Sunday, September 21, 2014

Resepi Ibu Mertua

Assalamualaikum..

Hari ni seharian kerja makan je, dari pagi hingga la ke petang. Rezeki. Sekarang ni mata pun dah rasa nak tertutup. Nak tidur dah lepas Asar. Tak elok tidur lepas Asar. So Zaza nak share resepi dari ibu mertua yang Zaza masak hari ini.

Kuit Ketayap



Bahan-bahannya :
  • *Kelapa parut (setengah biji )
  • *Gula merah
  • *Gula putih
  • Tepung gandum 1/2 kilo
  • Garam
  • Air kapur
  • Pewarna hijau

Inti :
Gaulkan kelapa, gula merah dan gula putih dan masakkan ke dalam kuali untuk dimasak sehingga kering.

Kulit :
  • Masukkan tepung gandum, garam, air kapur (untuk tak nak bagi melekat), Campurkan dengan air kacau sehingga sebati dan pastikan tidak beretul-ketul. Masukkan sedikit pewarna hijau.
  • Adunan ini ambil lebih kurang satu senduk kecil letakkan dia atas kuali leper dan buat bulat sehingga nipis. tunggu sehingga masak. Kiranya yang bahagian atas tu x cair dah. Angkat dan gulung bersama inti kelapa tadi.

Siap untuk dihidangkan.

Di entry lain Zaza akan share resepi masak lemak cili padi ikan salmon pula ye. daaa

No comments:

Post a Comment

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.