Sunday, November 16, 2014

Jom Cuci Usus

Assalamualaikum...

Sihat semua? Hujung minggu ni semua pasti luangkan masa bersama keluargakan. Pasti masak macam-macam untuk orang tersayang. Kita dah makan macam-macam tu pernah tak fikir nak cuci usus? Selalu kita cuci kereta kan. Kereta kita tengok jika tak cuci seminggu apa jadi? Bayangkan usus kita bertahun-tahun guna tak pernah terfikir kita nak cuci usus kan. Sebab tu usus kita tak dapat menyerap semua zat makanan dengan baik. Ada yang ambil suplemen tapi tak bagi kesan. Bukan suplemen tak bagus, tapi usus kita yang kurang bagus menjalankan fungsinya.

Apabila usus kita tidak sihat mengundang bakteria untuk membiak dan seterusnya menjadikan badan kita bertoksin. Apabila badan kita bertoksin mengundang banyak gejala tidak sihat yang boleh kita nampak secara fizikal. 

Simptom Toksin Banyak Dalam Badan


  • Jerawat di bahagian belakang badan.
  • Keletihan yang melampau
  • Bau badan yang tidak menyenangkan
  • Sembelit, buasir, sistem penghadaman yang tidak baik
  • Moody
  • Hormon yang tidak stabil

Fungsi Herblax


  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Cara makan Herblax

4 biji sebelum tidur. Kesannya esok pagi anda akan membuang dengan lawas tanpa perlu meneran, tak rasa memulas segalanya lancar sahaja. 

Jom kita cuci usus terlebih dahulu sebelum kita mengamalkan suplemen lain. Baru senang badan kita nak menyerap zat-zat. Berminat dengan herblax boleh hubungi Zaza. Knsultansi adalah percuma.

Berminat dengan product ini??Boleh hubungi saya
CALL/SMS/Whatsapp:019-2501105
Klik "LIKE ' di fan page  saya: Anna Health & Beuty House

Saturday, November 15, 2014

Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum..

Nak kngsi resepi Kek Gula Hangus Kukus ni. Dah 2 kali buat minggu ni. Macam senang je kan. Memang senang asalkan kita mahu. Jom tengok resepinya


Bahan2 : 

Gula hangus- buat yang ni dulu sebelum bancuh adunan
2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega 

Cara:

Masukkan gula dalam kuali atau periuk bukak api sederhana kecil... sentiasa kacau-kacau gula sampai larut sampai warna jadi keemasan macam madu.. kalau jadi kearangan, buang je la...konpem tak jadi nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit 

Langkah kedua

Masukkan air panas dalam gula tadi... AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau tak berhati-hati, sebab gula tu macam meletup-letup skit nanti... pastu gula tadi akan jadi macam ketul-ketul sikit bila masuk air... cairkan semula... bila dah cair semua, masukkan mentega..biarkan larut... tutup api dan sejukkan 

Bahan lain: 

7 biji telur saiz A 
2 cawan tepung gandum 
1/2 tin susu pekat manis\
2 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh esen vanila 

cara: 

Pukul telur sampai kembang (blend pun boleh..guna mixer pun boleh) pastu masukkan susu pekat dan mix  lagi sampai sebati masukkan pulak esen vanila pastu ayak tepung gandum + soda + baking powder masukkan dalam adunan..teruskan mix last sekali, masuk la gula hangus yangg dah sejuk tadi... mix lagi! Kukus selama 1- 1 1/4 jam. Biarkan sejuk sebelum potong (untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah, kemudian tengok arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Selamat mencuba