Saturday, September 13, 2014

Saya dan Shaklee

Assalamualaikum..

Entry kali ini Zaza nak share "Saya & Shaklee". Kenapa ye? Zaza mengenali Shaklee mula-mula hanya dengar nama beberapa tahun yang dulu. Kemudian Zaza diperkenalkan dengan produk Shaklee pada 2013. Penghujung 2013 Zaza mula mengambil GLA Shaklee. Disitu bermulanya Zaza dengan Shaklee. Pada mulanya hanya sebagai pengguna sahaja. Order je dekat kawan. Penghujung 2013 Zaza bertemu dengan sahabat baik Zaza dari bangku sekolah rendah lagi. Dia PM Zaza bagitahu dia buat Shaklee. Tak nak order ke? hehe. Dia atau sekarang Zaza panggil dia Mommy D, seorang suri rumah. Teruja dengan kegigihan dia menjalankan Shaklee sebagai perniagaan di rumah membuatkan Zaza sign up dengan Mommy D Januari 2014. 

Orang kata tak kenal maka tak cinta bukan. Setelah Zaza sign up Mommy D masukkan Zaza dalam secret group chat mereka. Disini Zaza dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang paling menariknya perkenalan kami di dalam group chat ni menjadikan kami begitu akrab antara satu sama lain. Walaupun sebetul-betulnya kami tidak pernah bersua muka, tapi keakraban kami seperti kami bersaudara. Segala suka duka kami berkonsi bersama. Menarik bukan. Kenapa ye ianya berlaku?? Ini disebabkan keikhlsan hati masing-masing membuatkan kami begitu rapat. 

Apa yang menarik lagi adalah setiap yang ada dalam group ini diberi bimbingan dari A to Z. Walaupun ada antara mereka yang pendapatan bulanan mencecah 5 6 angka, mereka ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Setiap benda baru yang mereka pelajari mesti di kongsi dengan yang lain. Boleh dikatakan setiap minggu ada kelas. Kelas pula tidak perlu keluar dari rumah. Segalanya hanya dengan menggunakan smartphone. Memang amat memudahkan.

Paling menyentuh hati apabila ahli-ahli dalam group ini sentiasa diberi peringatan dalam meningkatkan amalan rohani. Apa itu amalan rohani. Zaza sering diingatkan solat fardhu di awal waktu, zikir, Solat sunat Dhuha, Tahajjud , Taubat dan Hajat. Jika sebelum ini Zaza suka sangat melewat-lewatkan solat, alhamdulillah sekarang masuk waktu terus je buat. Jika sebelum ini dhuha sekali sekala, sekarang Alhamdulillah boleh setiap hari. Begitu juga dengan Qiamulail. Boleh bangun walaupun kadang-kadang terpaksa. Inilah bermulanya ketengan jiwa dan keikhlasan hati untuk mendekatkan diri dengan Allah. Jika Zaza fikirkan semula bagaimana mereka yang boleh menjana income sehingga ratusan ribu ringgit?? apa rahsia mereka?? Inilah rahsia mereka amalan rohani setelah berusaha keras. Mereka tidak melupakan DIA yang satu. Inilah yang paling menambat hati Zaza.

Banyak perubahan dalam diri Zaza setelah join group Shaklee ni. Antaranya Zaza lebih positif, belajar Istiqomah dan konsisten. Zaza sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan diri Zaza sendiri. Apa yang penting Zaza cuba sedaya upaya untuk belajar lebih dalam berkaitan sesuatu. Setiap hari ada sahaja ilmu baru. Walaupun Zaza hanya duduk di rumah, sekurang-kurangnya Zaza tidak sunyi dengan adanya aktiviti-aktiviti ini.Masa Zaza lebih berharga dan tak banyak masa terluang.

Ini lah yang Zaza nak kongsikan dengan semua kelebihan yang Zaza dapat sepanjang menjadi ahli Shaklee. Duit mungkin boleh dapat dengan cara lain, tetapi yang Zaza sebutkan diatas mungkin tidak dapat di mana-mana.

Bagi yang berminat untuk menyertai Zaza dan yang lain-lain, boleh menghubungi Zaza yea. Insyaallah Zaza akan tunjukkan jalan.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.