Assalamualaikum,
Hai alls, entry kali ni saya nak share berkaitan INSOMIA.. haaa apa tu?? Meh teruskan bacaan.
INSOMIA
Apa itu Insomia???
Apa itu Insomnia? Tahu kan? ya Penyakit Sukar Tidur. Maksud Insomnia ialah sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. Bayangkan setelah penat kerja seharian akhirnya tiba masa tidur kawan serumah telah pun lena diulit intan tapi kita hanya terkelip-kelip memandang dinding. Tekanan makin bertambah apabila sudah tiba masanya ke tempat kerja, kita masih membuta dan akhirnya terlewat sampai ke destinasi yang dituju.
Sesetengah orang mudah saja nak tidur. Baring, pusing kiri kanan dah tidur. Segelintir yang lain pula terpaksa mem"buka" mata dan melakukan kerja tambahan supaya mata jadi letih dan cepat tidur. Kasihannya. Ianya perlu diatasi segera. Jangan dibiarkan kerana badan akan menjadi kurang bertenaga di pagi hari.
Ciri-ciri Insomia
- Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomia)
- Mudah tidur kemudian terjaga dan sukar tidur semula (kronik insomia)
- Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep) Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.
Kenapa ini berlaku??
- Beberapa kajian menunjukkan yang insomia dikaitkan dengan kekurangan MAGNNSIUM. Magnesium ini adalah mineral yang membantu otot dan saraf kita lebih releks yang turut membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.
- Majoriti penyebab insomnia kronik atau jangka panjang biasanya dikaitkan dengan keadaan jiwa atau fisiologi yang mendasari (perubatan)
- Psikologi masalah yang paling umum yang boleh menybabkan insomia meliputi :-
- Kecemasan
- Depresi
- Stress (mental, emotional, situasional dll)
- Skizofrena
- Mania (gangguan bipolar)
Macam mana nak atasi??
- Buang tabiat suka fikir atau berkhayal ketika baring:Elakkan dari berfikir ketika berbaring samada siang atau malam, kerana ia akan menjadi satu tabiat pada diri kita dan akan di bawa ke bilik tisur. Salah satu punca susah tidur ialah otak kita terus menerus berfikir tanpa henti ketika baring di atas katil. Oleh itu anda perlu didik diri anda untuk tidak lagi suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Apabila baring, ia masanya untuk anda berehat bukannya berfikir
- Jadikan malam anda waktu beristirehat.Jangan buat kerja pejabat di waktu malam. Jangan terlalu memikirkan masalah kerja pada waktu malam. Waktu malam ialah masa berehat. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda erfikir pada waktu malam. Lakukan aktiviti santai bersama keluarga.
- Elakkan minum air berkafien pada waktu malamMinuman berkafein akan meransangkan otak dan sistem sraf anda. Ia akan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam dan juga elakkan makan makanan berat, 1-2 jam sebelum tidur.
- Elakkan tidur selepas asar dan pada waktu magribSebenarnya pada waktu ini tubuh anda perlu aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan di bawa ke otak dan menyukarkan anda untuk tidur pada waktu malam.
- Aktifkan diri anda dengan aktiviti riada pada waktu petangLakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau bermain dengan anak-anak anda. Keletihan pada waktu petang mampu membantu anda tidur dengan lena atau nyenyak pada waktu malam.
- Berkomunikasi dan bersosial dengan rakan atau keluargaIni juga amat membantu menceriakan hari anda. Seterusnya membantu anda tidur dengan lena pada waktu malam.
- Pastikan anda mandi sepuas-puasnya sebelum magrib.Kesegaran tubuh badan membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
- Satu jam sebelum tidur, cuba katakan pada diri anda secara berulang-ulang : “Aku nak tidur nyenyak malam ini dengan mimpi indah”.Kata pada diri anda untuk tidur. Seterusnya membantu anda untuk tidur nynyak
- BezikirCuba amalkan pada waktu malam sebelum masuk bilik tidur dan jangan lupa membaca ayat al-quran sebelum tidur iaitu 4 Qul dan ayat Qursi. Insyaallah sangat membantu
- Namun, kadang-kadang masih ada yang di antara mereka tidak dapat lelapkan mata walaupun telah melakukan senaman seperti di atas. Cara lain yang disyorkan ialah B-COMPLEX Shaklee kerana ianya dapat mengurangkan tekanan serta memudahkan seseorang itu untuk tidur. Klik sini Maklumat B Complex Shaklee
No comments:
Post a Comment
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.