Monday, November 17, 2014

Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.

Semasa proses kitaran haid pd setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid. Bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah  di kawasan itu. Menakutkan bunyinyakan. Tisu rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yang dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui. Namun ada teori yg mengatakan ianya berlaku disebabkan tisu di dalam rahim yang sepatutnya keluar melalui faraj semasa haid, bergerak ke arah belakang dan pergi ke bahagian peranakan wanita yang lain seperti telur atau ke pelvik. Risiko mendapat endometriosis bertambah apabila seseorang itu:

  • Datang haid dalam usia yang sangat muda
  • Mempunyai kitaran haid yang panjang melebihi 7 hari
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi endometriosis


Peratusan  untuk mendapat endometriosis bagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan anak adalah rendah berbanding mereka yang tidak pernah mengandung..

Gejala-gejala endometriosis adalah seperti:

  • Sangat sakit di bahagian bawah perut sebelum dan semasa datang haid
  • Haid yang tidak teratur atau darah haid yang banyak
  • Sakit semasa atau selepas hubungan kelamin
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
  • Sembelit atau cirit birit


Untuk mengenal pasti penyakit ini. Doktor akan melakukan scan melalui ultrasound di bahagian pelvik. Untuk lebih mendapat kepastian, laparoskopi di bahagian pelvik akan dilakukan.

Rawatan penyakit ini bergantung kepada:


  • Umur pesakit
  • Tahap serius gejala yg anda alami
  • Tahap serius penyakit anda
  • Samada anda mahu mengandung atau tidak ( salah satu komplikasi penyakit ini adalah susah untuk mengandung atau kemandulan, jadi jika anda inginkan anak, anda perlu melakukan pembedahan utk merawat dan membuang penyakit ini)


Gejala yang anda alami tidak serius + anda tidak berniat untuk mendapatkan anak rawatan adalah berjumpa doktor setiap 6 atau 12 bulan untuk doktor memastikan penyakit tersebut tidak melarat ke tahap yang serius. Sakit yang dialami boleh dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit manakala untuk memastikan penyakit tersebut tidak melarat, doktor akan menyarankan anda supaya mengambil pil cegah hamil berterusan selama 6-9 bulan. Pil ni dapat membantu untuk membantutkan proses pembesaran tisu di luar rahim tersebut. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan akibat ketiadaan haid. Salah satu contoh pil yang dimaksudkan ialah progesterone pil dan ia juga boleh didapati dalam bentuk suntikan. Kesan sampingan pada ubat ini ialah berat badan bertambah dan juga depression.

Mereka yang tidak mengalami pengurangan sakit setelah mengambil ubat + tahap penyakit sangat serius +  ingin mendapatkan anak, pembedahan utk membuang tisu di bhg luar rahim tersebut adalah pilihan terbaik.

Bagi mereka yang telah berusia doktor akan menyarankan pesakit melalukan pembedahan untuk membuang sistem peranakan seperti rahim dan ovari (kilang telur)

Secara kesimpulannya, rawatan dengan ubat tidak boleh mengubati penyakit ini tetapi berfungsi mengawal kesakitan. Hanya dengan pembedahan dapat membuang penyakit ini namun kebarangkalian untuk penyakit ini berulang masih ada.

Doktor selalunya menyarankan agar wanita yang menghidapi penyakit ini agar hamil kerana sepanjang proses penghamilan, haid akan berhenti dan ini boleh mengurangkan kesakitan dan melambatkan proses penyakit ke tahap yg lebih serius.

Apakah komplikasi penyakit ini?

30-40% daripada wanita yang menghidapi penyakit ini mungkin akan mandul, namun setalah pembedahan dilakukan, peluang untuk hamil kembali normal.

Peratusan mengandung di luar rahim dan keguguran adalah agak tinggi di kalangan wanita yang menghidapi penyakit ini. Sekiranya tisu rahim tersebut tumbuh di bahagian usus atau pundi kencing, ianya boleh menyebabkan masalah kesukaran membuang air, tapi ini jarang berlaku. Kesakitan yang dialami setiap bulan ketika kedatangan haid juga akan menghadkan aktiviti seharian anda. Tisu di bahagian luar rahim yang membengkak boleh menyebabkan pendarahan. Tisu di luar rahim tersebut juga boleh berubah menjadi kanser terutama bagi mereka yang telah mencapai tahap menopaus, namun ianya juga jarang berlaku.

Apa yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala tersebut?

  1. Jumpa pakar buat scan vaginal atau TVS  dimana akan dapat dikesan rahim retroverted, cyst dalam ovari dan dinding otot rahim menebal dibahagian dinding belakang .
  2. Buat bedah laparoscopy untuk laser endometriisis, buang cyst, repair saluran fallopian jika sumbat, betulkan rahim yang retroverted kepada anteverted.
  3. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis dan meningkatkan peluang hamil.
  4. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, ambil langkah untuk kurangkan stress dan mengurangkan pendedahan kepada toksin.
  5. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
  6. Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  – donut, kuih2, ice krim , chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
  7. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
  8. Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
  9. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
  10. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
  11. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih.
  12. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
  13. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate
  14. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
  15. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
  16. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
  17. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU. Makan juga goji beri, spirulina, rumpai laut.


GLA boleh Membantu

GLA membantu membetulkan hormon dan kitaran haid. Ramai telah merasa kesan GLA dimana yang sukar hamil , boleh hamil dengan IzinNYA. Salah satu untuk merawat Endometriosis adalah dengan hamil. Jadi GLA sangat-sangat membantu. Setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati. Bagi kaum hawa yang mengalaminya jangan mudah berputus asa.

Rawatan Dengan Ayat Al-Quran


  • Surah Maryam ayat 77 hingga 98
  • Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43


Cara amalan Al-Quran, pesakit membaca surah pertama iaitu surah Maryam sebanyak 3 kali di waktu malam dan surah kedua iaitu durah Ibrahim sebanyak 3 kali di waktu siang. Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlulah memohon doa utk penyembuhan.

Bagi yang ingindapatkan GLA complex boleh hubungi Zaza yea. Konsultansi adalah percuma.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.