Assalamualaikum...
Petang tadi Zaza dan kakak ipar buat kuih seri muka pandan. Zaza cuma tolong sikit-sikit je. Tolong kacau je. Jom tengok resepinya
Resepi Seri Muka
Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah
400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah
- Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
- Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14)
- Sapukan minyak di sekeliling loyang.
- Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
- Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
- Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
- Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
- Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
- Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
- Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.
Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas
- 2 cawan santan pekat
- 150 mL air + 4 helai daun pandan
- (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung
- 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
- 1 biji telur ayam
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau
Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
- Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
- Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
- Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
- Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
- Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
- Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
- Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
- Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
- Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
- Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.
Selamat mencuba
wow..sedapnyeee..
ReplyDeleteCARA NAK MENGELAKKAN LETIH DAN LESU BADAN