Monday, November 17, 2014

Resepi Seri Muka

Assalamualaikum...

Petang tadi Zaza dan kakak ipar buat kuih seri muka pandan. Zaza cuma tolong sikit-sikit je. Tolong kacau je. Jom tengok resepinya 


Resepi Seri Muka 

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam) 
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut) 
1 sudu teh garam 
2 sudu teh minyak masak 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah


  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering. 
  2. Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh kertas plastik (14x14) 
  3. Sapukan minyak di sekeliling loyang. 
  4. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang. 
  5. Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut. 
  6. Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata. 
  7. Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama. 
  8. Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit. 
  9. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang. 
  10. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas. 


Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas 


  • 2 cawan santan pekat 
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan 
  • (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan) 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung 
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula) 
  • 1 biji telur ayam 
  • 1/2 sudu teh garam 
  • Sedikit pewarna hijau 

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas


  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi. 
  2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan. 
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker. 
  4. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung. 
  5. Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan. 
  6. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak. 
  7. Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih. 
  8. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap. 
  9. Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air. 
  10. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang. 
  11. Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan. 

Selamat mencuba

1 comment:

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.