Saturday, October 25, 2014

Omega Guard Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sabtu semua. Kita di tahun baru 1436 hijrah. Semoga kedatangan tahun baru ini lebih memberi makna kepada kita semua. Diberkati dan dirahmati olehNYA. Zaza mengharapkan tahun 1436 hijrah ni Zaza dikurniakan cahaya mata setelah dua kali Zaza mengalami keguguran. Zaza banyak membaca berkaitan dengan kehamilan sebagai persediaan untuk Zaza tempuhi saat itu. Supaya Zaza tak mengulangi kesilapan dan menjaga dengan baik untuk kehamilan nanti. Kali ni Zaza nak kongsi kebaikan Omega Guard untuk ibu hamil.


Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

Omega-3 diketahui dapat merangsang otak. Omega-3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin. Kajian telah menunjukkan bahawa gangliosida memberi pengaruh yang besar kepada struktur otak terutama bagi fungsi belajar dan mengingat. Kajian menunjukkan juga bayi yang menjalani ujian perkembangan mental mendapat skor yang tinggi apabila  ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega-3 semasa kehamilan

Omega 3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang. Omega 3 juga dapat mengurangkan risiko berlakunya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung). Omega 3 juga dapat mengelakkan kelahiran bayi tak cukup berat. Kajian juga menunjukkan kekurangan omega 3 meningkatkan risiko tekanan atau stress bagi ibu yang baru lepas bersalin.

Kajian juga menunjukkan pengambilan omega 3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan bayi yang dilahirkan mendapat ekzema. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 700 wanita mengandung yang mengamalkan supplement omega 3 menunjukkan kejadian ekzema bagi bayi berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Kajian ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 6 tahun bagi melihat kebaikan supplement omega 3.

Penyelidik mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil omega-3 (DHA) yang tinggi mempunyai keupayaan penumpuan yang tingggi semasa tahun kedua kehidupan. Pada 6 bulan pertama selepas kelahiran, bayi ini mempunyai keupayaan dan kebolehan 2 bulan lebih advance dari bayi lain yang mana ibu bayi-bayi ini mengambil kurang DHA.

Menurut pakar yang mengetuai penyelidikan ini, beliau menyatakan bahawa daya tumpuan merupakan komponen terpenting di awal perkembangan bayi. DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Jika nak dibandingkan dengan komponen badan yang lain, otak dan sistem saraf merupakan part yang paling tinggi kandungan DHA nya.

Banyakkan manfaat Omega untuk ibu hamil. Bagi yang berminat boleh menghubungi Zaza. Konsultansi percuma diberikan.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

1 comment:

  1. Omega guard baik untuk ibu dan bayi yang ada dalam kandungan agar otak bayi berkembang dengan pesat dan ibu pon sihat .

    ReplyDelete

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.