Showing posts with label Doa Untuk Dapatkan Zuriat. Show all posts
Showing posts with label Doa Untuk Dapatkan Zuriat. Show all posts

Tuesday, September 09, 2014

Doa Untuk Dapatkan Zuriat

Assalamualaikum...

Hai semua, semoga semua sihat sejahtera dan dirahmati olehNYA. Semalam Zaza tengah-tengah search kat pak cik google, ternampak la Doa Nabi Zakaria. Apa doanya ye??

Bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat, dah ambil supleemen dah semua dah, jangan lupa ye berdoa pada yang Maha Esa. Sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi dengan izinNYA. Usaha tanpa doa adalah sia-sia.

Nabi Zakaria a.s memohon dikurniakan anak ketika usia baginda 100 tahun. Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". Berikut doa Nabi Zakaria : 


Surah Ai Imran 3:38

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.


Surah Al-Anbiya:21:89

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”


Amalkanlah doa-doa ini dengan ikhlas dan mohonlah padaNYA yang Maha Esa. Sesungguhnya DIA maha mendengar rintihan hati hambanya.