Selalu masa duk kat dapur tu tengok-tengok bahan-bahan yang ada. Idea akan datang selepas Zaza tidur sekejap sebelum masuk waktu zohor. Kira lelap la dalam 30 minit. Sunnah kan tidur sekejap sebelum Zohor untuk mudahkan kita bangun tahajjud. Dalam cari-cari idea nak masak teringat suami ada beli bendi. So Zaza search resepi bendi yang sesuai untuk dimasak kena dengan pantang suami. Jumpa la Bendi Goreng Telur. Ye la suami Zaza tak boleh makan pedas, ikan bilis tak boleh, kicap tak boleh macam-macam la tak boleh. Kesian tengok.
BAHAN-BAHANNYA
15 biji bendi saiz kontot, cuci dan toskan
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit air, jika perlu (anggaran 1 - 2 camca besar)
Sedikit hirisan cili merah, untuk hiasan
BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
CARA MEMBUATNYA
Hiris serong bendi, kemudian ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 - 3 camca besar). Tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan bendi yang telah dihiris, tambah garam secukup rasa dan masak hingga benda lembut. Tuang telur disekeliling bendi tadi. Biar sekejap hingga kelihatan pekat dan gaul rata-rata bersama bendi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah sebelum dihidangkan panas bersama nasi.
Mudah je kan resepinya. Selamat mencuba
tak pernah cuba lagi ni resepi ni, bendi jarang beli..tapi kali ni nmpk macam best je mesti cuba!
ReplyDeletebendi goreng saje, letak garam pun sedap.. uii. kawankan dengan nasik panas.. hehe
ReplyDeleteBERBALOI KE BELI OMEGA GUARD DARI SHAKLEE??