Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

Cara Berdepan dengan Ujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam hendaknya. Dalam kehidupan seharian kita tak kan terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan dalam kehidupan. Sehinggakan bagi mereka yang tak sabar boleh bertindak apa sahaja. Jadi kita perlu pandai menanganinya dengan bijak dan rasional. Jangan gunakan emosi yang akan memudaratkan diri sendiri. Mungkin ada yang kata bercakap memang mudah. Yang hadapinya tu hanya Allah yang tahu. Betul la kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi kita perlu redha dengan ujian dan dugaan yang diberikan. Zaza kongsikan bagaimana untuk berdepan dengan ujian dan dugaan hidup.


IMAN DAN REDHA TERHADAP KETENTUAN (QADHA') ALLAH

Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz. Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha).

Oleh sebab itu, adalah tidak benar jika ada orang berkata, "gempa bumi itu terjadi kerana ada roh yang sedang marah". Sebaliknya, bencana itu berlaku kerana ia adalah ketentuan daripada Allah SWT dan bukannya ketentuan daripada sesiapa yang lain.

Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau marah kepada Allah SWT misalnya dengan berkata, "Ya Allah, mengapa harus aku? Apakah dosaku ya Allah?". Sikap yang sedemikian adalah sangat biadap.

SABAR MENGHADAPI MUSIBAH

Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk mengucapkan Kalimat Istirja' Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun ketika berlaku musibah.

Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na'uzubillahi min zalik.

Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36)

MENGETAHUI HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa. Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga.

TETAP TERUS BERIKHTIAR

Maksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.

Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita.
Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya, "Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?". Lalu Umar menjawab, "Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."

Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya.

MEMPERBANYAKKAN BERDOA DAN BERZIKIR

Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas. Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal ‘azhim". 

BERTAUBAT

Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat.

3 Rukun dalam melakukan Taubat Nasuha

  • Menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. 
  • Berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. 
  • Berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. 

Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.

TETAP ISTIQAMAH DENGAN ISLAM

Dalam setiap musibah yang berlaku, akan wujud pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan niat yang jahat. Contohnya perbuatan kotor berbentuk keagamaan seperti kristianisasi. Cara-cara yang dilakukan adalah dengan memberikan bantuan logistik, perubatan, wang, rumah dan sebagainya.

Ketahuilah bahawa semua itu tidak diberikan dengan tulus melainkan terdapat niat yang keji disebaliknya. Niat orang-orang kafir itu adalah bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menjadi penganut agama Kristian sebagai balasan atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Na`uzu billahi min dzalik.

Di sinilah seseorang Muslim itu dituntut untuk terus bersikap istiqamah, iaitu konsisten di atas satu jalan dengan mengamalkan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan larangan-larangan (mulazamah al-thariq bi fi'li al-wajibat wa tarki al-manhiyyat).

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam.

PEDOMAN MENGHADAPI MUSIBAH DAN DUGAAN HIDUP

Dugaan, Ujian dan Musibah. Inilah antara keluhan yang sering diungkapkan oleh manusia apabila diduga dengan ujian, mengapa umat islam sentiasa bersangka buruk kepada Allah s.w.t apabila di timpa satu kesusahan atau musibah. Adakah sesuatu musibah merupakan penyeksaan atau kemurkaan dari Allah? persoalan sebegini pasti bermain dalam fikiran kita termasuk diri saya sendiri.

Saat di timpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan, kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi, fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan. Apabila dirasakan terlalu berat, tidak mampu dipikul sehinggakan ke satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.

Semoga dengan perkonsian ini dapat membantu kita menghadapi ujian dan dugaan dariNYA. Sesungguhnya DIA tidak membebankan hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA. Setiap ujian dan dugaan Allah tahu hambaNYA mampu hadapinya.

Monday, October 27, 2014

Hukum Tidur Selepas Subuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramaikan yang suka tidur selepas subuh. Tambah-tambah bila hari cuti. Sebenarnya tidur lepas subuh ni tak baik. Ada beberapa waktu yang tak elok kita tidur. Kenapa? Pasti ianya bersebab. Jadi di sini Zaza kongsikan dengan anda semua Hukum tidur selepas subuh.


Sabda Nabi SAW, Maksudnya:

Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

WALLAHUA’LAM BISSAWAB... Semoga kita semua di dalam lindungan dan rahmatNYA.

Tuesday, October 21, 2014

Tips Hijrah ke arah kebaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk entry kali ini nak kongsi berkaitan tips untuk hijrah kearah kebaikan? Apa yang perlu ada untuk berubah ke arah yang lebih baik? Bagaimana? Sebut berkaitan hijrah ni Zaza dah lama teringin dan mencuba. Seronok tengok mereka yang berubah. Bila waktu Zaza. Memang nak sangat-sangat. Jom kita sama-sama lihat tips-tipsnya.


Tips Hijrah ke arah kebaikan

Hati Perlu kuat, azam mahu sentiasa semangat!

Bila sebut dan tekad nak berhijrah hati mesti sentiasa semangat.Harus sedar diri betul-betul nak berhijrah.Tanam di hati. ''aku terus dengan cara lama aku rugi, sampai bila nak macam ni?'' Segala amal bermula dari niat. segala niat bermula dari hati. kalo dari hati tak kuat, niat sekadar hangat-hangat tahi ayam. Rasanya tempoh penghijrahan tu mungkin sekadar main celup2 jari kat air bertakung kat gayung. Kenapa? Hijrah kerana Allah, KERANA ALLAH hati pasti automatik jadi kuat. Kenapa? Hati kita Dia yang cipta kan? Allah suka hati2 yang kembali kepadaNya.

Doa senjata mukmin.

Doa itu SENJATA. Masa sedih kita doa minta kekuatan, masa gembira kita doa jadi hamba bersyukur. Firman Allah "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. esungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina".(Al-Mumin ayat 60). Doa buat hati jadi kuat. Ibarat kita luahkan pada sahabat kita, kita sembang dengan Allah.

Sahabat yang soleh

Bagaimana sahabat kita, macam tu lah kita. Ibarat minyak wangi, kalau seorang memakainya semua disekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. Sahabat cermin kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak sahabat kita. Tidak perlulah sahabat sebaik atau setabah wonderpet mahupun yang hebat berpoket besar macam doremon. Cukuplah dia mnununjukkan akhlak yang baik dan mebimbing kita kejalan Allah.Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba-hamba-Nya yang soleh untuk menemani kita dalam penghijrahan itu. Mungkin ada juga kalangan kita yg tiada mampu bertemu sahabat soleh, jangan sedih sahabat. Allah itu kan sahabatmu?

Tidak berkira-kira atas setiap ajakan ke majlis ilmu.

Memang kita pun ada limit masa dan selalu sibuk. Student kena study, Pekerja memang kerja. Tapi jika sekadar ingin mencari masa rehat apa salahnya kita berkorban masa itu untuk mengisi jiwa. Orang yang dalam semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Excited nak mencari-cari majlis ilmu dalam masa-masa terdekat. Muhasabah. Kerana pada masa itu perasaan kehausan ilmu itu membuak-buak mengalahkan badai ombak rindu eron ajis. Masa nie lah untuk bagi lagi suasana, Cari suntikan semangat, Cari ilmu dan info semasa. Ini masa terbaik! So bila orang ajak dia akan terus tanya bila? Dimana? Fees? Baru tengok free tak masa tu. Bukannya, tengoklah dulu..’’ dan diteruskan dengan alasan-alasan lain yang beraneka bentuk dan jenis biskut raya. Mungkin faktor segan, Tak biasa, Tak berani dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan thadap sesuatu benda mengatasi segala faktor yang boleh menghalang.

Banyakkan bacaan-bacaan ilmiah

Yang nie penting. Kenapa? sebab awal Rasulullah s.a.w terima wahyu, Jibrail kata ‘’bacalah’’ Tengok, diawal penerimaan Islam pun nabi dah suruh membaca. Takkan kita nie umat tak maksum tak nak baca pulak? Rajin-rajinkan lah tangan beli buku Tarbiyah. Kalo nak jimat duit pun boleh jenguk-jengok blog orang. Dunia hujung jari Allah bagi kemudahan, tinggal nak guna cara betul or tak. Awal kunci ilmu adalah baca.

Tidak bertangguh

Yang ni ramai spesies manusia di bumi terlepas pandang. Bila malamnya dah menangis-nangis nak taubat dan berubah, esoknya hidup dalam cara yang sama jugak. Kenapa? Sebab BERTANGGUH. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Jika nak berubah azam kena kuat, azam yang kuat takkan bertangguh. Hari nie taubat nak tutup aurat, esoknya patutnya dah mula cari tudung nak cuba-cuba pakai. Baru berubah perlahan-lahan lengkapkan yang lain. Ingat, syaitan tak pernah bertangguh untuk hasut kita berkali-kali untuk lupakan niat kita.syaitan tak pernah berehat dari menyesatkan hati manusia. Lepas diri anda dah suci menangis air mata taubat, jangan bagi syaitan masuk line dan buat macam tempat ni dia punya. Ayuh lawan, hati kena kuat! go2! Silapnya kita bila kita fikir masa kita masih muda, umur kita masih mentah, Kompiden bebeno Allah bagi kita hidup sampai tua. Lupakah kita? ALLAH TAK PERNAH BAGI STATEMENT: ORANG MUDA TAKKAN MATI.

Belajar dan mengajar

Bila kita dah semangat nak cari tarbiyah dan suasana berhijrah. Sudah tentu perasaan untuk berkongsi perasaan yang sama kepada orang lain itu ada. Ini peluang untuk mula taaruf dengan dakwah. Bila sudah belajar, adalah kebiasaan untuk mengajarkannya semula kepada orang yang memerlukan sentuhan jiwa. Ini masa untuk kumpul saham pahala ilmu yang boleh bawak masuk kubur tak putus-putus. Once kita dah mengajar sesuatu ilmu, kita automatik akan teringin mengamalkan apa yang disampaikan dari lisan kita sendiri. Disini juga kita boleh bertemu manisnya berdakwah itu.Berjinak-jinak dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat, semangat dan semangat! Oyeh! Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘’Aku tak nak jadi jahil. Macam kawan-kawan aku’’ Okay, jika benar pun kita nampak betapa teruknya cara hidup kawan kita nie, Adalah begitu tidak elok sgt untuk mengatakan balik-balik statement ‘’kawan aku jahat, aku nak jadi baik’’ kenapa..? sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan dia, Hai sahabat. yakinkah kita bila kita dah terhijrah syurga tu jamin 100% kita akan dapat? Dia yang memegang hati-hati kita lebih tahu siapa yang terus diberi hidayah dan tidak. So baik ke, buruk ke, hakim tu adalah Dia. Kita ni sebagai hamba berjuang, bukannya menghakimi. Menegaskan konsep ini berkali-kali dalam hati anda, takut syaitan cucuk-cucuk kita jadi ujub. Apa tu ujub? Merasa diri LEBIH baik dari org lain.Rasa itu boleh merosakkan amal-amal kita, niat suci kita. Ingat, iman manusia ni naik turun.kadang-kadang atas, kadang-kadang bawah. Kerja kita adalah mendoakan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita. Kita tak tahu esok, siapa sangka kawan kita tu lagi better dari kita?

ISTIQAMAH

Istiqamah itu sangat penting sahabat, ramai juga yang tersungkur bertarbiyah lama, akhirnya menjadi futur. Dah tidak lagu didalam suasana beragama, dah tidak lagi rindukan ilmu, dah tidak rindu lagi mengisi jiwa. Sebab tu pentingnya mncari suasana. Berusaha untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama, Adapun yang sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia-siakan suasana yang ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Tapi pernahkan kita dengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apa guna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada ssuatu yang diusahakan untuk mendapat syurga itu. Bak kata orang, mana ada benda free datang bergolek

Anda hamba Allah yg sangat kuat. Allah sedang mengintai anda merintih, mengintai anda dlm keadaan anda pedih. Rintihan dan pengaduan yang Tuhanmu rindu-rindukan itu.saya sendiri cemburu dengan orang-orang yang tengah berhijrah. Manisnya terlalu manis. Semoga Allah menguatkan hati anda, 

Saturday, October 18, 2014

Zikir Membersihkan Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Lebih kurang sebulan yang lepas sewaktu dalam perjalanan bersama mak dan ayah Zaza terdengar ceramah berkaitan Zikir Asma Ul husna untuk bersihkan jiwa yang kotor. Zaza tak sempat nak salin apa yang di perkatakan. Hanya ingat sedikit sahaja. Zaza masih mencari ilmu yang diperkatakan. Bila dah dapat nanti Zaza sharekan dengan semua di sini. Hari ini Zaza nak share berkaitan dengan Zikir juga. Zikir ni boleh membaersihkan hati jika kita laksanakannya dengan tujuan mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah sejak bersama keluarga Shaklee ni Zaza dah mula berjinak-jinak dengan Zikrullah. Allah suka kita buat walaupun sedikit tapi istiqamah. Zaza ada terdengar juga orang yang solat dan selepas solatnya tidak berzikir adalah orang yang kedekut. Paling tidak pun ucapkan lah zikir yang mudah iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar setelah selesai solat. Tak sampai 5 minit untuk ucapkan zikir ni. Jom kita tengok apa kelebihan Zikir.


Kelebihan Zikir

  • Mereka yang berzikir akan mendapat keredhaan Allah SWT dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Zikir akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Mereka yang berzikir akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah SWT serta dimurahkan rezekinya.
  • Individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah SWT.
  • Insan yang berzikir akan segera mendapat pembelaan daripada Allah SWT bila mereka berada dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Mereka yang berzikir akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka makin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
  • Insan yang berzikir akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga titisan sirat nanti.
  • Insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Zikir dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.
  • Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk membuka pintu segala kebaikan.
  • Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Zikir dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit.
  • Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
  • Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya dia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Orang yang berzikir akan sentiasa diingati oleh Allah SWT seperti dalam firmanNya, “Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengigatimu”.
Banyaknya kelebihan berzikir ni. Membuktikan cintanya Allah pada hambaNYA. Jom kita sama-sama berzikir. Sehari sedikit lama-lama akan jadi kebiasaan.

Monday, October 13, 2014

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum...

Hai semua. Entry kali ini Zaza nak share berkaitan sebuah buku yang bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki" (MMR). Buku ini pada mulanya Zaza baca sikit demi sedikit. Rasa nak baca ambil. Jika tak biarkan je. Apa yang buatkan Zaza tersentuh dengan buku ini, bila Zaza belek-belek FB ada link video berkaitan buku MMR ini disampaikan oleh penulisnya sendiri. Beliau tidak la mengulas keseluruhan buku ini. Ulasan yang paling menyentuh hati Zaza adalah menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki. Bagaimana??? Dengan cara kita dekatkan diri dengan Allah. Buat apa Allah suka. Contoh, waktu sekarang ni, Allah suka kita buat apa? Tanya pada diri. Yang ni paling melekat di hati. Subhanallah. Jom hayati video ini.


Semoga ianya bermanfaat untuk semua

Friday, March 28, 2014

Intro

Assalamualaikum...

Hai u alls, setelah sekian lama saya nak buat blog hari ini baru berkesempatan. Jika dahulunya bz dengan kerja dan sekarang dah 3 bulan lebih bergelar isteri dan suri rumah sepenuh masa. Sebagai seorang yang bekerjaya sebelum ini yang sentiasa dengan outstation ke sana ke sini dan tiba-tiba duk di rumah buat kerja-kejra rumah amatlah berlainan rasanya. Untuk terima hakikat tidak bekerja bukanlah satu perkara mudah. Banyak kelainannya. Antaranya yang dulunya biasa terima gaji setiap bulan 4 angka, kini zero income everymonth. Jika dulunya bebas kemana saja, membeli apa saja kini semua bergantun pada en hubby. Boleh dikatakan perubahan hampir sepenuhnya. Namun saya tetap bersyukur diberi kesempatan bergelar seorang isteri kepada seorang yang penyanyang dan caring. 

Walaupun saya duk di rumah memang ada plan nak buat side income kat rumah base on online bussiness. Rezeki dimana-manakan. Start Jan lepas dah bermula dengan Shaklee. Banyak benda baru yang dapat belajar dengan otai2 ni. Satu yang saya nak share dengan korang adalah menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki. Satu pendekatan baru yang saya belajar. Memang benar jika saya lihat kembali perjalanan hidup saya mencari rezeki macam2 yang telah saya lakukan sampai kadang-kadang alpa dengan tanggunjawap sebagai seorang hamba dan seorang anak. Insyaallah jika berkesempatan saya akan kongsikan dengan kalian pengajaran yang saya dapat dari setiap perjalanan hidup yang saya lalui.

Dah pukul 11 lebih dah. Nak kena masak untuk lunch. Jap lagi hubby nak balik lunch. hari ni nak masak nasi goreng je. Kebetulan tomyam masih ada. So resepi pada hari ini Nasi Goreng Simple bersama Tomyam campur. hehe..

Tadaaa Resepi Nasi Goreng Simple

Bahan2nya
2-3 cawan nasi
2 sudu besar ikan bilis
1-2 inci halia (En.suami ckp nasi tu sejuk so kena letak halia)
1 sudu kecil sambal belacan (bleh je nak gna cili kering or whatever cili ikut citarasa)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Sayur2an saya letak kubis, brokoli karot (yg ni je ada dalam peti..hehe)
2 sudu besar minyak masak

Cara2nya
1. Tumbuk halia jangan terlalu lumat (boleh je nak potong je)
2. Potong bawang besar,bawang putih dan sayur2an
3. Masukkan minyak ke dalam kuali dan biarkan sehingga minyak panas
4. masukkan bawang besar dan putih goreng hingga layu sikit , ikan bilis dan masukkan halia yang di tumbuk tadi. Goreng hingga kekuningan 
5. Masukkan sambal belacan dan sedikit air. Kacau hingga masak sambal
6. masukkan sedikit garam dan sayur2an kacau lebih kurang 3 minit
7. Masukkan nasi dan kacau sampai rata
8. setelah rata semuanya boleh sedia untuk di hidang. 

Selamat mencuba