Tidak perlulah berbelanja mahal untuk membeli peralatan gim, suplemen dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah cara hidup dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat.
Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini.
Untuk anda yang inginkan kesihatan yang terbaik dengan cara yang paling senang dan tidak memerlukan modal yang banyak, ini di antara tips-tipsnya:-
Senaman Yang Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisyen ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan dan membuat regangan berterusan selama 30 minit sehari pada setiap pagi secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.Tidur Awal Dan Mencukupi
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisyen jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak menentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelak daripada sebarang penyakit.Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak gemarkan pemakanan hijau ini, kekacang dan buah-buahan perlu sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah dengan menggamalkan makanan kesihatan organik berasaskan herba.
Perlu Berfikir Sebelum Mengikuti Program Menguruskan Badan
Program menguruskan badan bukannya tidak baik, namun ada alternatif yang lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.Memakan Lebih Sayuran dan Mengurangkan Pengambilan Daging Merah, Kafien, Gula dan Garam
Agak sukar diamalkan bagi sesetengah orang kerana sayur-sayuran bukanlah diet utama. Namun cara paling mudah tentunya memakan lebih sayuran. Hendak sihat kan? Jadi kenapa perlu memakan makanan yang memudaratkan dan pada masa yang sama mengambil ubat untuk menguruskan badan? Dan kemudian masih memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi
Seseorang yang meninggalkan sarapan pagi majoritinya akan merasa teramat lapar di sebelah petang dan malam. Walaupun di siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.Jangan Memakan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.Jangan Berlapar Terlalu Lama
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menyebabkan punca risiko sakit. Elakkan unsur-unsur stress seperti berada dalam kesesakan trafik, asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang.Jaga Tindakan Dan Tingkah Laku
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksanakan sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa menjaga tindakan dan tingkah laku untuk orang yang tersayang.
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.