Monday, October 27, 2014

Keputihan dan Alfalfa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari isnin ni pasti semua sibuk dengan tugasan harian. Bagi suri-suri rumah nak mengemas rumah sebab hujung minggu semua anak-anak , saudara mara berkunjung ke rumah dan mungkin ada majlis kenduri di rumah. Jadi hari ni la hari yang nak kemaskan semua. Entry kali ni Zaza nak kongsikan berkaitan keputihan. Kenapa ianya terjadi? Siapa golongan yang berisiko? Kesan keputihan. Macam mana nak atasi keputihan.

Apa itu keputihan?

Keputihan, juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus di kalangan pakar perubatan merupakan cecair yang keluar dari vagina yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan wanita. Keputihan bukan saja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin atau hamil, malah turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah rendah.

Golongan Yang Berisiko

Dianggarkan sebanyak 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti. Manakala 80 peratus wanita hamil berisiko mengalami keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan mudah dijangkiti kulat.

Jenis Keputihan

Terdapat dua jenis keputihan, iaitu normal dan abnormal. 

Keputihan normal terjadi 14 hari sebelum haid, iaitu waktu kesuburan seorang wanita. Ia tidak berwarna (jernih), tidak mendatangkan kegatalan dan tidak berbau. Keputihan yang normal ini juga dipanggil cecair ovulasi dan menjadi petanda kesuburan seseorang wanita.

Keputihan abnormal adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa berhubungan seksual, berwarna putih dan likat. Adakalanya keputihan berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

Punca Keputihan Abnormal

Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap, menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian dan sekiranya merebak akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

Kuman - kuman bakteria jenis E-coli adalah bakteria yang sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan. Kuman Trichomonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai gatal-gatal dan berbau busuk. Selain itu, bakteria Gonorrhea dan Siplis juga kuman yang merbahaya.
Kulat - kulat Monilia atau Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau menghidap kencing manis.
Virus - virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.

Rawatan

Keputihan jenis abnormal seharusnya diberi perhatian dan penjagaan rapi kerana kulat yang menyerang boleh merebak dan seterusnya menyerang organ-organ penting yang lain. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor pakar bagi merawat keputihan jenis ini.

Pengambilan supplement juga amat digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan dan merawat sebelum keputihan menjadi lebih serius.. Selain itu penggunaan suplemen juga boleh membantu. Anda boleh mencuba Alfalfa Complex Shaklee yang telah banyak membantu wanita menangani masalah keputihan. 


Bagaimana Alfalfa bantu rawat keputhan?

Alfalfa Complex merupakan raja tumbuhan yang kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat. Pengambilan pertama kali mungkin anda akan dapati keputihan akan keluar lebih banyak dari sebelumnya. Jangan bimbang dan teruskan pengambilan sehingga ia berkurangan

Bagi yang berminat boleh hubungi Zaza. Konsultansi percuma di berikan.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.