Saturday, November 08, 2014

Ikan Segar Jeti Sungai Udang

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Boleh dikatakan setiap hari sabtu Zaza akan ikut suami ke pasar untuk membeli barang basah untuk simpanan seminggu. Selalunya lepas subuh tu dah pergi dah. Memang awal suami Zaza jika ke pasar. Selain pasar kami juga selalu pergi ke Jeti Sungai Udang yang terletak di Daerah Kerian tak jauh dari Parit Buntar yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Untuk sampai ke jeti ini akan melalui jalan dalam suasana kampung. Memang best sangat dengan jalan pun tak sibuk. Zaza memang suka.

Di jeti ini ikan yang di jual semuanya segar. Memang baru naik dari bot la. Ikan masih hidup lagi masa di naikkan. Memang teruja sangat tengok. Ikan yang sebelum ni kita tengok di pasar semua ada di jeti ini. Kalau ketam tu berjalan lagi. Memang fresh. Yang paling best ikan-ikan ni tak kena ais lagi tau. 

Biasanya ikan, udang, sotong, ketam akan di jual dalam jumlah yang banyak. Ada juga dalam kuantiti yang sedikit. Biasanya jika dalam kuantiti yang banyak boleh la berpakat dengan yang lain untuk kongsi-kongsi. 

Jadi bagi yang melalui kawasan ni boleh la singgah. Memang tak rugi singgah. Ikan semua fresh. Pernah tau sekali tu Zaza ke sana dan berborak dengan orang yang ada tu mereka ni datang dari KL untuk beli stok ikan. Patut la beli ikan banyak betul. Jadi bagi yang berada di sekitar sini rugi la jika anda tak berkunjung ke sini. Zaza kongsikan gambar sekitar Jeti Sungai Udang.


11 comments:

  1. zaza dok mane??? kg akak dkt sg bakau tak sangka sg udang tu akak tau

    ReplyDelete
  2. waaaa. teringin nak pegi beli seafood dekat jeti mcm tu.. mmg segar seafood dia..
    My Recent Post : SKINCARE YANG BERKESAN UNTUK SEMUA MASALAH KULIT ANDA

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. best taw bila boleh beli dan masak ikan fresh..ikan senangi xdak ke zaza?

    ReplyDelete
  5. da lama tak makan ikan fresh dari ladang.. ni nak kena balik rumah ni..hehehe..

    Rahsia Kecantikan Semulajadi

    ReplyDelete
  6. kalau singgah sana memang kena pergi tempat ni.

    ReplyDelete

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019-2501105 atau email annahbhouse@gmail.com untuk maklumat lanjut.