Friday, October 31, 2014

Kepentingan Bersenam

Senaman penting untuk semua.  Lebih-lebih lagi untuk kaum wanita. Mengapa?  Kaum wanita melalui pelbagai fasa dan perubahan fizikal dalam kehidupan mereka dari zaman remaja dan bermulanya menstruasi ke fasa kehamilan, menjadi seorang ibu hinggalah ke tahap menopaus.  Fuh, pelbagai dugaan dihadapi oleh wanita! Apatah lagi bagi mereka yang juga bertugas sepenuh masa.  Di samping bekerja dan menjaga anak-anak dan rumahtangga, bila pula ada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan sendiri?
Berikut adalah 8 sebab mengapa senaman itu begitu penting untuk wanita dan mengapa anda tidak boleh mengabaikannya lagi.


Membantu mengurangkan berat badan

Ia adalah azam kebanyakan wanita di kala tahun baru menyapa.  Mahu mengurangkan 5, 10 atau 20 kg.  Senaman adalah satu aspek yang penting bagi mereka yang mahu mengurangkan berat badan.  Sekiranya anda telah memulakan pelan pemakanan yang sihat dan seimbang, senaman akan membantu dan mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan dan pembakaran lemak tersebut.  Dengan mengurangkan berat badan, anda akan mempunyai tubuh yang lebih sihat dan mengelakkan pelbagai permasalahan yang mungkin dihadapi sekiranya mempunyai berat badan yang tinggi atau obes.

Membina kecergasan dan kekuatan tubuh

Sekiranya anda mudah berasa letih dan berasa lemah untuk mengerjakan aktiviti fizikal tertentu, senaman akan membantu membina kecergasan dan kekuatan tubuh anda. Bayangkan anda dapat mengikuti aktiviti sukan syarikat anda dengan penuh bertenaga atau boleh bermain dan berkejaran dengan anak-anak anda.  Bukankah itu lebih baik daripada hanya duduk di  tepi sebagai penonton?

Menjana tenaga

Anda sudahpun menghadapi hari yang sibuk dan tubuh anda hanya mahu berehat.  Tetapi banyak lagi kerja atau perkara lain yang anda perlu siapkan. Bagaimana? Percaya kah anda, senaman yang anda rasakan mungkin lebih meletihkan dan menyambar tenaga anda sebenarnya akan menjana lebih tenaga dan anda akan berasa lebih hidup!  Ini adalah kerana senaman itu menghasilkan endorfin dan adrenalin, hormon-hormon yang memberikan tenaga kepada anda.  Meskipun begitu, jangan bersenam terlalu lewat pada waktu malam. Anda mungkin terlebih tenaga dan sukar untuk tidur pula.

Membantu menjaga kesihatan jantung, mencegah osteoporosis dan barah payudara

Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga di mana ahli keluarga anda menghadapi masalah jantung, osteoporosis atau  penyakit barah, mula lah bersenam kerana ia telah terbukti dapat membantu mencegah permasalahan berikut. Osteoporosis dan barah payudara khususnya adalah penyakit yang kritikal kepada wanita. Apa sahaja yang anda dapat lakukan untuk membantu mencegahnya adalah satu langkah yang baik. Statistik menunjukkan yang senaman memang membantu merendahkan risiko penyakit-penyakit ini pada wanita.

Sebagai penghilang stress

Dengan seribu satu perkara yang perlu dihadapi dan disiapkan setiap hari, siapa yang tidak akan stress?  Bersenam adalah satu outlet yang baik untuk meredakan tekanan yang anda hadapi seharian.  Bila anda bersenam, anda mengeluarkan peluh dan mengeluarkan toksin dari badan anda.  Senaman seperti kickboxing, seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo dan senaman aerobik dan menari memang bagus untuk melepaskan stress anda.  Malah, ia sebenarnya menyeronokkan!

Sebagai aktiviti tambahan untuk diri anda sahaja

Sebagai ibu, isteri dan sekiranya bekerja sepenuh masa, anda akan jarang-jarang mempunyai masa untuk diri sendiri.  Keluarga, anak-anak dan tugas pejabat sentiasa didahulukan.  Pilihlah satu masa untuk diri anda sahaja iaitu ‘Me Time’. Lebih baik sekiranya anda isi dengan senaman yang menyeronokkan dan membantu menyeimbangkan kesihatan fizikal dan mental anda.

Satu contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda

Bersenam menetapkan contoh yang baik untuk keluarga dan anak-anak anda agar mereka juga menjaga kesihatan dari usia yang muda.  Ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak menggemari subjek pendidikan jasmani di sekolah dan anda boleh membantu merubah tanggapan mereka ini.  Bersenam sebenarnya boleh menjadi aktiviti mingguan keluarga yang menyeronokkan dan mengukuhkan lagi talian kekeluargaan anda.

Anda akan berasa dan kelihatan hebat!

Tentunya salah satu sebab yang paling penting di antara semua! Apabila anda bersenam, anda menjaga kesihatan anda dari segi fizikal dan mental, dalaman dan luaran.  Dan ia akan menunjukkan hasil luaran di mana anda akan kelihatan dan berasa hebat sama sekali! Tahap keyakinan anda akan meningkat dan ini mampu merubah tanggapan anda terhadap kehidupan.  Dan itu sudah pastinya tidak ternilai.

Kanser Payudara Sembuh Dengan Vivix

PEMBUNUH UTAMA WANITA

Itu lah ungkapan sesuai untuk barah payudara. Dianggarkan 95 peratus daripada kes kanser payudara dihidapi oleh golongan wanita. Angka ini jelas menunjukkan ia sebagai kanser utama yang amat ditakuti kaum hawa. Walaupun kajian berpendapat kanser payudara berisiko tinggi terhadap faktor genetik seseorang, namun ia bukanlah ramalan yang tepat kerana ada juga pesakit kanser ini tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidapinya.

Antara faktor lain yang berisiko menghidap kanser ini termasuk:-

  • Umur
  • Jumlah anak
  • Putus haid
  • Kesan radiasi
  • Saiz tubuh
Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko menghidap kanser ini. Begitu juga kepada wanita yang sedang mengalami proses putus haid atau menopous di usia 55 tahun ke atas. Kebarangkalian mereka di serang kanser ini meningkat 2 hingga 3 kali ganda.

Ini kerana ia berkait rapat dengan fasa kesuburan dan pendedahan kepada pengaruh hormon estrogen. Bagaimanapun, wanita bawah usia 55 tahun perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana mereka juga terdedah kepada risiko kanser nombor satu ini.

Turut diperkatakan ialah wanita yang tidak pernah hamil selepas usia 30 tahun. Golongan ini berisiko tinggi menghidap kanser payudara. Begitu juga terhadap wanita yang memiliki tubuh badan yang gemuk terutama selepas putus haid. Lebihan lemak dalam badan mereka mempunyai paras estrogen yang tinggi.

Penghidap kanser payudara akan mengalami perubahan berikut:-

  • Perubahan saiz dan bentuk payudara yang mempunyai ketulan
  • Ruam di kawasan puting payudara, cecair keluar daripada puting serta keadaan puting yang tertarik ke dalam. Keadaan barah lebih teruk apabila puting berdarah.
  • Ketulan atau bengkak di bahagian bawah lengan.

Kanser payudara juga boleh dikategorikan kepada 4 tahap.


TAHAP 1
Pada peringkat awal ini, ketumbuhan barah hanya sebesar 2cm atau kurang. Sasaran serangan pula terhad di kawasan payudara sahaja.

TAHAP 2
Tumbesaran barah meningkat ke 2cm dan 5cm. Dalam peringkat ini, sasaran mula meluas ke bahagian bawah ketiak atau nodus limfa.

TAHAP 3
Mula merebak ke kawasan kulit dan otot-otot bahagian dada.

TAHAP 4
Sel-sel barah terus menjalar ke organ-organ yang lebih jauh daripada kawasan payudara. Antaranya di nodus limfa leher, paru-paru dan tulang.

Sekiranya penghidap tidak diserang kembali kanser terbabit dalam tempoh 5 tahun, ia menunjukkan tanda penyembuhan kepada kanser payudara. Pesakit yang menghidap kanser ini pada tahap 1 mempunyai 80 peratus kadar sembuhan, 50 – 75 peratus di tahap kedua, 30 – 40 peratus di tahap ketiga sementara hanya 10 peratus sahaja kadar sembuhan di tahap keempat.

Di sinilah Vivix berperanan besar dalam memperbaiki semula sel-sel sihat. Pembaikan itu berlaku sehingga ke tahap selular DNA tau. Mana DNA yang rosak Vivix bantu sihatkan malah menambah tempoh hayat DNA (DNA pun ada hayat ye). Bila kita sakit tak kira la sakit apa, banyak DNA kita rosak dan mati.


Hubungi saya Di 019-2501105

Thursday, October 30, 2014

Resepi Nasi Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tadi tengah hari Zaza lunch nasi ayam. Teringat pula tahun lepas pertama kali Zaza masak nasi ayam untuk keluarga datang ke rumah. 2 ekor ayam dan masak sorang-sorang. Memang seronok bila hidangan habis. Zaza kongsikan resepinya


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  • Cara untuk memasak sup:
  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  • Cara untuk memasak sos:
  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Mealshake untuk Anak

MANA NAK?
laburkan duit tiap2 bulan gi klinik, tengok anak nangis-nagis  makan ubat, anak tak nak, tapi kita paksa gak lepas tu anak tidur je sepanjang hari..kenapa tidur?.. sebab ubat tu ada steroid...tidur sebab steroid..kesian tauuu...

Bayangkan plak tiap2 bulan anak jatuh sakit, macam mane berat badan nak naik, selera makan asyik terbantut jer.

Tambah plak anak2 kita ni tengah seronok bermain mereka tak peduli soal kebersihan dah. tak sedar tangan kotor masuk mulut. anak2 tak kisah dah kawan2 lain selsema atau batuk yg dia tahu main jer...tau-tau lps 2 hari dah demam sebab berjangkit. Mak ayah pun terpaksa lah ambil cuti jaga anak. Kan best kalau cuti tu kita dapat jimatkan bawak anak pegi bercuti, buat aktiviti bersama dengan anak-anak. Anak-anak pun seronok, kurang stress, dan tak bosan..yer dakkk??


Nak elak masalah2 di atas??..meh pakat bagi mutivitamin Meal Shake kat anak..

Meal Shake adalah multivitamin yang menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral, nutrisi lengkap untuk tumbesaran anak-anak.

Apa kelebihannya lagi?

# Kurangkan Ekzema
# Untuk Tumbesaran
# Untuk Perkembangan Minda
# Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
# Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
# Untuk Anak kekal aktif
# Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
# Meningkatkan berat badan anak
# Membantu anak fokus
# Membantu kurangkan kekerapan asthma
# Mengatasi masalah sembelit pada anak
# Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
# Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
# Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Meal Shake sesuai untuk kanak-kanak sahaja ke??

Jawapannya TIDAK...Meal Shake sesuai untuk semua golongan;

# Bagi mereka yang nak naikkan berat badan.
# Ibu hamil terutama yang alami 'morning sickness'
# Ibu menyusu
# Mereka yang tidak sempat mengambil sarapan pagi juga sesuai dibuat sahur kerana membekalkan nutrisi lengkap dalam diet seharian.


Berminat?? Boleh hubungi saya dengan cara di bawah.

===========
CARA ORDER:
===========
Call/Sms/Whatsapp 019-2501105

Wednesday, October 29, 2014

Cara Berdepan dengan Ujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam hendaknya. Dalam kehidupan seharian kita tak kan terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan dalam kehidupan. Sehinggakan bagi mereka yang tak sabar boleh bertindak apa sahaja. Jadi kita perlu pandai menanganinya dengan bijak dan rasional. Jangan gunakan emosi yang akan memudaratkan diri sendiri. Mungkin ada yang kata bercakap memang mudah. Yang hadapinya tu hanya Allah yang tahu. Betul la kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi kita perlu redha dengan ujian dan dugaan yang diberikan. Zaza kongsikan bagaimana untuk berdepan dengan ujian dan dugaan hidup.


IMAN DAN REDHA TERHADAP KETENTUAN (QADHA') ALLAH

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz. Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha).

Oleh sebab itu, adalah tidak benar jika ada orang berkata, "gempa bumi itu terjadi kerana ada roh yang sedang marah". Sebaliknya, bencana itu berlaku kerana ia adalah ketentuan daripada Allah SWT dan bukannya ketentuan daripada sesiapa yang lain.

Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau marah kepada Allah SWT misalnya dengan berkata, "Ya Allah, mengapa harus aku? Apakah dosaku ya Allah?". Sikap yang sedemikian adalah sangat biadap.

SABAR MENGHADAPI MUSIBAH

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan Kalimat Istirja' Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun ketika berlaku musibah.

Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na'uzubillahi min zalik.

Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36)

MENGETAHUI HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa. Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga.

TETAP TERUS BERIKHTIAR

Maksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita.
Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya, "Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?". Lalu Umar menjawab, "Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya.

MEMPERBANYAKKAN BERDOA DAN BERZIKIR

Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas. Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal ‘azhim". 

BERTAUBAT

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat.

3 Rukun dalam melakukan Taubat Nasuha

  • Menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. 
  • Berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. 
  • Berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. 

Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

TETAP ISTIQAMAH DENGAN ISLAM

Dalam setiap musibah yang berlaku, akan wujud pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan niat yang jahat. Contohnya perbuatan kotor berbentuk keagamaan seperti kristianisasi. Cara-cara yang dilakukan adalah dengan memberikan bantuan logistik, perubatan, wang, rumah dan sebagainya.

Ketahuilah bahawa semua itu tidak diberikan dengan tulus melainkan terdapat niat yang keji disebaliknya. Niat orang-orang kafir itu adalah bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menjadi penganut agama Kristian sebagai balasan atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Na`uzu billahi min dzalik.

Di sinilah seseorang Muslim itu dituntut untuk terus bersikap istiqamah, iaitu konsisten di atas satu jalan dengan mengamalkan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan larangan-larangan (mulazamah al-thariq bi fi'li al-wajibat wa tarki al-manhiyyat).

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam.

PEDOMAN MENGHADAPI MUSIBAH DAN DUGAAN HIDUP

Dugaan, Ujian dan Musibah. Inilah antara keluhan yang sering diungkapkan oleh manusia apabila diduga dengan ujian, mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah s.w.t apabila di timpa satu kesusahan atau musibah. Adakah sesuatu musibah merupakan penyeksaan atau kemurkaan dari Allah? persoalan sebegini pasti bermain dalam fikiran kita termasuk diri saya sendiri.

Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan ke satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

Semoga dengan perkonsian ini dapat membantu kita menghadapi ujian dan dugaan dariNYA. Sesungguhnya DIA tidak membebankan hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA. Setiap ujian dan dugaan Allah tahu hambaNYA mampu hadapinya.

Cara Merawat Batu Karang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Selamat pagi, hari ni awal update entry sebab Zaza menemani suami di hospital untuk operate akibat batu karang. Jadi entry kali ini Zaza nak share berkaitan cara merawat batu karang. Ada tips dan juga ada set batu karang Shaklee.

Cara merawat batu karang

Batu karang boleh dirawat andai kita sedari penyakit batu karang ada dari awal lagi. Tetapi, amalan cara hidup yang sihat  adalah salah satu langkah awal bagi mengelakkan penyakit batu karang. 

Antara cara untuk elakkan batu karang adalah:

  • Minum air kosong dengan banyak. air yang cukup dapat mencuci buah pinggang, ginjal dan dapat kurangkan kepekatan bahan-bahan penyebab batu karang.
  • Makan ubat yang disarankan doktor. Ubat yang diberikan akan mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing apabial kita membuang air kecil. So, DON'T SKIP MEDICINE!!! (kalau nak baik laa kan)
  • Makan vitamin B6 dan potassium UNTUK ELAKKAN batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh boleh mengelakkan bentuknya batu karang.
  • Banyakkan makanan berserat.
  • Operation or laser treatment, (Rawatan hospital)
  • Pengambilan supplement juga adalah sebagai salah satu alternatif untuk melengkapkan kekurangan nutrisi bagi mengelakkan batu karang terjadi


Anda boleh memilih SET BATU KARANG SHAKLEE, sebagai diet supplement anda setiap hari.



Vitamin C Shaklee bertindak untuk mengasidkan urin kita iaitu air kencing. Kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang. 

Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium iaitu mengurang oxalate yang terdapat makanan kita makan setiap hari.

B compleks Shaklee mengandungi B6 iaitu penyakit batu karang disebabkan kekurangan vitamin B6 dan bantu menurunkan oxalate (garam mineral). 

Alfalfa Shaklee mengurangkan inflamasi ataupun keradangan dan infeksi.

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Bagi yang berminat untuk mendapatkan set ini boleh hubungi Zaza. Konsultansi adalah percuma dan pastinya terbaik.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Tuesday, October 28, 2014

Pesamah Daging

Assalamualaikum. Hai semua. Entry kali ni Zaza nak share resepi pesamah Daging. Pernah dengar tak? Suami Zaza pun tak tahu pesamah ni. Lain tempat lain kut namanya. Selalunya jika kenduri di kampung Zaza memang terkenal la pesamah ni. Menu utama dalam majlis tu. Jom kita tengok resepinya.


Bahan-bahan:

300 gm daging - bersihkan dan potong
5 tangkai cili kering*
5 tangaki cili merah*
* - dikisar
1 batang serai+
3 cm halia+
3 ulas bawang putih+
2 ulas bawang besar+
+ - dikisar
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1/2 bungkus rempah kari daging
1 cawan pati santan
1/2 cawan kerisik - ditumbuk
Sedikit rempah tumis (1 1/2 cm kulit kayu manis, 3 kelopak bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga)
Garam dan minyak secukupnya

Cara Menyediakan:


  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar* dan rempah tumis hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan air, tutup periuk supaya daging empuk.
  3. Masukkan bahan kisar+ diikuti rempah daging, pati santan kerisik, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  4. Biarkan hingga kuah pekat dan daging kelihatan bersalut.
Selamat mencuba yea.

Anda Alami Tekanan Darah Rendah???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Zaza nak kongsikan berkaitan tekanan darah rendah. Sebenarnya tekanan darah rendah ni lebih bahaya dari darah tinggi. Ianya juga sukar untuk di ubati. 



Hipotensi adalah berlawanan dengan hipertensi iaitu penyakit tekanan darah tinggi. Namun itu tidak bermakna hipotensi tidak membahayakan. Oleh itu penting untuk mengatasi tekanan darah rendah.

Hipotensi ialah keadaan dimana tekanan darah adalah lebih rendah iaitu dengan bacaan sistolik dibawah 90mmHg dan diastolik dibawah 60mmHg. Tekanan darah rendah yang teruk boleh menyebabkan otak dan organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi dan menyebabkan simptom tekanan darah rendah.

Simptom tekanan darah rendah

  • Mudah penat
  • Mudah pitam
  • Pening ketika mengubah posisi tubuh
  • Mata berkunang-kunang
  • Pening
  • Mual
  • Sukar untuk fokus
  • Kulit berasa dingin dan kelihatan pucat
  • Pernafasan pendek dan cepat

Penyebab tekanan darah rendah 


  • Kekurangan volum darah - darah mengalir tanpa kawalan akibat kemalangan atau pembedahan
  • Dehidrasi - kekurangan cecair dalam tubuh akibat muntah yang teruk, cirit-birit atau demam denggi
  • Masalah jantung - kadar denyutan yang terlalu rendah atau cepat atau otot-otot jantung yang lemah
  • Kehamilan 
  • Kekurangan vitamin B12 dan asid folik


Tekanan darah rendah tidak mempunyai rawatan khusus. Mereka yang mengalami simptom-simptomnya perlu berjaga-jaga dan menjaga keseimbangan nutrisi selain memperbanyakkan minum air dan melakukan senaman.

Suplemen Shaklee ada untuk membantu menstabilkan tekanan darah rendah ini iaitu dengan Vitalea dan B Complex.



Vita Lea- Mengandungi zat besi yang membantu pembentukkan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

Vitamin B Complex- meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B Complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Bagi yang berminat untuk dapatkan set tekanan darah rendah ini boleh hubungi Zaza. Konsultansi terbaik akan di berikan.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Monday, October 27, 2014

Hukum Tidur Selepas Subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramaikan yang suka tidur selepas subuh. Tambah-tambah bila hari cuti. Sebenarnya tidur lepas subuh ni tak baik. Ada beberapa waktu yang tak elok kita tidur. Kenapa? Pasti ianya bersebab. Jadi di sini Zaza kongsikan dengan anda semua Hukum tidur selepas subuh.


Sabda Nabi SAW, Maksudnya:

Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

WALLAHUA’LAM BISSAWAB... Semoga kita semua di dalam lindungan dan rahmatNYA.

Keputihan dan Alfalfa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari isnin ni pasti semua sibuk dengan tugasan harian. Bagi suri-suri rumah nak mengemas rumah sebab hujung minggu semua anak-anak , saudara mara berkunjung ke rumah dan mungkin ada majlis kenduri di rumah. Jadi hari ni la hari yang nak kemaskan semua. Entry kali ni Zaza nak kongsikan berkaitan keputihan. Kenapa ianya terjadi? Siapa golongan yang berisiko? Kesan keputihan. Macam mana nak atasi keputihan.

Apa itu keputihan?

Keputihan, juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus di kalangan pakar perubatan merupakan cecair yang keluar dari vagina yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan wanita. Keputihan bukan saja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin atau hamil, malah turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah rendah.

Golongan Yang Berisiko

Dianggarkan sebanyak 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti. Manakala 80 peratus wanita hamil berisiko mengalami keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan mudah dijangkiti kulat.

Jenis Keputihan

Terdapat dua jenis keputihan, iaitu normal dan abnormal. 

Keputihan normal terjadi 14 hari sebelum haid, iaitu waktu kesuburan seorang wanita. Ia tidak berwarna (jernih), tidak mendatangkan kegatalan dan tidak berbau. Keputihan yang normal ini juga dipanggil cecair ovulasi dan menjadi petanda kesuburan seseorang wanita.

Keputihan abnormal adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa berhubungan seksual, berwarna putih dan likat. Adakalanya keputihan berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

Punca Keputihan Abnormal

Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap, menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian dan sekiranya merebak akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Kuman - kuman bakteria jenis E-coli adalah bakteria yang sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan. Kuman Trichomonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai gatal-gatal dan berbau busuk. Selain itu, bakteria Gonorrhea dan Siplis juga kuman yang merbahaya.
Kulat - kulat Monilia atau Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau menghidap kencing manis.
Virus - virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.

Rawatan

Keputihan jenis abnormal seharusnya diberi perhatian dan penjagaan rapi kerana kulat yang menyerang boleh merebak dan seterusnya menyerang organ-organ penting yang lain. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor pakar bagi merawat keputihan jenis ini.

Pengambilan supplement juga amat digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan dan merawat sebelum keputihan menjadi lebih serius.. Selain itu penggunaan suplemen juga boleh membantu. Anda boleh mencuba Alfalfa Complex Shaklee yang telah banyak membantu wanita menangani masalah keputihan. 


Bagaimana Alfalfa bantu rawat keputhan?

Alfalfa Complex merupakan raja tumbuhan yang kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat. Pengambilan pertama kali mungkin anda akan dapati keputihan akan keluar lebih banyak dari sebelumnya. Jangan bimbang dan teruskan pengambilan sehingga ia berkurangan

Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza. Konsultansi percuma di berikan.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Sunday, October 26, 2014

Khasiat VIVIX Shaklee

VIVIX tonik ajaib dengan  1001 kebaikan. Vivix Shaklee adalah antara makanan tambahan terbaik dari Shaklee. Menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dan juga untuk awet muda.Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 


   
Memperbaiki DNA. 
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, 
bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. 
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. 

Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. 
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar.
Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Antara Khasiat VIVIX adalah:

  • Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan. Sangat sesuai untuk mereka yang sukar untuk menelan pil.
  • Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk shaklee boleh hubungi saya di talian 019-2501105

Kari Kubis bersama udang


Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua. Di hujung-hujung minggu pasti berfikir-fikir nak masak apa untuk keluarga. Maklum la hari minggu je masa bersama keluarga yang panjang. Jika hari-hari masak memang tak tahu nak masak apa. Jadi buntu kan. So hari ni Zaza nak kongsikan satu resepi yang diperkenalkan oleh suami Zaza. Suami Zaza ni suka masak. So mula-mula dengar resepi ni agak pelik sebab tak pernah makan. Tapi Zaza cuba juga. Resepinya adalah Kari Kubis bersama udang.


Bahan-bahanya

  • 1/2 kg Udang
  • Sebiji Kubis
  • Santan (satu biji kelapa)
  • Serbuk Kari Ikan
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Daun kari
  • Garam
  • Minyak

Cara-caranya

  1. Basuh dan toskan udang dan potong kubis jangan terlalu besar jangan kecil sangat.
  2. Potong bawang merah dan putih
  3. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sehingga sebati.
  4. Masukkan minyak masak lebih kurang 1 senduk ke dalam periuk, setelah panas tumis bawang yang di mayang tadi dan daun kari. Tunggu sehingga naik bau.
  5. Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi. Kacau supaya ianya tidak hangit dan biarkan sehingga pecah minyak menandakan rempa telah masak.
  6. Masukkan santan biarkan mendidih dan masukkan kubis yang telah dipotong tadi.
  7. Setelah mendidih masukkan udang kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih perlahan-lahan dengan api kecil.
  8. Siap untuk dihidang.Memang sedap gulai kubis ni. 
Manis je dan kubisnya masih terasa segar dan rapuh. Cuba la. Pasti anda akan ulanginya lagi. Selamat mencuba.

Saturday, October 25, 2014

Zikir Membersihkan Hati

Assalamualaikum dan salam tahun baru 1436 hijrah. Di tahun baru ini dengan buku amalan kita yang baru mari kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan. Sebagai hambaNYA kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan. Hati kita tak siapa tahu isinya. Hanya Allah yang mengetahui isi hati kita. Kadang kita macam baik tapi dalam hati hanya Allah tahu. Dalam pencarian Zaza untuk membersihkan hati dan jiwa, terjumpa zikir bagi membersihkan hati. Nampak mudah zikir tu tapi untuk istiqamah kita perlu kuat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Kita ni banyak kekangan sangat yang buatkan jika kita tak mampu menepisnya akan menjadi alasan untuk kita tak mengamalkannya. Zaza kongsikan zikirnya.



Zikir ini diamalkan selesai solat Subuh, Asar dan Maghrib. Amalkan selama 41 hari secara berterusan. Insyaallah ianya akan memberi kesan. Lagi bagus terus amalkan sentiasa.


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala dosa2 Zahir kita.


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala dosa2 batin kita


100x - dalam hati mintalah Allah ampunkan segala syirik2 yg telah kita lakukan baik sengaja atau tidak.

Semoga dengan perkongsian ini kita memperolehi manfaat daripadanya. Moga kita didalam rahmat dan perlindunganNYA.



Omega Guard Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sabtu semua. Kita di tahun baru 1436 hijrah. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih memberi makna kepada kita semua. Diberkati dan dirahmati olehNYA. Zaza mengharapkan tahun 1436 hijrah ni Zaza dikurniakan cahaya mata setelah dua kali Zaza mengalami keguguran. Zaza banyak membaca berkaitan dengan kehamilan sebagai persediaan untuk Zaza tempuhi saat itu. Supaya Zaza tak mengulangi kesilapan dan menjaga dengan baik untuk kehamilan nanti. Kali ni Zaza nak kongsi kebaikan Omega Guard untuk ibu hamil.


Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

Omega-3 diketahui dapat merangsang otak. Omega-3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian telah menunjukkan bahawa gangliosida memberi pengaruh yang besar kepada struktur otak terutama bagi fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan juga bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila  ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega-3 semasa kehamilan

Omega 3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang. Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko berlakunya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung). Omega 3 juga dapat mengelakkan kelahiran bayi tak cukup berat. Kajian juga menunjukkan kekurangan omega 3 meningkatkan risiko tekanan atau stress bagi ibu yang baru lepas bersalin.

Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan bayi yang dilahirkan mendapat ekzema. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 700 wanita mengandung yang mengamalkan supplement omega 3 menunjukkan kejadian ekzema bagi bayi berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Kajian ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 6 tahun bagi melihat kebaikan supplement omega 3.

Penyelidik mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil omega-3 (DHA) yang tinggi mempunyai keupayaan penumpuan yang tingggi semasa tahun kedua kehidupan. Pada 6 bulan pertama selepas kelahiran, bayi ini mempunyai keupayaan dan kebolehan 2 bulan lebih advance dari bayi lain yang mana ibu bayi-bayi ini mengambil kurang DHA.

Menurut pakar yang mengetuai penyelidikan ini, beliau menyatakan bahawa daya tumpuan merupakan komponen terpenting di awal perkembangan bayi. DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika nak dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan part yang paling tinggi kandungan DHA nya.

Banyakkan manfaat Omega untuk ibu hamil. Bagi yang berminat boleh menghubungi Zaza. Konsultansi percuma diberikan.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Friday, October 24, 2014

Kebaikkan Omega Guard

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam dalam kekalutan menguruskan jenazah ayah mertua, tengok telefon hari ni ada 5 miss call dari kawan sekolah. Ingat apa la yang penting sangat. Petang tadi baru berkesempatan untuk call dia balik. Rupa-rupanya dia nak order Omega Guard Shaklee untuk tujuan menjaga kesihatan dan nak turunkan berat badan dia dan isterinya. Bersungguh-sungguh dia cakap. Alhamdulillah, syukur sebab dalam mencari rezeki dapat membantu kawan-kawan lain dalam menjaga taraf kesihatan bersama. Apa istimewanya omega guard ni. Jom kita tinjau.

Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia.


Kebaikkan Omega Guard


  • Membantu proses memecahkan lemak dan mengawal selera makan
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan tak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema,  psoriasis, dan lain-lain
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout
Banyak betul kebaikkan Omega Guard Shaklee ni kan. Rugi kalau kita tak jadikan dia teman baik kita. Bagi yang berminat hubungi Zaza yea.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House