Sunday, November 02, 2014

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua. Hari ni Zaza tak tahu nak masak apa. Sebab suami Zaza kena pantang. Tak boleh makan benda yang di peram, belacan, cencalok dan seangkatan dengannya, siput, kicap pun tak boleh. Macam-macam lagi la. Ikut kata doktor jangan ubah sifat makanan. Ianya tak elok. Kita kan selalu kata bagus susu yang rendah lemak di pasaran. Rupanya ianya juga bukan elok sangat. Takut pulak Zaza dengar. Zaza selalu ambil susu yang low fat. Doktor kata jika ambil yang berlemak kurangkan jumlah pengambilannya. Jika boleh ambil yang asli. Zaza ambil ESP saja la macam tu. Dah tentu non GMO kan. Asli. Minuman 3 in 1 juga bahaya kerana bahan kimia yang di gunakan tidak dapat di tapis. Sungguh menakutkan. Zaza masa kerja sebelum ni memang selalu ambil 3 in 1 ni sebab cepat kan. Buat kat pejabat je. Jadi moral of the story bagi yang masih bekerja jangan ambil jalan mudah. Patut la hari ini bermacam-macam penyakit timbul. Semuanya akibat pemakanan. Panjang intro hari ni. Padahal nak citer resepi je. Just share info dari doktor yang rawat suami Zaza. Jom kita tengok resepinya.


Bahan-bahannya:

  • 3 ekor Ikan kembung
  • 2 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • Garam
  • Gula (untuk seimbangkan rasa)
  • 3 mangkuk air

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili merah dan kunyit hidup (jangan terlalu hancur)
  2. Mayangkan bawang merah dan bawang putih
  3. Ketuk 2 batang serai
  4. Basuh asam keping
  5. Masukkan air , cili dan kunyit yang di tumbuk, bawang merah dan bawang putih yang di mayang, serai dan asam keping
  6. Rebus kesemuanya hingga mendidih dua kali
  7. Masukkan ikan kembung dan biarkan mendidih dengan api perlahan supaya ikan tak hancur
  8. Masukkan garam secukup rasa dan 1/4 sudu gula.
  9. Biarkan ianya mendidih buat seketika.
  10. Siap untuk di hidang.


Pindang ni jika tak berapa sihat, demam ke memang sedap la makan sebab ada rasa masam-masam sikit kan. Ianya juga bagus untuk yang berdiet sebab rebus je. Tak guna minyak. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. tq resepi kak...masak cmni kne bnyak kuah...hirup..mmg terangkat..

    ReplyDelete

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.