Monday, November 10, 2014

Releks Santai

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Entry kali ni Zaza nak kongsikan dengan anda semua aktiviti Zaza petang semalam. Hari ahad 9/11/2014. Memang tak rancang nak buat semua ni. Apa yang Zaza buat?

Lebih kurang dalam 4.30 petang macam tu terasa nak makan buah pelam (mangga) di cicah dengan kuah rojak yang kakak ipar Zaza buat. So apa lagi ajak anak saudara bedal buah pelam di pokok depan rumah mak mertua. Punya la liat nak jatuh buah tu. Puas kami bedal. Akhirnya anak saudara offer kan diri nak panjat. Risau juga mau jatuh anak orang jenuh menjawab. Tapi dia nak juga so apa lagi panjat la. Ikut hati Zaza pun nak panjat , ingatkan status diri isteri orang. So tak jadi la. Hasil usaha keras dapat la lebih kurang 7 biji. Jadi la. Apa lagi masuk dalam rumah potong-potong masa tu juga habis 3 biji untuk kami dua je. Masa menyicah tu timbul idea nak jalan-jalan ngan anak saudara ni. 

Duk fikir nak jalan mana? Nak naik kereta nanti tak keluar peluh. Jadi Zaza cakap pada anak saudara jom kita jalan-jalan kat belakang rumah. Rumah kampung, belakang ada tali air dan sawah padi. So kami pun jalan-jalan tengok-tengok sawah padi menghijau. Rasa releks je bila pandang kehijauan sawah padi. Ada tuan empunya sawah tengah meracun. Memang tenang la. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jalan punya jalan sampai la kami ke taman perumahan. Nampak ada taman permainan. Apalagi anak saudara cakap nak naik buai. So kami pun ke sana dan naik buai. Dengan Zaza sekali join. Jik orang tengok Zaza naik orang tak marah. Sebab mesti orang kata ala budak ni darjah 6 ni. Hehe. Sebab Zaza ni rendah je orangnya. Nampak comel. 

Sedar tak sedar, borak-borak dah pukul 6 lebih. Kena la balik. Nanti orang kat rumah mencari pula. Siapa pun tak tahu kami keluar berdua. Memang best la keluar jalan-jalan walaupun tak jauh. Boleh la dikatankan bersenam jugak. Keluar peluh jugak sambil-sambil melihat pemandangan indah. Memang betul-betul mententeramkan jiwa.

Siapa-siapa yang nak rasa suasana tu datang la kat Tanah Kebun, Parit Buntar. Pasti tertawan. Zaza kongsikan beberapa gambar yang sempat Zaza ambil semalam.


No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.