Showing posts with label Kelebihan Surah. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Surah. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Rahsia Ummul Kitab

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua. Kali ini Zaza nak kongsikan dengan anda rahsia di sebalik Surah Al-Fatihah. Ya.. pasti semua tahukan surah ni. Surah wajib di baca dalam solat. Setiap hari kita bacanya. Tapi tahukah kita rahsia disebaliknya. Jom kita selami dan hayati rahsianya.


RAHSIA SURAH AL-FATIHAH

  • Baca Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur . Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu. Begitu juga bagi suami.
  • Baca Al-Fatihah 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman .
  • Baca 7 Al-Fatihah kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur Kepada orang berpenyakit mental.
  • Baca Al-Fatihah 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit- Sakit yang keterlaluan.
  • Baca Al-Fatihah 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.
  • Baca Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Harus diingat ye semua, setiap bacalah dalam keadaan khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan niat yang baik, Insyaallah ianya adalah penawar yang baik buat kita semua. Segalanya dengan izin-NYA. Selamat beramal.

Friday, September 19, 2014

Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam jumaat semua. Di hari penghulu segala hari ini kita di galakkan memperbanyakkan doa, zikir dan menambahkan amalan-amalan sunat. Banyak kelebihan pada hari jumaat ni. Antaranya adalah membaca surah Al-Kahfi bermula tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Apa kelebihannya?? Jom kita tengok

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Banyakkan kelebihannya. Jom sama-sama kita amalkannya. 

Wednesday, September 17, 2014

Jom Amalkan Surah Al-insyirah

Assalamualaikum..


Hai semua. Semoga semuanya di dalam rahmat dan lindunganNYA. Entry kali ini Zaza nak share kelebihan Surah Al-Insyirah atau lebih dikenali sebagai "Alam Nashroh". Kenapa Zaza tiba-tiba nak share berkaitan surah ni?? Sebab Zaza suka baca surah ni. Jadi Zaza search apa kelebihan surah ini.




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Rahsia Surah Al-Insyirah

  1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
  2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 
  3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 
  4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 
  5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
  6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 
  7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 
  8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 
Banyakkan Rahsia surah ni. Jom kita sama-sama amalkannya. Tak rugi kita amalkan ayat-ayat suci al-Quran. Renung-renungkan dan selamat beramal.