Tuesday, October 28, 2014

Anda Alami Tekanan Darah Rendah???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Zaza nak kongsikan berkaitan tekanan darah rendah. Sebenarnya tekanan darah rendah ni lebih bahaya dari darah tinggi. Ianya juga sukar untuk di ubati. 



Hipotensi adalah berlawanan dengan hipertensi iaitu penyakit tekanan darah tinggi. Namun itu tidak bermakna hipotensi tidak membahayakan. Oleh itu penting untuk mengatasi tekanan darah rendah.

Hipotensi ialah keadaan dimana tekanan darah adalah lebih rendah iaitu dengan bacaan sistolik dibawah 90mmHg dan diastolik dibawah 60mmHg. Tekanan darah rendah yang teruk boleh menyebabkan otak dan organ-organ penting seperti buah pinggang dan jantung tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi dan menyebabkan simptom tekanan darah rendah.

Simptom tekanan darah rendah

  • Mudah penat
  • Mudah pitam
  • Pening ketika mengubah posisi tubuh
  • Mata berkunang-kunang
  • Pening
  • Mual
  • Sukar untuk fokus
  • Kulit berasa dingin dan kelihatan pucat
  • Pernafasan pendek dan cepat

Penyebab tekanan darah rendah 


  • Kekurangan volum darah - darah mengalir tanpa kawalan akibat kemalangan atau pembedahan
  • Dehidrasi - kekurangan cecair dalam tubuh akibat muntah yang teruk, cirit-birit atau demam denggi
  • Masalah jantung - kadar denyutan yang terlalu rendah atau cepat atau otot-otot jantung yang lemah
  • Kehamilan 
  • Kekurangan vitamin B12 dan asid folik


Tekanan darah rendah tidak mempunyai rawatan khusus. Mereka yang mengalami simptom-simptomnya perlu berjaga-jaga dan menjaga keseimbangan nutrisi selain memperbanyakkan minum air dan melakukan senaman.

Suplemen Shaklee ada untuk membantu menstabilkan tekanan darah rendah ini iaitu dengan Vitalea dan B Complex.



Vita Lea- Mengandungi zat besi yang membantu pembentukkan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

Vitamin B Complex- meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B Complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Bagi yang berminat untuk dapatkan set tekanan darah rendah ini boleh hubungi Zaza. Konsultansi terbaik akan di berikan.


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

2 comments:

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.