Wednesday, November 12, 2014

Resepi Kari Semilang

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Bagi suri rumah pasti hari-hari fikir apa nak masakkan? Begitu la rutin suri rumah. Jadi hari ni Zaza nak kongsikan resepi kari Semilang yang sememangnya terkenal di daerah Kerian ni. Ikan semilang ni rupanya seperti ikan keli cuma ianya putih sikit dan hidup di laut. Jom Zaza kongsikan resepinya.


Bahan-bahannya:


  • 5 ulas bawang merah
  • 1 paket kecil rempah kari (atau 5 sudu makan) - saya selalu guna jenama Baba's
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato - di potong empat
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • minyak untuk menumis
  • 7 biji bendi  
  • garam

Cara penyediaan


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga wangi. 
  2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang di bancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak dengan api yang sederhana (kacau selalu).
  3. Masukkan pula air asam jawa dan santan pekat, biarkan mendidih.
  4. Masukkan bendi dan ikan, tambahkan sedikit air mengikut kepekatan yang di kehendaki. Kecilkan api dan biarkan kari mendidih dan pecah minyak.
  5. Masukkan pula garam, serbuk perasa (jika suka) dan tomato.
  6. Renihkan hingga pecah minyak lagi dan tutup api.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.