Sunday, November 16, 2014

Teluk Senangin

Assalamualaikum...

Tanggal 10 Mei 2014 yang lepas suami Zaza membawa bercuti di Teluk Senangin. Ni kejutan dari suami. Pagi tu dia pergi kerja, balik je terus suruh pack baju untuk pergi jalan-jalan katanya. Ikut je la kan. Sebab 11 Mei 2014 tu ualang tahun kelahiran Zaza. Suami memang suka jalan-jalan. Merata juga dia bawa, katanya nak ke lumut. Singgah di merata-rata. Last sekali berkenan nak stay dekat Teluk Senangin. Tak ingat pulak nama chalet tu.

Kedudukan chalet ni mengadap laut. Memang rezeki kami agaknya dapat bilik tu. Sebab orang yang booking tu cancel. Jika tak jangan harap nak dapat bilik betul-betul ngadap laut. Selesai check in je, apa lagi terus je mandi laut. Seronok sangat walaupun berdua. Sampai hujan pun tak nak naik. hehe... Petang tu kami ronda-ronda kawasan sekitar dengan basikal. Memang Zaza dan suami ada basikal seorang satu. Basikal lipat yang boleh di bawa kemana sahaja.

Sebelah malam pun kami naik basikal juga. Bebekal kan lampu suluh. Seronok tau. Selalu Zaza tengok mat saleh ngan minah saleh je selalu sewa basikal. Ni Zaza sendiri pula yang merasa. Suami Zaza punya pemikiran lain sikit. Sebab dia banyak merantau dan pernah tinggal di luar negara. Jadi caranya juga lain. Apa pun Zaza sangat seronok dapat bercuti di sana walaupun segalanya sederhana. 

Malam juga suami nak memancing. Sampai pukul 1 pagi dia memancing. Zaza ikut je. Tolong menyibuk. Esok pagi-paginya sekali lagi mandi laut dengan aktiviti memancing. Geram tengok ikan datang main-main dekat dengan kita. Umpan makan tapi tak lekat pada mata kail. 

Di sini Zaza kongsikan beberapa view dekat area chalet Zaza tinggal. Memang best la. So bagi yang kekeringan idea untuk bercuti boleh la bercuti di sini. Jika berkumpulan lagi seronok. Boleh panggang memanggang.


No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.