Thursday, October 23, 2014

Kembalinya seorang Ayah Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini 23 Oktober 2014 , jam 10.35 pagi perginya seorang insan bernama Haji Saad Bin Haji Bajuri, berumur 80 tahun. Belum hampir setahun Zaza bersama dengan insan yang bergelar bapa mertua. 

Bapa mertua sudah lama sakit lebih kurang 4 tahun lamanya. Kiranya Zaza mengenali bapa mertua Zaza memang sudah tidak ingat apa-apa. Tapi masih kuat kudratnya dan masih boleh dengar suaranya. Diawal Zaza bergelar menantunya sempat melihat beliau berjalan sebelum terlantar sepenuhnya.

Dari cerita orang yang mengenali beliau dan cerita dari anak-anak beliau, Ayah mertua seorang yang suka bergurau senda. Pendek kata jika duduk dengannya ada sahaja yang beliau guraukan. Ayah mertua pencen askar. Sepanjang Zaza tengok ayah mertua sakit memang tidak banyak karenahnya. Hari-hari tengok dia duduk di kerusi malas, tengok dia makan minum. Kini semua itu telah tiada. Paling rasa kehilangan adalah ibu mertua. Hari-hari mak tak pernah jemu melayan ayah walaupun ayah dah tak tahu apa-apa. Apa yang buatkan hati Zaza tersentuh, mak tak pernah buat endah tak endah, Setianya seorang isteri kepada suaminya. Walaupun ayah tak pandai meminta itu dan ini, hari-hari ada je menu yang berbeza untuk ayah. Jika ayah tak nak makan ini, mak buat itu. Kagum Zaza. Moga Zaza diberi kekuatan dan kesabaran untuk mencontohi ibu mertua Zaza.

Walaupun tak lama mengenali ayah mertua namun kehilangannya amat terasa. Zaza hanya baru lebih kurang 2 bulan duduk bersama ibu dan ayah mertua. Hari-hari menatap wajahnya. Kini wajahnya tidak dapat di tatap lagi. Terakhir semasa mengucup wajahnya selepas dikafankan. Ini ayah mertua. Tak dapat bayangkan ayah sendiri. Ya Allah Engkau panjangkanlah umur ayah dan ibuku. Aku masih memerlukan mereka dan doa mereka. Walaupun jauh di mata, doaku sentiasa untuk keduanya.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat ayah mertua tersayang.


No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.