Saturday, November 01, 2014

Asam Lemak dan Omega Guard?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Zaza nak kongsikan berkaitan dengan kandungan Omega Guard Shaklee. Dalam apa jua kita jua yang kita nak ambil kita perlu tahu kandungannya terlebih dahulu. Bukan boleh ambil je. Jika kita kenal dan tahu kandungannya baru boleh nak jatuh cinta dengan produk tu ye tak? Apa yang ada dalam Omega Guard Shaklee ni? Bagus ke? Untuk apa kandungan tu semua?



Kandungan Omega

Omega-3 Fatty Acid (330mg)
EPA - Eicosapentaenoic Acid (180mg)
DHA- Docosahexaenoic Acid (120mg)

Apa itu Asam Lemak Omega-3

Asam lemak omega 3 adalah nama sekelompok lemak tak jenuh tertentu yang diperlukan tubuh yang tidak dibuat oleh tubuh, melainkan diperolehi dari makanan yang diambil. Asam lemak omega-3 dianggap sebagai asam lemak esensial. Ertinya asam lemak ini esensial bagi kesihatan tubuh tetapi tidak boleh dibuat sendiri oleh tubuh. Oleh itu asam lemak omega-3 perlu dari makanan khususnya dari ikan dan minyak tertentu.

Ada 3 jenis utama asam lemak omega-3 yang terlibat dalam metabolisma tubuh iaitu asam linoleat-alfa  (Alpha Linolenic Acid, ALA), asam eikosapentanoat (Eicosapentaenoic Acid, EPA), dan asam dokosaheksanoat (Docosahexaenoic Acid, DHA). Sebahagian ALA dicerna dalam tubuh, akan diubah menjadi EPA dan DHA yang dapat digunakan oleh tubuh.

ALA memiliki struktur molekul yang terdiri dari 3 ikatan ganda dalam satu rantai karbon (C) yang terdiri dari 18 atom karbon. EPA memiliki 5 ikatan ganda dalam satu rantai karbon yang terdiri dari 20 atom karbon. DHA memiliki 6 ikatan ganda dalam satu rantai karbon yang terdiri dari 22 atom karbon.

Apa Manfaat Asam Lemak Omega-3?

Asam lemak omega-3 merupakan sekelompok lemak tak jenuh jamak (polyunsaturated fat). Lemak ini sangat bermanfaat bagi tubuh dibandingkan lemak jenuh (saturated fat) dan lemak trans (trans fat). Beberapa kegunaan asam lemak omega 3 dalam tubuh antara lain: 
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mencegah alergi
  • Mengurangi resiko penyakit kardiovaskular
  • Membantu penyembuhan penyakit dan luka
  • Mengendalikan kadar glukosa darah
  • Melawan depresi
  • Mencegah kanser

Berikut beberapa makanan yang banyak mengandung omega-3 asam lemak :

  • Ikan salmon
  • Ikan tuna
  • Kacang kulit
  • Kacang walnut
  • Selai kacang
  • Minyak kanola
  • Alpukat

Omega Guard Shaklee mempunyai semua yang diperlukan oleh tubuh. Kita dah tahu kandungan omega guard dan fungsinya dah kan. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk memilikinya. Berminat boleh hubungi Zaza.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105

Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House


November 2014

Assalamualaikum dan salam sabtu buat semua. Sedar tak sedar kita sudah pun berada dalam bulan November 2014. Rasa macam baru semalam kita sambut tahun baru 2014 kan. Cepat masa berlalu. Selama 10 bulan kita di tahun 2014 apa yang dah kita lalui? Apa yang dah kita lakukan untuk diri kita, Keluarga kita, orang sekeliling kita dan pada agama kita? Bila muhasabah diri balik terasa seperti waktu yang ada terlalu banyak kita sia-siakan. Adakala kita terleka dengan kebahagian yang diberikan. Sepanjang 10 bulan ni juga bermacam suka dan duka yang kita lalui. Ada manis ada pahit. Segalanya ada dalam 10 bulan 2014. 

Bulan November 2014 mengingatkan Zaza November tahun lepas pada 22 November 2013 seminggu selepas Zaza menjalani operation Zaza mengikat tali pertunangan dengan suami Zaza sekarang. Rasa macam baru sangat lagi. Kami mengikat tali pertunangan hanya 3 minggu dan tanggal 15.12.2013 kami dah bergelar pasangan suami isteri. Di hari pertunangn jelas tergambar kegembiraan keluarga Zaza baik adik beradik mahupun saudara mara. Ramai yang menanti hari bahagia Zaza. Ya la adik Zaza telah berkahwin sebelum Zaza. Tinggal Zaza sahaja yang belum. Menghadapi pertanyaan demi pertanyaan memang sukar. Janji Allah itu pasti. Jodoh, ajal, pertemuan, rezeki semuanya ketentuan Allah sejak dari kita dalam kandungan ibu kita lagi. Jadi bagi yang suka bersoal bila nak kawin? bila nak ada anak? bila itu? bila ini? hentikanlah. Bukan mudah untuk orang yang di soal untuk menghadapi persoalan. Kita tak tahu usaha mereka. Doakan lah yang terbaik bukan soal itu dan ini. 

Bila Zaza toleh kembali memang banyak masa Zaza terbuang. Mungkin Zaza berasa terlalu selesa. Bukan tak risau. Bukan tak fikir tapi banyak kekangan dan kita asyik melayan kekangan yang ada tanpa fikirkan penyelesaiannya. Minggu terakhir Oktober 2014 Zaza menjaga suami di hospital membuatkan Zaza terfikir kenapa aku leka? Aku mampu bangun sepertimana aku bangun sebelum-sebelum ni. Zaza terasa diri lemah sangat-sangat. Jalan dan peluang terbentang luas cuma kita yang leka. Zaza bersyukur di temukan dengan Shaklee dan Group yang banyak menyedarkan diri ini. Walaupun ada antara kami tak pernah bersua namun keakraban kami sangat-sangat rapat seperti adik beradik. Sangat unik silaturahim ini. Terasa diri tak keseorangan. Seperti ada kakak adik yang sentiasa di sisi. 

Panjang plak Zaza melalutkan. Sekadar imbasan kembali. Ok nak bagi tahu promo November 2014. Apa ye.. Jeng...jeng... Last month Zaza ada sale produk ni. Zaza pun ada entry pasal produk ni. Mcam tahu-tahu je nak promo bulan ni. Omega Guard Shaklee promo untuk bulan November 2014. Memang terbaiklah. Buy 6 FREE 1. Sapa yang lepaskan amatlah rugi. Bukan senang tau.


Apa anda dapat dengan Set Promo Omega Guard?


  • Dah tentu kita dapat Free sebeotol Omega kan. Jadi 7.
  • Dengan Set promo kita layak menjadi ahli Shaklee secara percuma seumur hidup.
  • Pembelian Set promo ini melayakkan kita membeli dengan harga ahli walaupun pertama kali memberlinya. Untung tau!!!
  • Anda layak mendapat konsultansi percuma
  • Anda layak mendapat bimbingan dari otai-otai yang dah berjaya
  • Anda layak join ke secret group FB, Telegram dan Whatsapp. Dalam group ni anda akan diberi lebih info berkaitan produk.
  • Anda boleh menjalankan perniagaan anda bersama kami.
  • Anda layak mendapat bimbingan dan latihan.
So jangan ketinggalan untuk mendapatkan set promo November 2014 ni. Memang berbaloi-baloi. Jika anda nak tahu caranya bagaimana untuk dapatkan set promo ini jangan segan silu untuk hubungi Zaza. 


Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House